Tuesday, May 21, 2013

PERLANTIKAN EXCO NS MENEPATI KEHENDAK RAKYAT

Ramai yang telah menjangkakan bahawa senarai EXCO Kerajaan Negeri Sembilan lebih kepada meneruskan kelangsungan usaha Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan ke arah pembangunan yang lebih mapan bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal tetapi kepada kesejahteraan rakyat keseluruhan. Muka-muka baru yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Utama bukan sahaja mampu menggalas tanggungjawab yang akan diberikan malahan mampu membantu beliau dalam segala semua aspek termasuk pengukuhan politik Negeri Sembilan.

Secara umumnya Tok Mat telah memilih orang yang akan bersama-sama beliau samada didaratan mau pun dilautan yang penuh dengan gelora. Tidak perlulah beliau mendapatkan nasihat daripada orang tertentu seperti yang berlaku dalam pemilihan EXCO tahun 2008 di mana sebilangan besar daripada mereka banyak menimbulkan masalah dalam perlaksanaan tugas diperingkat jabatan-jabatan dan rakyat bawahan. Cuma beberapa orang yang masih dikekalkan itu bernasib baik kerana tiada orang lain yang boleh menggantikan mereka kerana formula yang diguna pakai oleh MB setiap daerah/parlimen akan diwakili seorang EXCO. Jika tidak, nama seperti Dato Hasim Rusdi tidak akan ada dalam senarai. Begitu juga dengan Dato' Norhayati dan Dato' Ismail Lasim, nama mereka kekal sebab cuma seorang wanita yang menang. Jika Puan Wan Salwati menang di Sikamat, meloponglah Dato Norhayati di Pilah. Bagimana pula Dato Ismail Lasim di Senaling??? Sepatutnya beliau tarik diri sahaja daripada dilantik semula sebagai EXCO berdasarkan peristiwa menghantar Tan Sri Abu Zahar Ujang, Dato Ishak Ismail dan Dato Shaziman Mansur bagi mencalonkan nama beliau sebagai MB. Patutnya Dato Ismail Lasim perlu ada  perasaan malu yang mendalam atas peristiwa itu. Beliau boleh mengatakan bukan dia yang suruh mereka pergi jumpa Tuanku Yang Dipertuan Besar. Tetapi sepatutnya kena sedar diri juga daripada  sejarah ingin menjadi MB ini juga berlaku selepas Tok Mat kalah dalam pemilihan MKT tahun 2009. Siapa yang jumpa PM untuk menggugurkan Tok Mat jika bukan Dato Hasim Rusdi dan Dato Ismail Lasim. Tapi Tok Mat mempunyai sikap yang tak mampu dibuat oleh orang lain sebagai MB lain. Jika Dato Ishak Ismail (kok jd MBlah) yang berjawatan MB , separuh daripada pengarah di Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan bertukar. EXCO memamglah akan dilantik kuncu-kuncu dia sahaja. Contoh:
MB                   : Dato Ishak bin Ismail.
EXCO            1. Dato Lillah Yassin
                       2. Dato Norhayati Omar
                       3. Dato Ismail Lasim
                       4. Dato Hasim Rusdi
                       5. Dato Yunus Rahmat
                       6. Tun Hj Khairudin Tun Abu Bakar
                       7. Abdul Razak Said
                       8. Abu Samah bin Mahat
                       9. L . Manickam
                     10. Abdul Rahman bin Mohd Redza

Senarai di atas telah dijaja oleh Dato Ishak Ismail dan kuncu-kuncu beliau sebelum perlantikan MB dibuat. Membawa nama Dato Ismail Lasim tempoh hari cuma wayang beliau sahaja sebab itu dia pergi bersama mengadap Tuanku. Senarai di atas juga sebilangan besar adalah senarai Tan Sri Isa Samad yang ingin menempatkan orang beliau di kerusi EXCO. 
YB Dato Zaifulbahri

Adalah sangat mudah kenapa sebilangan besar yang disenaraikan bukan berkiblatkan Tok Mat. Terlalu mudah untuk membuat penilaian iaitu Dato Yunus Rahmat walaupun pernah dilantik EXCO tetapi kesetiaan beliau bukan kepada Tok Mat tetapi kepada Dato Seri Utama Rais Yatim. Tun Khairudin dan Abdul Rahman adalah blok Tan Sri Isa Samad. Begitu juga Dato Lillah Yassin,  Dato Ismail Lasim, Dato Norhayati Omar, Abu Samah dan Dato Hasim Rusdi. 

Tiada agenda untuk pembangunan Negeri Sembilan dalam kotak pemikiran mereka. Yang ada adalah cara mana untuk mengeluarkan kawasan balak yang berbaki sedikit lagi, mengeluarkan tanah kerajaan untuk diagihkan kepada kuncu-kuncu mereka dan memperkukuhkan politik kroni bagi menjaga periuk nasi masing-masing. Ini berbeza dengan usaha YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan. 

Semua di kalangan pemain politik Negeri Sembilan sedar bahawa sepanjang Tok Mat menjadi Pengerusi UMNO Perhubungan NS, berapa kalikah di kalangan mereka yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam mesyuarat yang di adakan. Dato Ishak Ismail tidak pernah sekali pun hadir. Begitu juga dengan Dato Lillah Yassin, Tan Sri Isa Samad, Dato Saziman Abu Mansur. Dato Ismail Lasim dan Dato Hasim Rusdi terpaksa hadir kebetulan kerana kereka adalah EXCO yang Tok Mat lantik dan Dato Hasim Rusdi selain daripada EXCO adalah Setiausaha UMNO Perhubungan NS. Semuanya adalah bersebab. 

Oleh yang demikian, nasihat JS pada orang nombor 1 Negeri Sembilan , berhati-hati dengan permainan mereka yang di luar daripada barisan EXCO. Ramai di kalangan yang memberi sokongan dan bekerja dengan Tok Mat juga dulu dan selamanya kadang-kala mereka dilupakan begitu sahaja. Perlu Tok Mat cari mereka ini bagi membantu secara tidak langsung diperingkat akar umbi. Selamat maju jaya NSDK.

Tuesday, May 7, 2013

SIAPA MENTERI BESAR NS PASCA PRU KE 13

Keputusan PRU ke 13 yang membarisi muka-muka baru di DUN Negeri Sembilan telah terjawab 3 hari yang lalu. Pertambahan kerusi BN di Dewan Undangan Negeri , Negeri Sembilan apabila PAS tersungkur di Paroi dan MCA menyembah bumi di Chennah telah diketahui umum. Kegagalan kerusi Sikamat di tangan PKR juga telah dijangkakan dari awal lagi.

Banyak cakap-cakap yang mengatakan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hassan tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar di negeri beradat ini. Itu telahan mereka yang anti kepada kepimpinan Tok Mat. Walaupun penguasaan 2/3 majoriti tidak dapat diperolehi di NS namun Tok Mat telah membuat kerja yang sangat baik di negeri itu dalam memperkukuhkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada BN. Kekalahan Wan Salwati di DUN Sikamat adalah kerana tiadanya sokongan pengundi muda di kawasan tersebut kepada BN kerana terpengaruh dengan isu negara dan bukan isu tempatan. Kehjadiran DSI di Centre Points yang mengumpulkan puluhan ribu orang muda telah merubah segala-galanya di kawasan berhampiran. Tidak boleh dinafikan juga adanya sabotaj daripada orang-orang UMNO sendiri terutama kem Dato Ishak yang mengidamkan kerusi Sikamat sebelum diletakkan bertanding di DUN Lenggeng. Dalam kempen beliau di Lenggeng pun Dato Ishak menyalahkan Dato Hj Muhamad Hj Hasan kerana menukarkan dia bertanding daripada Sikamat ke Lenggeng.
 
Yang pastinya segala teka teki siapa yang akan memimpin Negeri Sembilan akan terjawab pada hari ini atau Khamis apabila PM mengadap kebawah DYYM Yang Dipertuan Besar NS, Tuanku Mukhri Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Dato Hj Muhamad bin Hj Hasan akan dikekalkan sebagai MBNS. Jangan ada mana-mana pihak yang berangan-angan bodoh untuk duduk dikerusi MBNS. Kalaulah ada balaci Dato Ishak dan Dato Lillah yang bercakap di kedai-kedai kopi di Pantai dan Batu Kikir mengatakan bos mereka akan jadi MB elok pergi Jeram Tengkek atau Jeram Mendom di Lenggeng untuk bunuh diri. Mereka berdua langsung tidak layak berada di kerusi MB. Untuk dipilih menjadi EXCO pun , nasihat admin eloklah Tok Mat jangan lantik.
 
Bagaimana pula dengan barisan EXCO ???? Yang lama ada yang boleh dikekalkan dan ada yang WAJIB di gugurkan. Nama-nama seperti Dato Yunus Rahmat yang dulu Exco Pertanian perlu digugurkan. Dalam politik selama ini pun bukan beliau menyokong MB . Dato' Yunus telah mirip kepada Dato' Rais Yatim untuk hidup. Dato Razi Kail yang telah masuk penggal ketiga elok juga digugurkan. Pelancongan di NS pun tidak berkembang selama ini. Dato' Shamsulkahar Bin Md Deli Exco Pelajaran elok dikekalkan bagi persiapan untuk bertanding di UMNO Bahagian Jempol bagi menentang Dato Lillah Yasin. Dato' Ismail Lasim elok dikekalkan juga tetapi cowboy Samad Ibrahim eloklah jangan diberi jawatan Exco lagi. Dato Hasim Rusdi, jika dilihat dari segi prestasi tidaklah elok sangat, tetapi memandangkan Parlimen Rasah inilah satu-satunya kerusi UMNO, maka admin mencadangkan elok juga dikekalkan bagi menjaga hati orang Labu.
 
Siapa pula muka-muka baru yang perlu diletakkan dibarisan Exco kerajaan Negeri Sembilan??? Berikut yang perlu diambil kira bagi MB terus mendapat sokongan daripada barisan mereka yang beliau percayai:
 
Barisan EXCO Negeri Sembilan 2013-2018
 
1 Menteri Besar                   : Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan
2 EXCO                               : Dato Ismail bin Lasim
3                                           : Dato Shamsulkahar bin Md Deli
4                                           : Dato Hasim Bin Rusdi
5                                           : Tun Hairudin bin Abu Bakar
6                                           : Dato Jalaludin bin Alias
7                                           : Hj Abu Ubaidah bin Dato Redza         
8                                           : Abd Razak bin Ab Said
9                                           : Dato Dr Awaludin bin Said
10                                         : Dato Norhayati bt Omar
11                                         : Manickam a/l Letchuman
 
Yang Dipertuan Dewan       : Dato Yunus bin Rahmat
 
Jika ini merupakan anggota kabinet Tok Mat, ia dilihat agak selamat dan mampu membantu Tok Mat dalam merencanakan segala perancangan masa depan Negeri Sembilan. Yang lain tak payahlah mimpi untuk duduk dikerusi EXCO. Dato Norhayati dilantik bukan kerana dia bagus sangat. Tapi kerana tiada wanita yang menang maka nasib beliau baik untuk duduk dikerusi tersebut. Jika Dato Hj Muhamad bin Hj Hasan meletakkan YB lelaki bagi EXCO yang bertanggungjawab hal ehwal wanita pun tiada salahnya. Dato Ishak agak sesuai kerana beliau berminat dengan janda berdasarkan ucapan beliau dalam kempen yang lepas.
 
Semoga hala tuju kepimpinan di Negeri Sembilan akan lebih terarah kepada kemajuan pembangunan dan kesejateraan rakyat menjelang PRU ke 14.
 

ERA KEHANCURAN PEMERINTAHAN MELAYU MENJELANG 2020

Keputusan PRU ke 13 telah diketahui seawal pukul 8 malam pada 5 Mei, 2013 yang lalu. Ramai telah menduga bahawa BN akan membentuk kerajaan. Seminggu sebelum hari mengundi telah ada yang membuat ramalan bahawa BN cuma akan dapat menguasai 116 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan. Namun tiada yang dapat menduga bahawa keputusan yang diperolehi sebanyak 133 kerusi dimenangi BN berbanding 89 yang dikuasai oleh PR adalah lebih buruk daripada PRU ke 12 tahun 2008.
 
Mungkin ramai daripada pemerhati politik seluruh negara melihat bahawa dengan jumlah yang diperolehi oleh BN cukup untuk mempastikan bahawa Putrajaya terus diduduki oleh Menteri-menteri BN yang dipilih oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Cita-cita Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk berada di tingkat 4 JPM Putrajaya tidak kesampaian. Suara-suara sumbang mempertikaikan kesahihan keputusan PRU ke 13 telah kedengaran daripada Ketua Umum PKR sendiri. Ketidakpuasan hati Dato Seri Anwar sehinggakan akan berlaku bantahan terhadap proses PRU dijalankan.
 
Soal ketidakpuasan hati pihak pembangkang tidak perlu dipersoalkan sangat. Telah menjadi dasar perjuangan mereka setiap yang menjadi benar dimata kerajaan dan pendokong BN akan tetap salah kepada PR. Tiada pertikaian walau sepatah perkataan pun kepada mereka dengan penguasaan PR di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
 
Kepada BN dengan kemenangan di peringkat pusat dan dapat menawan semula Kedah bukan satu kebanggaan. Seharusnya Dato Seri Mohd Najib perlu bertanggungjawab terhadap keutusan yang diperolehi oleh BN. Bukan satu kehebatan apabila BN menang di 133 kerusi parlimen. Tanpa mampu menguasai 2/3 kerusi di Parlimen apakah mungkin BN dapat melakukan sesuatu terhadap penggubalan undang-undang malahan untuk menggubal perlembagaan. Apakah BN telah berpuas hati selama lebih 2 tahun Presiden UMNO/BN dan Timbalan Presiden turun ke seluruh negara dengan sambutan yang cukup hebat dan mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat, akhirnya keputusan yang diraih tidak sepertimana yang diharapkan. Inilah tranformasi yang dibanggakan. Rakyat muak dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan diperingkat atasan. Rakyat menghukum kerajaan yang memerintah bukan bencikan parti tetapi segelintir pemimpin khususnya Menteri dan ahli politik disekeliling PM yang nyata menjadi liability kepada negara keseluruhan.
 
Sebagai contoh , adakah rakyat tidak tahu apa yang dilakukan oleh Pengerusi PRIMA dan juga Ahli Parlimen Putrajaya yang sepatutnya tewas ditangan Husam Musa daripada PAS. Jangan Tengku Adnan Tengku Mansur seronok apabila menang di Putrajaya. Kakitangan awam tahu siapa Tengku Adnan dan orang UMNO tahu apakah tindak tanduk beliau dan menentukan kuncu-kuncu dia bertanding pada PRU ke 13 yang lalu. Inilah contoh-contoh pemimpin UMNO yang patut dibuang daripada barisan kepimpinan negara yang ada termasuk dalam barisan saf kepimpinan UMNO.
 
Apakah agenda sebenarnya apabila ada di kalangan mereka yang sepatutnya digugurkan daripada bertanding dalam PRU yang lepas masih terus dikekalkan. Sebenarnya meletakkan orang seperti Isa Samad di Negeri Sembilan, Ghani Othman di Johor, Ali Rustam di Melaka , Idris Jusuh di Terengganu dan Shahidan Kasim bertanding semata-mata untuk persiapan pemimpin UMNO di atas mempersiapkan diri untuk mengekalkan jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang. Masih banyak lagi harta dan wang yang perlu dikaut oleh mereka untuk memperkayakan diri sendiri.
 
Apa yang berlaku di Selangor amat ketara. Selaku pengerusi BN Selangor telah banyak yang dicurahkan segala peruntukan oleh PM bagi menaqrik sokongan pengundi di negeri tersebut. Bahkan ada usaha daripada individu tertentu dan NGO's yang sama-sama membantu agar BN dapat semula negeri Selangor. Sehinggakan Peguam Kamarudin dan janda-janda membuat rally demontrasi bagi meraih sokongan rakyat tetapi Khalid Ibrahim tetap menang besar di Parlimen Bandar Tun Razak dan diperingkat DUN juga. Mana mungkin peguam bernama Kamarudin mewakili janda-janda di Selangor tanpa pembiayaan dari orang BN sendiri. Berjuta wang habis, cuma Noh Omar yang selamat dan Zin Badak tersungkur di kawasan sendiri.
 
Bagaimana dengan pengundi Cina????? Telah semua maklum, Cina tidak akan mengundi calon BN baik daripada UMNO, MIC, Gerakan malahan daripada MCA sendiri. Apa yaqng diharapkan lagi dengan sokongan Cina. Dato Seri Najib harus fikirkan bangsa dan agama sendiri. Jika tidak sanggup melakukan sesuatu untuk bangsa dan agama sendiri elok undur dari dan berikan tugas itu kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin.
 
Kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia sebelum PRU ke 13, fikirkan semula segala sokongan, bantuan, peruntukan yang telah diberikan kepada SRJK (C) seluruh negara. Cina tetap dengan pendirian rasis mereka yang cukup jelas. Wajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang tenaga pengajar atau guru di SRJK (C) ini yang mengajar Bahasa Melayu  di kalangan guru Melayu. Masa pengajaran dipanjangkan kepada 20 waktu seminggu. Haramkan pertubuhan Dong Dzong yang memperjuangkan pendidikan Cina.  Kalau tidak mampu laksanakan elok letak jawatan saja.
 
Pemilihan Menteri elok diperhalusi. Jangan lantik kuda-kuda tua dalam kabinet . Kalau orang seperti Isa Samad, JJ, Tengku Adnan Tengku Mansur, Idris Jusuh, Shaziman Mansur dan yang lama-lama dalam kabinet elok campakkan keluar. Lantik orang-orang muda yang tegas dan berpotensi sebagai sokongan  terhadap generasi muda yang sediada jika mahu menang dalam PRU ke 14.
 
Akhirnya cari jalan terbaik supaya penyatuan dengan PAS dapat dibuat. Tiada ruginya orang Melayu bersatu demi agama dan negara. Duduk semeja dengan pemimpin PAS. PM jika punya jiwa dan hati Melayu yang murni fikirkan generasi akan datang negara ini. Tidak perlu lagi nak jaga hari Cina dan India yang akan pada bila-bila masa menolak kepimpinan Melayu di Negara Malaysia tercinta ini.

Friday, May 3, 2013

ANALISA KEPUTUSAN PRU 13 NEGERI SEMBILAN SEBELUM 5 MEI

Tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar sebelum Disember 2012. Bagi anggota tentera, polis dan pengundi pos telah menjalan tanggungjawab mereka beberapa hari yang lepas. Pihak SPR dalam kenyataannya berpuashati dengan segala kemampuan dari segi kemudahan dan kakitangan yang disediakan untuk prosese mengundi tersebut. Penggunaan dakwat kekal telah digunakan dengan berkesan walaupun ada komen dan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin pembangkang. 

Menjadi lumrah di Malaysia ini yang mengamalkan sistem demokrasi dengan penuh tanggung jawab, segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan adalah kerana sikap pemain politik khususnya pihak pembangkang bagi meraih simpati daripada para pengundi dan penyokong mereka. Pengundi hantu masih menjadi topik perbualan bagi pihak pembangkang sebelum masa mengundi berjalan. Dulu sebelum mereka inginkan dan mendesak penggunaan dakwat kekal, masalah pengundi hantu ini merupakan antara perkara penting yang sering ditimbulkan. SPR yang terlalu berlembut , akur dengan pihak pembangkang supaya tidak dituduh berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab bagi mempastikan suruhanjaya ini benar-benar bebas dari dipengaruhi termasuk daripada pihak kerajaan.

Hari ini telah ramai kakitangan kerajaan dan individu yang tinggal jauh daripada tempat mereka mengundi mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi pada hari Ahad ini. Difahamkan ada kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan termasuk para guru anak Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis telah balik dan ada yang mengambil cuti sakit "tipu" untuk balik ke pusat mengundi di tempat mereka. 

Di Negeri Sembilan suasana kempen di kalangan calon dan jentera pilihanraya  sangat rancak sekali. Yang Amat Berhormat Dato Seri Muhamad bin Hj Hasan yang menyambut ulang tahun hari kelairannya pada 2 Mei 2013 tidak sempat meraikannya bersama keluarga kerana sentiasa penuh dengan jadual kempen di kawasan sendiri mahupun membantu calon-calon Parlimen dan Negeri di Negeri Sembilan.

Berdasarkan analisa awal yang diperolehi daripada pihak agensi kerajaan iaitu daripada laporan polis, tentera, Kemas, JASA, MKN dan Jabatan Penerangan memperlihatkan Negeri Sembilan akan kekal di bawah pentadbiran kerajaan BN. Dan ramai mengharapkan YAB Tok Mat akan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Jika dirujuk kepada calon-calon yang dikemukakan iaitu 70 peratus muka baru dan calon recycle, harapan untuk menang khusus kepada calon UMNO sangat cerah. Kalau pada awal tempoh berkempen amat dingin dibeberapa kawasan , kini ada perubahan yang menggalakkan.

Di Jempol , calon Parlimen iaitu Tan Sri Isa Samad tiada masalah untuk menang melawan penyanyi kesayang ramai Aishah. Peneroka sudah tahun jika Aishah menang pun dia cuma tahu menyanyikan lagu " Janji Manismu", tapi Isa kalau menang harapan peneroka jika dia dilantik menjadi Menteri maka banyaklah kemudahan akan diperolehi oleh para peneroka di Jempol. Namun ada yang kurang senang dengan Dato Lillah Yassin. Untuk menang memang ada tetapi untuk mengharapkan sesuatu perubahan di bawah oleh beliau di DUN Palong belum dapat dipastikan . Ini berdasarkan rekod beliau yang sehingga hari ini mempunyai hubungan dingin dengan Tok Mat Hassan. Sebabnya  kerana dia pun bercita-cita untuk menjadi MB. Tapi jika dibandingkan dengan Tok Mat darisegi tahap pendidikan pun tak mungkin lulus. 

Di Parlimen Jelebu, Haji Zainudin sudah mula tercungap-cungap berkempen kerana Dato Rais Yatim pun sudah mula letih. Nak diharapkan Dato Jalaludin dan Dato Yunus Rahmat bagi membantu, masing-masing pula perlu melepaskan diri mereka di kawasan masing-masing. Di Chennah difahamkan Anthony Loke akan merampas kerusi tersebut dari MCA. Bekas ADUN Chennah telah bercuti di luar negara dan esok baru balik ke kawasan untuk mengundi. 

Parlimen Seremban dan Rasah yang kedua-dua kerusi ditandingi oleh MCA memang ada harapan kalah. Tahniah kepada MCA yang meletakkan calon berwibawa dikedua-dua kerusi tersebut. Dato Dr. Yeow dan anak saudara beliau bertanding di Rasah akan dihukum oleh pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan tersebut. Masalah lain pula mereka sukar untuk memenuhi undangan berkempen oleh jentera UMNO. Undi Melayu sangat penting untuk menang di Rasah dan Seremban. Dengan berbaki 2 hari lagi maka kesimpulan yang dibuat oleh agensi pelapor kedua-dua kerusi ini akan bungkus. Tetapi semua kerusi UMNO tandingi dan MIC ( Telok Kemang ) akan menang.

Kerusi DUN Rahang, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Nilai, Mambau, Senawang, Bahau, Chuah dan Paroi akan kekal dibawah Pakatan Rakyat. Dan yang memeranjatkan lagi kerusi Lenggeng yang dulu merupakan kubu kuat UMNO juga akan tumbang kepada pihak Pakatan Rakyat yang di wakili oleh PAS. Saingan hebat adalah antara pihak calon Bebas iaitu Hj. Zulkifli Abdullah dan Zulkifly Mohamad bin Omar dari PAS. Walaupun calon PAS dikatakan telah dimasukkan ke hospital dan masih belum pulih, namun jentera PAS terus bergerak. Di Paroi Jaya yang merupakan kawasan taman perumahan yang majoritinya orang Melayu terus memberi sokongan kepada parti PAS. Di kawasan Lenggeng sendiri yang merupakan tempat kelahiran calon PAS ini tetap mempunyai sokongan tersendiri. Begitu juga dengan calon Bebas Hj Zulkifli, dengan menggunakan jentera yang agak terhad masih dapat menjalankan kempen secara berterusan. Bagi calon BN pula Dato Hj Ishak Ismail, beliau mempunyai jentera yang sangat kuat dengan kerjasama daripada pergerakan pemuda, wanita dan puteri. Di samping jentera sendiri yang diwujudkan oleh beliau . Difahamkan bekas ADUN Lenggeng turut membantu walaupun tidak disenangi oleh "orang-orang" Dato Ishak sendiri.Menurut laporan pihak BTN dan Jabatan Penerangan, Mustafa Salim sentiasa turun memberikan ceramah secara kelompok kecil di kawasan PDM beliau membantu jentera BN yang sedia ada. 
Ishak Ismail. Calon N09 Lenggeng

Walaubagaimana pun, kelemahan yang berlaku sekarang apabila minat dan sokongan terhadap Dato Ishak berkurangan kerana sikap beliau sendiri yang membawa jentera ataupun orang yang tidak disukai oleh  masyarakat  Lenggeng semasa turun berkempen di Lenggeng. Cara berkempen agak ketinggalan zaman dengan berpakaian kain palikat dan ucapan lusuh dari  dulu. Memetik kata-kata orang Lenggeng, sebelum Dato Ishak berucap mereka mampu mengagak apa yang diucapkan oleh beliau. Tiada ucapan membena yang diberikan kepada para pengundi. Mereka sudah muak dengan cakap-cakap yang tidak membangunkan minda mereka. Jika apa yang diperkatakan oleh beliau di Lenggeng , itu juga yang akan diucapkan di Panchor dan Paroi. Maka kata mereka eloklah ditolak saja Dato Ishak sebagai ADUN Lenggeng untuk PRU ke 13 ini. Pengundi Lenggeng juga mengatakan kes mahkamah Dato Ishak soal muflis tak selesai lagi. Dia pun sudah tempang . Untuk berlari tidak mampu lagi. Bagaimana nak rasmikan pertandingan bola sepak, futsal  atau takraw sekiranya diminta untuk buat tendangan permulaan.Dalam memperkatakan keperluan rakyat demi kepentingan negara elok dibersarakan terus Dato' Hj. Ishak Ismail dalam gelanggang politik. PM lantiklah beliau sebagai pengerusi petubuhan Ibu Tunggal (janda) Negara. Seperti kata orang Kampung Pantai yang JS temui , Dato' Ishak Ismail ni sering bercakap hal janda. Orang kawin lebih daripada satu dia marah. Tapi emak dia sendiri pernah  mempunyai 3 suami. Tahniah Tok Hak......

Monday, April 29, 2013

N 09 LENGGENG: MENGAPA PENGUNDI LENGGENG PERLU BERUBAH

Bukan satu perkara yang mustahil kawasan yang dulu menjadi kubu kuat UMNO akan berpindah tangan kepada pihak pembangkang. Bermula pada pilihanraya umum selepas merdeka, DUN Lenggeng pernah ditadbirkan oleh parti bebas waktu itu yang berlambangkan botol. Masyarakat Melayu di Lenggeng ketika itu memangkah parti bukan kerajaan bukan kerana bencikan parti tetapi calon yang diketengahkan oleh kepimpinan atasan. 

Merujuk kepada beberapa peristiwa yang dimaklumkan kepada JS, ramai di kalangan pengundi muda di Lenggeng telah hilang kesabaran terhadap tindak tanduk calon yang dikemukakan oleh BN/UMNO untuk PRU ke 13 ini. Di sudut hati mereka daripada berketuakan seorang pengkhianat bangsa lebih baik berpayungkan parti pembangkang ataupun calon bebas. Apabila diajukan soalan kepada mereka inilah jawapan yang diberikan:

1.  Calon BN iaitu Dato Ishak Ismail bukan merupakan calon yang dikehendaki di Lenggeng berdasarkan rekod buruk beliau selama 3 penggal mewakili DUN Lenggeng yang tidak racangan atau blue print uintuk memajukan Lenggeng.

2.  Sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban, dia mengamalkan prinsip pecah dan perintah untuk kekuatan politiknya di Bahagian Seremban demi kelangsungan nyawa politik dia.

3.   Dato' Ishak tidak akan memberi ruang kepada golongan pelapis untuk naik kerana dia takut peluang dia menghabiskan sisa hidup dalam politik akan musnah sepenuhnya.

4.   Politik UMNO merupakan cara untuk Dato Ishak  cari makan dengan menjual jawatan bagi mendapatkan kekayaan dan serta mengugut mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan.

5.   Sudah menjadi budaya Dato Ishak dalam ucapan dia walau di mana sekali pun akan mengaibkan orang yang dia tidak sukai. Antaranya bekas pengarah JBA Negeri Sembilan Dr. Akhbar, dengan mengatakan ada di kalangan kakitangan JBA masa itu menonton video lucah. Tetapi sebenarnya dia marah sebab kontractor JBA yang terdiri daripada balaci Dato Ishak iaitu Ishak Malek telah ditamatkan perkhidmatan dengan JBA kerana menipu kerja dan membuat claim tidak masuk akal pada tahun 2006 dan 2007.

6.  Dato Ishak juga pernah mengaibkan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan dalam satu majlis di Seremban pada tahun 2006  dihadapan isteri penjawat awam tersebut dengan mengatakan bahawa pengarah ini ada menjalin hubungan sulit dengan isteri orang di Melaka. Tetapi Dato Ishak juga mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang yang dikenali sebagai FIONA hingga menyebabkan mereka bercerai. 

7.  Dato Ishak juga memberikan tanah pertanian yang dipohon oleh sekumpulan belia di Kampung Ulu Beranang kepada ketua kampung tersebut yang dikenali sebagai Ali Janggut dan menurut kata seorang penduduk di sana tanah tersebut telah dijual oleh Ali dengan nilai 2 juta ringgit.

8.  Calon BN ini juga pernah mempertikaikan pihak Lion Group memajukan tanah di Daching yang merupakan milik mereka untuk pembangunan pendidikan dan perumahan (Bandar Akademia) tetapi sebenarnya Dato Ishak adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Tujuannya menjerit mempertikaikan projek tersebut semata-mata untuk mengabui mata orang Lenggeng seolah-olah dialah hero.

9.    Di Zaman Dato Isa sebagai MB , beliau bersama Dato Hamdan telah dianugerahkan kawasan balak di Lenggeng yang merupakan tadahan hujan. Oleh kerana dia yang dapat tiada apa-apa suara yang mempertikaikan apa yang dia pernah perolehi.

10.   Jalan kampung Rawa tertangguh pembinaan semasa zaman YB Mustafa kenapa?  Inilah usaha Dato Ishak dsan kuncu-kuncu dia bagi menggambarkan kerajaan tidak prihatin dengan rakyat kampung. Dia menghantar orang ke Kampung Rawa supaya membantah usaha kerajaan itu. 

11.    Dalam apa juga ucapan dia di Lenggeng skrip ucapannya memang tidak pernah berubah daripada dulu hingga sekarang. Antaranya soal anak janda dan bini dia anak orang PAS. Malangnya semasa dia menjadi ADUN 3 penggal di Lenggeng, tiada pun ibu tunggal yang menerima bantuan JKM berbanding semasa MB usahakan dibawah program kesejahteraan rakyat.

12.   Ada atau tidak penglibatan Dato Ishak dengan kes Mohd Nor Awang dan Mustafa Salim serta Shukri ( Pemangku Pengarah Kemas NS) yang dituduh rasuah? Apabila diajukan soalan ini kepada ramai orang di Lenggeng terutama yang terlibat dalam politik , mereka mengatakan memang Dato shak terlibat. Mana-mana orang yang dia rasa menggugat kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian akan dikenakan melalui kes rasuah dan sebagainya. Apabila kes ini disebut di mahkamah Dato Ishak orang pertama bercakap memburukan mereka yang "diperangkap" ini dalam setiap ucapannya.

13.   Adakah Dato Ishak pembela orang Melayu? Dalam ucapan dia di mana-mana majlis dia mengatakan bahawa semasa kejadian 13 Mei , dia berada di Kuala Lumpur untuk berjuang mepertahan bumi Kuala Lumpur dan bertempur dengan kaum Cina. Boleh dipercayai ke? Berapa umur dia ketika itu. Kalau dihitung umur Dato Ishak masa itu baru 17 tahun dan masih bersekolah. Sekali lagi orang kampung diperbodohkan oleh Dato Ishak. Tapi penyokong dia akan terus bertepuk tangan mengiyakan penipuannya.

14.   Menjual nama PM memang menjadi kebiasaan Dato Ishak. Seandainya dia terlalu baik dengan PM kenapa soal hutang dia dengan Dato Misran sebanyak 2 juta masih tidak selesai sehingga dia akan akan dikenakan tindakan mahkamah dan muflis selepas pilihanraya ini. Kalau dia menang masa PRU ini , sekali lagi pilihanraya akan dibuat selepas itu . Seronoknya orang Lenggeng.

15.     Adakah DENDAM Dato' Ishak terhapa MB akan berakhir apabila dia di calonkan sebagai calon BN di Lenggeng. Ramai mengatakan sekiranya Dato Ishak menang dia akan mengerjakan Tok Mat hingga ke lubang cacing. Dia akan buat Tok Mat tersungkur di mana juga. Ini dendam sakai  kata orang Pantai , kampung kelahiran Dato Ishak. 

16.   Bagaimana penerimaan Dato Ishak kepada golongan muda?  Maaf tiada agenda Dato Ishak untuk membela golongan muda di Lenggeng. Ada orang muda Lenggeng mengatakan pernah dulu semasa Dato Ishak menjadi ADUN Lenggeng, hadiah pertandingan bola sepak hingga kini tidak disampaikan. Agak lucu tetapi mereka kata ini kebenaran. Siapa yang sukakan dia? Ada kata mereka, antaranya Baharon Idris dan Mazlan Maarof kerana Dato Ishak akan bagi banyak projek selepas dia menang nanti. Begitu juga Ishak Malek dan Samsul Bahari Bahar juga dianugerahkan projek. Hismayati orang kuat KEMAS di Lenggeng telah dijanjikan oleh Dato Ishak sebagai Penyelia Kanan Kemas untuk Parlimen Seremban.

17.   Orang Minang yang dikatakan majoriti pengundi Lenggeng bagaimana?  Sidek Othman juga orang Minagkabau di Lenggeng yang sebelum ini teruja nak jadi calon telah disingkirkan daripada kem Dato Ishak. Saudara Shukur  Othman telah dikencing dari ubun-ubun kepalanya.  Semuanya akibat terlalu taksub kepada Dato Ishak.  Ada mengatakan mereka  telah tempah blazer untuk dinobatkan sebagai calon tetapi kini ada yang mula moyok macam ayam berak kapor. 

18.   Nordin Aziz, Nordin Yassin, Mustafa Salim, Zulkifli Rashid dan Hasan Sulan yang merupakan ketua-ketua UMNO cawangan bukan dari kem Dato Ishak akan menghadapi lawan semasa mesyuarat UMNO akan datang. Ini sudah pasti berdasarkan  cakap-cakap orang kuat Dato Ishak di Lenggeng.

Oleh itu kepada pengundi Lenggeng tolong fikirkan masa depan anda agar terus gemilang tanpa bernaung dengan manusia seperti di atas. Tidak salah untuk mengundi parti pembangkang atau bebas di Lenggeng daripada anda berhadapan dengan nasib yang lebih teruk di bawah kepimpinan orang bernama Dato Ishak Ismail. 

Sunday, April 28, 2013

N 09 LENGGENG, CALON PAS MUNTAH DARAH, CALON BEBAS PENGSAN SEMASA KEMPEN , CALON BN TERSUNGKUR DI TANAH PERKUBURAN

Hari untuk berkempen kepada semua calon bagi PRU ke 13 semakin pendek. cuma tinggal 7 hari lagi menjelangnya hari pengundian bagi menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri dan pusat. Calon-calon sibuk mengisi ruang jadual yang ditetapkan oleh pengarah pilihanraya di kawasan yang ditandingi bagi  mempastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kerancakan berkempen dan keterujaan menemui seramai mungkin pengundi mengundang perbagai insiden yang tidak diingini. Tentunya calon-calon kurang mendapat waktu tidor yang berkualiti dalam tempoh 14 hari berkempen. Banyak program yang telah disusun menyebabkan ada calon yang yang tidak sihat akan menghadapi masalah kesihatan yang teruk.
Hari ini (28 April 2013) semasa JS sekali lagi berkunjung ke DUN Lenggeng atas jemputan majlis kenduri perkahwinan anak sahabat JS, terdengar perbualan daripada beberapa orang anak muda mengatakan bahawa calon PAS DUN Lenggeng , Saudara Zulkifly Mohd. Omar telah dimasukkan ke hospital pakar Seremban kerana di serang angin ahmar. Berita kemasukkan dia juga telah tersiar di berita TV3 jam 8 malam tadi.
Apakah  sebenarnya berlaku kepada saudara Zulkifly Mohd. Omar yang telah 4 kali kalah di Lenggeng dan PRK Bagan Pinang? Adakah sebenarnya dia diserang angin ahmar atau ada perkara lain yang menimpa dirinya. Setahu JS, dalam usia muda dan melalui maklumat yang diperolehi daripada sumber ahli keluarga beliau, adalah agak pelik bagaimana orang yang selama ini aktif , sihat dan ceria dikatakan diserang angin ahmar. Pernah JS mendengar beliau berceramah di Kuala Pilah dalam bulan Mac yang lalu, walaupun kehadiran pengunjung sekitar 100 orang sahaja, kelihatan beliau  aktif, bertenaga  dan sihat dari segi fizikal dan mental. Ramai kurang percaya apabila dimaklumkan bahawa diserang pnyakit ini.
Bertolak daripada cerita seorang jiran beliau, malam kejadian saudara Zulkufly Mohd. Omar selepas solat maghrib telah muntah darah. selepas kejadian itu, dia telah dibawa ke hospital pakar di Seremban untuk menerima rawatan kecemasan. Muntah darah bukan merupakan petanda orang diserang angin ahmar. Ini merupakan perkara magic yang dihantar oleh seseorang. Kebikjaksanaan teknologi manusia kini soal menggunakan ilmu hitan tidak boleh ditolak begitu sahaja.
Lenggeng merupakan kawasan yang biasa menyediakan hidangan santau dan sebagainya. Tetapi itu dulu. Adakah tidak mungkin ia boleh berlaku sekarang? Untuk menang dalam PRU terutama di kalangan calon-calon munafik, cerita menggunakan bomoh sangat sukar ditolak. Sebelum PRU lagi ramai di kalangan calon-calon telah menggunakan perkhidmatan bomoh dengan harapan nama mereka akan dicalonkan dalam PRU ini.
Menariknya kejadian yang menimpa Saudara Zulkifly Mohd Omar siapa punya angkara???? Bagi orang Lenggeng yang bercerita tentang kejadian ini tidak menolak ia dilakukan  oleh calon yang bertanding di DUN Lenggeng. Ramai yang mengatakan bahawa untuk menang, sesuatu perlu dibuat. Menggunakan ilmu hitam bagi meraih kemenangan sudah jadi kebiasaan kepada calon munafik ini. Lebih-lebih lagi Saudara Zulkifly Mohd. Omar pada PRU 13 ini boleh menang di Lenggeng mengatasi calon BN Dato Hj Ishak Ismail yang memang diketahui tidak disenangi oleh pengundi-pengundi di kawasan ini. Kemungkinan-kemungkinan bahawa dengan cara menghapuskan calon ini kerja untuk memenangi kerusi N09 lebih mudah. Tetapi tidak keterlaluan jika pengundi tegar PAS akan beralih menyokong calon Bebas Saudara Zulkifli Abdullah. Walaupun dia tidaklah sehebat Dato Ishak Ismail, namun sokongan akar umbi juga boleh membantu untuk menang terutama sokongan daripada pengundi di Lenggeng sendiri.
Di Lenggeng, gerakerja pilihanraya di kalangan penyokong BN tidak teratur berbanding di kawasan Sikamat dan Ampangan. Ini berpunca apabila kebanyak PDM melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk ditangga. Mereka juga difahamkan tidak suka dengan calon yang dikemukakan oleh BN. Tapi kerana memikirkan parti , mereka dikatakan tetap membuka bilek gerakan.
Calon bebas iaitu Saudara Zulkifli Abdullah, walaupun menghadapi kekangan kewangan sepertimana semua calon bebas yang bertanding, dia mempunyai kelompok penyokong yang terus membantu. Di sekitar beberapa buah kampung yang JS lalui nampak ada banner dan bunting calon bebas dipasang. Ramai juga yang akan memberi undi kepada beliau walaupun menurut beberapa pengundi di Lenggeng daripada mengundi Dato Ishak , lebih baik mengundi calon bebas. Rata-rata pengundi Lenggeng benci dengan calon BN ini. Ia mungkin berpunca tiada usaha Dato Ishak yang telah menjadi ADUN di Lenggeng selama 3 penggal tetapi tiada apa-apa perubahan yang dilakukan  di Lenggeng.
Untuk menang bagi semua calon di kawasan DUN Lenggeng, perlu memenangi hati pengundi muda. Di lihat kepada calon yang bertanding golongan muda memang tidak mengharapkan pembelaan daripada Dato Ishak Ismail jika ditakdirkan dia menang. Kemudahan sukan telah sedia ada di Lenggeng. Faktor umur, Dato Ishak tidak mampu untuk bersama golongan muda di Lenggeng. Pengundi untuk saloran 3 ini dilihat akan mengundi samada calon PAS atau Bebas. Untuk PAS menang di Lenggeng mereka perlu tiadakan bendera dan gambar calon DAP. Orang Melayu memang benci dengan DAP. Begitu juga kepada BN terutama DUN, untuk menang mereka kata jangan naikkan gambar Dato Ishak. Kebencian mereka kepada Dato Ishak tidak boleh diselindungi lagi. Apa yang telah dibuat oleh beliau semasa PRU ke 12 (2008) di mana menghasut pengundi Pantai dan Panchor supaya mengundi PAS maka sekarang masa beliau pula menerimanya. Kata pengundi Lenggeng, dulu Dato Sahak kata " Kalau sayangkan UMNO undilah PAS". Maka sekarang masanya kepada orang Lenggeng JS berkata " Jika sayangkan UMNO maka undilah calon BEBAS". Jika dia menang orang lenggeng kekal dengan jati diri iaitu LENGGENG untuk LENGGENG..... Moh kito mengundi.........

Wednesday, April 24, 2013

APABILA DATO' SAHAK MENJILAT SOKONGAN PENGUNDI LENGGENG

Tempoh kempen untuk PRU ke 13 cuma tinggal 9 hari lagi. Kerancakan kempen di kalangan calon di DUN Lenggeng ( N09 ) dalam Parlimen P128 Seremban tidaklah serancak di kawasan lain. Bendera-bendera parti yang bertanding tidak nampak meriah. JS telah menyusuri senja semalam di beberapa kawasan DUN dalam Parlimen Seremban. Bendera BN ada dinaikkan bersama parti PR seperti DAP dan PAS. Gambar-gambar calon masih belum banyak dipaparkan ditepi-tepi jalan. Ini berkemungkinan faktor kelewatan tempahan dibuat dan juga ada diantara calon belum lagi menerima bekalan gambar poster diri mereka untuk dihantar ke kawasan-kawasan mereka bertanding.
 
Di Parlimen Seremban , calon BN Dato' Yeow Chai Thiam, masih belum nampak lagi poster wajah dia di mana-mana 6 DUN yang berada di Parlimen Seremban. Poster YAB PM dan Menteri Besar telah banyak digantung oleh petugas-petugas BN. Di Mantin dan Nilai wajah calon BN, Gan Chee Biow  ada dibeberapa kawasan walaupun difahamkan dia diboikot oleh petugas MCA daripada kem Peter Lai Yeet Fee dan Yee yang berharap sebelum ini untuk menjadi calon MCA bagi Parlimen Seremban dan DUN Nilai.
 
Di Sikamat, Puan Salwati Abdullah pantas bergerak menyusun langakh mendekati pengundi walaupun pada peringkat awal tidak disenangi oleh ahli UMNO di kawasan tersebut. Puncanya mudah iaitu itu dia bukan orang Sikamat. Tetapi bukan itu faktor utamanya kerana selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian , dia memang telah lama bekerja semua DUN terutama Ampangan, Lenggeng dan Sikamat. Yang menyebabkan bantahan bukan di kalangan orang UMNO yang berjuang kerana parti tetapi disebabkan segelintir orang Dato Ishak yang mengidamkan untuk bertanding di Sikamat tetapi dicampakkan bertanding di Lenggeng kawasan lama beliau.
 
Menemui beberapa orang pengundi Lenggeng di Panchor, Panchor Jaya, Pantai , Mendom dan Kampung Ulu Beranang semasa bersama keluarga JS sebelum balik ke Damansara semalam, rata-rata para pengundi tidak dapat menerima kehadiran Dato Ishak di Lenggeng. Mereka menyatakan Dato Ishak bukan calon yang mereka mahukan sebagai wakil mereka di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan selepas 5 Mei ini.
 
Selama 3 penggal Dato Ishak mewakili penduduk di sana tiada usaha beliau untuk memajukan Lenggeng. Terdapat kampung-kampung semasa dia menjadi YB tidak langsung ditinjau dan soal pembangunan langsung tidak di ambil perhatian. Sebagai contoh kata mereka Kampung Batu 9 Pantai hanya dengan kehadiran YAB Menteri Besar pada tahun 2010 barulah mereka mendapat bekalan air bersih. Bayangkan Dato Ishak juga berasal di kampung yang sama sebelum menetap di Melaka. Dato Ishak difahamkan membalas dendam kepada semua penduduk di sana kerana hal-hal dalaman termasuk sejarah keluarga dia sendiri di sana.
 
Di Ulu Beranang , Dato Ishak pernah mengatakan orang Minangkabau berhati "kohok" yang bermaksud sangat busuk dan difahamkan beliau mengulang-ulang penghinaaan ini disetiap kali berucap di kawasan Lenggeng. Tetapi dia lupa di Lenggeng ada 80 peratus pengundi keturunan Minangkabau. Kalau orang Minangkabau lupa penghinaan ini , memang benarlah orang Minangkabau yang menjadi dominan di Lenggeng telah dibodoh-bodohkan oleh Dato Ishak.
 
Ramai juga orang Lenggeng yang bersimpati dengan YB lama yang telah digugurkan . Mereka tahu dan banyak pihak tahu kes yang dihadapi oleh YB Mustafa dulu angkara perancangan Dato Ishak. Beliau berdendam bukan saja terhadap Mustafa Salim tetapi yang lebih penting dapat memalukan YAB Menteri Besar NS.
 
Umum mengetahui bahawa Dato Ishak memang mempunyai hubungan yang sangat buruk dengan Dato Hj Mohamad Hj Hasan. Beberapa surat layang dan tuduhan liar telah beliau lemparkan terhadap Tok Mat. Hinggakan tender projek untuk Pasar Awam di Ampangan pun dia tuduh diperolehi atau diagihkan kepada kroni Tok Mat. Dan yang lebih buruk lagi perangai Dato ishak mengadukaqn perkara ini kepada Dato JJ yang menjadi kawan baik dia semasa kehadiran PM ke NS pada bulan Mac yang lepas.
 
Dato Ishak juga mempunyai rekod buruk terhadap orang Lenggeng. Untuk masyarakat kampung menemui beliau dan mendapatkan bantuan akan dicaci maki dahulu. Ini diceritakan sendiri oleh mereka yang pernah menemui beliau semasa menjadi ADUN dulu hinggalh semasa membuka pusat khidmat dia sendiri di Pantai. Bagi orang yang menyokong Mustafa Salim sebagai ADUN Lenggeng akan dimaki hamun dahulu dan dihalau. Ini perangai baik Dato Ishak.
 
Untuk membuka pusat khidmat selepas ini jika di takdirkan dia menang, pengundi-pengundi Lenggeng mengatakan tidak mungkin. Dengan ketempangan beliau sekarang untuk menjadi YB adalah semata-mata mencari peluang mencari kedudukan dan mencari "RM" bagi mengisi kantung dia .
 
Hutang dengan Dato Misran masih ada lagi. Jumlah RM 2 juta sekarang difahamkan telah meningkat 4 juta. Ini tidak termasuk dengan oranbg lain yang dia pinjam untuk kegunaan berfoya-foya di Batam bersama dengan kuncu-kuncu dia seperti Ishak Malek, Mazlan Maarof, Baharom Idris, Sarimah, Hismayati, Samsul Bahari Bahar dan ramai lagi.
 
Dato Ishak bukan calon yang diharapkan oleh orang Lenggeng. Kedengaran juga di kalangan mereka akan mengundi calon Bebas Saudara Hj Zulkifli Abdullah. Lebih baik mereka mengundi calon Bebas daripada memperjudikan nasib mereka selama lima tahun kepada PAS atau Dato Ishak.
 
Anak-anak muda yang ditemui juga tidak langsung berminat dengan kehadiran Dato Ishak. Begitu juga calon PAS yang telah 5 kali kalah dalam pilihanraya. Biar mereka mengundi calon Bebas kerana harapan mereka jika calon bebas ini menang dia akan tetap menyokong kerajaan BN sepertimana berlaku di Negeri Perak dulu. Pembangunan tidak lagi menjadi agenda orang Lenggeng kerana mereka tahu kerajaan akan terus membantu mereka sepertima yang telah kerajaan buat di Negeri Pembangkang dan kawasan pembangkang selama ini. Ramai pengundi di Lenggeng telah tahu agenda perjuangan Dato Ishak. Mereka berkata jika Dato Ishak menang, MB akan musnah kerana inilah yang ditunggu oleh Dato Ishak dan balaci-balacinya. 
 
Kepada orang Lenggeng, JS mengingatkan bahawa sokongan bepada BN adalah sangat penting. Tetapi jika pihak atasan tidak mendengar dan merasai denyut nadi orang bawahan, eloklah fikirkan kemana undi saudara-saudara harus diberikan. Jangan gadaikan maruah semata-mata menjaga hati dua-tiga orang dan calon yang diletakkan tidan mengikut kehendak pengundi. Kalaupun dia mewakili BN tetapi jika BN meletakkan anjing kurap di kawasan kita , eloklah kita halau ke semak lain.
 
Oleh itu, pengundi di Lenggeng calon yang terbaik adalah anak jati Lenggeng. Pilihlah antara dua......
 
Hj Zulkifli Abdullah - Calon BEBAS Lenggeng.

Saturday, April 20, 2013

HARI PENAMAAN CALON: PARTI ATAU CALON???????

20 April , tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua pengundi dan rakyat diseluruh negara calon-calon wakil rakyat yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada seluruh masyarakat di kawasan mereka. Penawaran diri oleh calon-calon YB ini perlu dilihat dalam pelbagai sudut. Samada mereka benar-benar ikhlas menjadi juara rakyat yang berkhidmat untuk rakyat, untuk pentingan peribadi dan politik mereka, untuk mengumpul kekayaan atau untuk membalas dendam.

Umum mengetahui kerajaan BN di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menharapkan rakyat atau khususnya para pengundi menerima sahaja calon-calon yang dinamakan oleh majlis kepimpinan tertinggi untuk diberi mandat memenangi kerusi BN yang mereka wakili. Komponen BN telah sepakat bahawa mereka mengemukakan calon terbaik untuk dipersembahkan kepada pengundi dan rakyat di kawasan yang mereka wakili.

Beberapa inseden berlaku sebelum hari penamaan calon di mana terdapat protes daripada akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon yang diletakkan di kawasan Parlimen atau DUN. Protes bukan sahaja berlaku terhadap calon parti komponen BN malah dari parti PR terutama DAP dan PKR. Ketidak puasan hati ahli parti ditunjukkan melalui demontrasi aman dibeberapa kawasan DUN. 

Merujuk kepada kejadian ini, menunjukkan bahawa pihak kepimpinan atasan khususnya dalam BN sendiri terdapat masalah yang akan dihadapi sepanjang kempen PRU ini berjalan. Apakah PM, TPM dan SU Agung BN buta atau tidak mendapat maklumat terperinci berhubung dengan calon-calon yang dinamakan.

Kenapa berlaku pertukaran calon disaat akhir. Di Negeri Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan , Pengerusi Perhubungan Negeri terpaksa akur dengan kehendak rakyat. Langkah ini wajar kerana pengundi adalah raja dalam menentukan kemenangan parti yang di wakili oleh calon-calon berkenaan. Sebagai contoh, di DUN Johol Johol , Negeri Sembilan Ustaz Fadhil Kasim yang dinamakan oleh BN terpaksa menarik diri dua hari sebelum hari penamaan calon bagi memberi ruang kepada calon yang boleh diterima rakyat di kawasan Johol. Begitu juga di DUN Bebar , Pahang dan sebuah DUN di Selangor. Suara pengundi perlu didengari dan pihak pemimpin pusat BN jangan terlalu memikirkan kehendak sendiri bagi menjaga kelangsungan politik sendiri selepas PRU ini untuk terus memegang jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang. Dato Jamaludin Jarjis dan Tengku Adnan Tengku Mansor jangan terlalu menjaga politik sendiri untuk meletakkan orang yang tidak layak bertanding dalam PRU ke 13 ini. Seolah-olah semua Ketua Bahagian mesti bertanding tidak kira mereka adalah mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai Wakil Rakayt atau tidak.

Untuk menjadi Wakil Rakyat bagi 2013 hingga 2018 bukan seperti ADUN tahun 70an, 80an atau 90an. Dulu tuntutan kehendak rakyat adalah berbeza dengan sekarang. Apakah istilah winneable candidite membolehkan orang yang telah hampir nak masuk ICU atau CCU diberi tempat untuk bertanding lagi. Orang seperti Tengku Adnan, Dato Jamaludin Jarjis, Dato Hasan Malek, Dato Adnan Yaacob dan ramai lagi perlu mengundurkan diri. 

Di Negeri Sembilan orang seperti Dato Ishak Ismail yang terkenal dengan pengkhianat parti dan telah tempang masih diberi ruang untuk bertanding. Apakah ini merupakan winneable candidite. Kerana itu tidak hairan anak muda menunjukkan protes beberapa hari sebelum hari penamaan calon. Ini kerja siapa? Tiadak mungkin Dato Hj Mohamad Hj Hasan mahukan orang seperti Dato Ishak ini duduk dalam Dewan Undangan Negeri , Negeri Sembilan. Jika beliau mahukan ornag ini termasuk Dato Lillah Yasin yang bertanding di Palong, bermakna Dato Mad Hasan nak bunuh diri dia sendiri.
Ishak Ismail (SAHAK BOTAK)

Dato Ishak adalah petualang yang menimbulkan masalah bukan sahaja di Bahagian Seremban malahan seluruh Negeri Sembilan. Permusuhan beliau dengan Tok Mad tiada kesudahannya. Dia akan menghancurkan keseluruhan lanskap politik Negeri Sembilan . Adakah calon seperti Lillah Yassin dan Ishak Ismail ini yang perlu diberi ruang untuk menang. Kepada para pengundi di Lenggeng dan Palong cuba fikir-fikirkan. Jika calon yang hendak mewakili anda mestilah calon yang boleh bekerja dan bukan bercakap semata-mata. Bukan calon yang berhati busuk semata-mata menjaga kepentingan kelompok mereka sahaja. 


Ishak Ismail yang ada kes mahkamah kerana berhutang dengan seorang ahli perniagaan masih diberi ruang untuk bertanding. Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan. Tok Mad tunggulah jika beliau ini menang , Negeri Sembilan akan hancur kerana kedua mereka mengunggu ruang untuk memporakperandakan apa juga perancangan kerajaan Negeri selama ini. Maka kepada para pengundi di Lenggeng dan Palong........... fikir-fikirkan.. Selamat mengundi.

Sunday, April 7, 2013

NEGERI SEMBILAN MASIH DIBELENGGU MASALAH MENCARI WINNABLE CANDIDATES

Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih pucuk kepemimpinan kerajaan Negeri Sembilan selepas PRU ke 13. Pegangan PR cuma melihat jumlah bendera yang mereka pacakkan di tepi-tepi jalan dan kawasan pinggir bandar dan kampung. Ini ditegaskan sendiri oleh Taufik selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam sesi ceramah beliau di Kampung Ismail , Seremban. Sebagai pemimpin nombor satu PAS di Negeri Sembilan, Taufik terpaksa berpandangan optimis untuk menjadi calon yang akan diangkat oleh PR selepas PRU ke 13 nanti bagi memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan. Namun dia lupa bahawa DAP lebih banyak menguasai kerusi di peringkat DUN semasa PRU ke 12 dulu. Sekiranya PR dapat memenangi PRU di peringakt DUN Negeri Sembilan (semestinya tidak ) PAS juga lupa bahawa DAP juga sedang menyediakan calon di kalangan orang Melayu yang beragama Islam untuk bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Antara nama yang disebuat-sebut ialah Aspan Alias yang akan dicalonkan di DUN Rantau menentang YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan.
 
Daripada pecahan pengundi di DUN Rantau sekarang ternya bilangan pengundi bukan Melayu telah melebihi daripada bilangan pengundi Melayu sekitar 2%. Inilah yang memberi keyakinan kepada DAP untuk bertukar keryusi dengan PKR bagi meletakkan calon mereka di sana . Melihat kepada calon-calon yang diketengahkan oleh PR adalah mereka yang profesional serta memliki tahap pendidikan yang tinggi.
 
Bagi BN untuk mencari calon-calon yang profesional agak sukar kerana di kalangan pemimpin BN khususnya UMNO masih berpaksikan kepada mereka yang menjawat jawatan politik kelompok UMNO itu sendiri. Ketandusan golongan berpendidikan untuk diketengahkan sebagai calon adalah disebabkan telah menjadi budaya pemimpin UMNO Bahagian cuma akan memilih "orang" Ketua Bahagian bagi memimpin di peringakt Bahagian.
 
Mengambil contoh beberapa bahagian di Negeri Sembilan atau lebih dekat di Bahagian Rasah dan Seremban rata-rata yang duduk dalam AJK Bahagian adalah di kalangan mereka yang lulusan SPM sahaja. Dan mereka inilah yang dicalonkan oleh UMNO Bahagian untuk menjadi wakil kepada rakyat. Ironinya bagaimana mereka yang cuma berkelulusan SPM mahu memimpin golongan muda yang sebilangan mereka berpendidikan paling kurang diperingkat Diploma. 
 
Memang mereka yang kelulusan tidak kemana inilah yang bersungguh-sungguh untuk menjadi calon YB. Selain daripada itu boleh mereka ini dikategorikan sebagai winnable candidates kerana pengundi bukan sahaja di kalangan orang UMNO. Lebih ramai pengundi atas pagar atau tidak menganggotai mana-mana parti politik akan keluar mengundi dalam PRU ini nanti.
 
Pucuk pimpinan pusat jangan terlalu kalut dalam menentukan calon terutamanya seperti mengikut telunjuk Ketua-ketua UMNO Bahagian . Disebuah kawasan DUN di Negeri Sembilan, telah keluar suara-suara pengundi muda yang tidak akan menilai kemampuan wakil mereka berasaskan kemampuan calon ini mendekati generasi Y ini. Jangan mendengar atau mendapatkan maklumat daripada satu pihak , pucuk pimpinan pusat terus membuat kesimpulan bahawa inilah calon terbaik untuk menang. UMNO bukan lagi penentu kemenangan BN. Begitu juga MCA dan MIC. Jangan lupa kepada peranan NGO's dalam menggerakkan aktiviti sebagai sokongan kepada pihak kerajaan. Tanpa penglibatan badan-badan kerajaan sudah pasti tidak ada apa-apa aktiviti yang dilaksanakan . Ini melihat kepada kelesuan UMNO di dua bahagian di Negeri Sembilan dalam menggerakkan aktiviti mereka dalam tempoh empat tahun dulu.  Jika sekadar mendapat 600 samples sebagai landasan menentukan calon di setiap bahagian, belum tentu kajian yang dibuat itu tepat dan pandangan daripada pihak MIO, MKN, Polis, KEMAS serta JASA diketepikan begitu sahaja.
 
Di Peringakt Bahagian bukan semua pemimpin Bahagian itu maha bersih atau baik. Bahagian Seremban sendiri dipimpin oleh pensabotaj parti semasa PRU ke 12 dulu. Ini ternyata benar dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk SU Agung UMNO sendiri. Jadi bagi mempastikan seorang calon benar-benar boleh menang dengan bergaya perlu ada penganalisaan yang terperinci dari segi gereakerja mereka selama ini. Demikian juga jangan semudah-mudah nya meletakkan calon baru tanpa mengambil kira sokongan bekas ADUN lama yang tetap mempunyai pengaruh dan boleh menentukan hala tuju dan menang atau tewasnya BN di kawasan-kawasan yang ditandingi nanti. Belum ada istilah "kubu" kuat BN dalam kancah persaingan untuk memerintah negara kepada semua ahli politik di negara ini. Untuk menang PM, TPM dan MB dimana-mana negeri perlu tahu apakah kehendak pengundi dan bukan kehendak diri sendiri atas dasar laporan atas kertas semata-mata.
 
 

Saturday, March 23, 2013

ADUN NEGERI SEMBILAN TERUS DIKEKALKAN

Beberapa nama yang sebelum ini menjadi topik perbualan di kalangan ahli politik di Negeri Sembilan yang akan digugurkan, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Kesemua ADUN yang sedia ada terutama ADUN yang mewakili UMNO akan terus dikekalkan di kawasan mereka bagi menghadapi PRU ke 13.  Antara muka-muka lama yang akan dikekalkan ialah Dato Razi Kail mewakili DUN Juaseh, Dato Yunos Rahmat ADUN Kelawang, Dato Zainab Nasir ADUN Gemas, Dato Aziz Shamsudin ADUN Palong, Dato Zaiful Bahari Idris, ADUN Chembong, Tuan Mustafa Salim ADUN Lenggeng, Dato Zainal Abidin Ahmad , ADUN Lui, YB Tuan Hj. Adnan Abu Hasan , ADUN Pilah , Dato. Dr. Awaludin , ADUN Kota dan Dato Razak Mansur, ADUN Pertang. Sementara itu ADUN Seri Menanti Dato Samad Ibrahim yang banyak menimbulkan kontraversi turut dikekalkan. ADUN Gemencheh , Dato Kamil juga akan terus dicalonkan untuk PRU ke 13.
 
Daripada sumber UMNO Perhubungan Negeri Sembilan hanya ADUN Bagan Pinang , Tan Sri Isa Abdul Samad dan ADUN Linggi yang juga EXCO Kerajaan Negeri Sembilan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda di Bahagian Telok Kemang. Dato Hasim Rusdi akan terus kekal di DUN Labu manakala YB Dato Ismail Lasim akan bertanding di Parlimen Kuala Pilah  bagi menggantikan Dato Hj. Hasan Malek yang akan menerajui salah sebuah syarikat GLC kerajaan.
 
Pengekalan ADUN-ADUN ini dibuat bagi mengukuhkan lagi kepemimpinan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan di Negeri Sembilan terutamanya segala perancangan yang dibuat selama ini akan terus mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin khususnya ADUN yang dikekal ini.
 
Yang Amat Berhormat Dato Haji Mohamad bin Hj Hasan akan terus bertanding di DUN Rantau dan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU ke 13 nanti. Usaha mengekalkan ADUN-ADUN ini terus bertanding di kawasan lama mereka telah mendapat restu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Presiden UMNO semasa pertemuan yang dibuat di Pejabat Pertdana Menteri Jumaat lepas.
 
Daripada sumber yang dipercayai juga bahawa DUN Sikamat dan Ampangan akan diisi oleh beberapa nama baru yang dikemukakan apabila pucuk pimpinan pusat kurang senang dengan nama-nama yang hantar sebelum ini termasuk Puan Wan Salwati Abdulah dan Saudara Rosli yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban. Difahamkan juga ada nama-nama baru yang diketengahkan bukan di kalangan aktivis UMNO tetapi sangat banyak membantu masyarakat dikedua-dua DUN tersebut. Ketua Bahagian Seremban Dato Ishak Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian , Dato Zakaria Nordin yang merupakan calon-calon recycle sudah pasti tidak akan diletakkan dikedua-dua kawasan tersebut.
 
Semoga dengan mengekalkan calon-calon yang sedia ada kedudukan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad sebagai MB akan terus mendapat sokongan dan selepas PRU ke 13, apabila berlakunya pemilihan UMNO , MB juga tiada menghadapi masalah di kalangan orang-orang politik terutamanya yang memusuhi beliau.

Friday, March 15, 2013

SPRM vs YB LENGGENG

16 Mac, 2013 YAB Dato Seri Utama Najib bin Tun Abd Razak akan bertandang semula ke Negeri Sembilan.  Kehadiran PM pada malam ini merupakan lawatan kerja terakhir beliau ke negeri beradat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang akan tamat tempoh bagi penggal ke 12 pada 26 Mac ini.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan dalam kenyataan beliau selepas mesyuarat EXCO pada hari Rabu lepas memberitahu bahawa apabila tempoh dewan undangan berakhir tanpa pembubaran parlimen Malaysia, secara automatik ia akan terbubar dan beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga PRU ke 13 dan pembentukan kerajaan baru. Kerajaan Negeri Sembiloan di bawah BN difahamkan akan teus dikuasai oleh parti BN dan melalui gerakerja dan sokongan rakyat hasil kerja berterusan kepimpinan Tok Mat tidak boleh dipertikaikan PR akan menggigit jari di NSDK.
 
Kehadiran PM pada malam ini dalam majlis bersama MCA Negeri Sembilan selepas dua hari Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan bahawa ADUN Lenggeng dari UMNO dibebaskan dan dilepaskan tidak bersalah dalam pertuduhan rasuah. Banyak pihak beranggapan bahawa ini tekanan pihak kerajaan yang menentukan keputusan penghakiman. Tetapi perlu diingat bahawa Hakim yang membuat keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bahkan daripada sumber yang boleh percayai bahawa YA Dato Siti Mariah Hj Ahmad merupakan hakim yang pakar undang-undang dan mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah termasuk kes rasuah. Jangan ada mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang yang selama ini mengharapkan orang UMNO perlu dijatuhi hukuman walau ternyata ia tidak bersalah. Kepada pembangkang tiada seorang pun orang kerajaan yang jujur dan bersih. Hanya di kalangan mereka sahaja yang dikategorikan bersih seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Mat Sabu dan ramai lagi.
 
Di Lenggeng ada di kalangan calon-calon yang mengangkat diri mereka sebagai winnable candidate sudah mula meroyan takut nama mereka terkeluar apabila keputusan mahkamah berpihak kepada ADUN Lenggeng.
 
Sejarah Bahagian Seremban memang semua orang tahu. Apabila Dato Ishak memimpin bahagian tersebut bermula tahun 1982 , dia tidak pernah cuba untuk meningkatkan kemajuan bahagian Seremban khususnya borang Melayu. Dia cuba menjadi hero untuk kepentingan peribadinya. Cakap dia semua betul dan orang lain di Bahagian Seremban tidak akan diberi ruang untuk maju sebagai pemimpin masa depan.
 
Zaman kegemilangan Dato Ishak sepatutnya telah berkahir selepas tidak lagi menjadi calon dalam PRU ke 12. Tetapi dengan taktik jahat dan kotor dia bersama dengan kuncu-kuncunya di bahagian Seremban menyebabkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang didakwa di mahkamah.
 
Dalam tempoh pendakwaan YB Lenggeng oleh SPRM yang boleh dikatakan menjadi kuda Dato Ishak Ismail, dimana sahaja dia berucap sudah pasti dia akan menelanjangkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang. Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang dikatakan bersemangat Melayu tetapi sebenar mempunyai hati yang sangat busuk.
 
Di Negeri Sembilan Dato Ishak bukan sahaja memburukkan orang UMNO disekitarnya tetapi sasaran utama ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua tahu Dato Ishak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Cita-cita ini telah lama disimpan. Apabila Tan Sri Isa tidak lagi bertanding sebagai ADUN Linggi dan berpindah ke Parlimen Jempol dalam tahun 2004, Dato Ishak telah mencanangkan dia akan jadi MB. Juak-juak dia di bahagian Seremban telah menempah blazer untuk mengiringi Dato Ishak apabila diisytiharkan jadi MB kelak. Tapi Allah lebih berkuasa dan lebih mengetahui apa dalam isi hati seseorang. Jika dia menjadi MB Negeri Sembilan, lebih separuh NS akan dijualkannya atau diagihkan kepada langau-langau dia.
 
Niat Dato Ishak untuk jadi calon dalam PRU ke 13 masih membara. Dengan mengharapkan sokongan daripada 7 hingga lapan orang Ketua UMNO cawangan di Bahagian Seremban, dia mengimpikan DUN Sikamat untuk comeback.  Tapi sedarlah bahawa orang Sikamat pun bukan mahukan dia lagi. Ramai yang telah berikrar untuk mengundi pembangkang jika inilah calon pilihan PM.
 
PM jika melihat Tranformasi Negara boleh diterima oleh rakyat bawahan, jangan takut meletakkan calon-calon yang diterima rakyat. Sekiranya YB Lenggeng telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah kenapa tidak mungkin beliau dicalonkan semula di DUN Lenggeng.
 
Orang Lenggeng berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh JS sendiri sangat menyenangi YB ini. Mencari calon berwibawa di Lenggeng bukan mudah. Jangan sesuka hati meletakkan orang Dato Ishak di Lenggeng. Jika ini ini berlaku maka akan terus bergolak kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sekira "Orang Sahak" diletakkan di Lenggeng.
 
Tranformasi bukan sekadar slogan. Ia perlu dipraktikkan.  Maka adalah lebih baik mengekalkan calon yang sedia ada kerana pihak pembangkang telah kehabisan peluru di Lenggeng. Walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang turun di Lenggeng, sekira YB Mustafa dikekalkan di Lenggeng, BN pasti menang.

Thursday, March 7, 2013

NS SENARAI 36 CALON ADUN BN TELAH DIMUKTAMADKAN

Sempena lawatan kerja YAB Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden BN ke Negeri Sembilan pada hari ini membawa bersama senarai calon-calon BN yang akan bertanding di semua kerusi BN pada PRU ke 13 nanti. Menurut berita yang diperolehi daripada sumber-sumber yang rapat dengan PM, YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin akan menyerahkan senarai nama tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk persiapan terakhir.

YAB Dato' Seri Muhamad bin Hj Hasan akan memanggil semua calon serta menyerahkan surat tauliah kepada mereka pada 15 haribulan Mac ini di kediaman rasmi Menteri Besar jam 4 petang. Difahamkan juga bahawa pegawai undang-undang negeri dan peguam UMNO Malaysia akan turut serta dalam majlis tersebut serta meneliti keperluan untuk mengisi borang-borang yang perlu diisi supaya semasa penamaan calon nanti segalanya telah siap diurus.
 
Pegawai Khas ke Menteri Besar Saudara Zulkifli Awang telah pun menghubungi beberap orang calon untuk bersiap sedia pada tarikh yang telah ditetapkan. Juga dilaporkan bahawa ada calon-calon yang mengesahkan bahawa mereka diarahkan supaya jangan ke luar negara dalam tempoh terdekat supaya mudah dihubungi dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar.
 
Antara nama  yang disahkan bertanding semula ialah, Yang Berhormat Dato Zaiful Bahri bin Idris akan mempertahankan kerusi Chembong, Yang Berhormat Hj Adnan bin Abu Hasan kekal di DUN Pilah, Yang Berhormat Dato' Hj. Ismail Lasim (Senaling), Yang Berhormat Dato' Dr. Awaludin (DUN Kota), Yang Berhormat Dato Hj. Hasim Rusdi akan mempertahankan kawasan Labu, Yang  Amat Berhormat Dato' Hj. Mohamad bin Hj. Hasan kekal di DUN Rantau, Yang Berhormat Dato' Yunus Rahmat akan mempertahankan kerusi Klawang dan Yang Berhormat Dato' Shamsul Kahar akan kekal di DUN Batu Kikir.
 
Beberapa nama baru akan ditonjolkan seperti mengantikan penyandang sekarang . Antara nama mereka yang ada ditangan TPM dan akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Dato' Salim , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol akan bertanding di Palong menggantikan Dato Aziz Shamsudin. Dato' Jalaludin  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu akan bertanding di Sungai Lui . Di kawasan Pertang Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu iaitu Tuan Hj Zainudin akan mengantikan Dato Razak Mansur.
 
Di Parlimen Seremban pula 3 kerusi UMNO akan mendapat muka baru iaitu di Ampangan Puan Wan Salwati Abdullah yang merupakan EXCO Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban mendapat sokongan kuat daripada MB untuk diletakkan bertanding di sana. Di Kawasan Sikamat bagi menjaga hati Ketua UMNO Bahagian Seremban, Perdana Menteri bersetuju meletakkan Saudara Mohd. Rosli Selaku Setiausaha UMNO Bahagian Seremban untuk bertanding bagi merampas semula kerusi Sikamat daripada PKR. Di Lenggeng yang lebih rumit kepada pihak jawatan kuasa pemilihan calon membuat keputusan. Ini memandangkan calon sedia ada mendapat sokongan akar umbi di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun bagi mengimbangkan sokongan orang muda , pengundi dewasa dan pengaruh politik setempat maka Saudara Samsul Amri bin Ismail telah diputuskan sebagai calon yang paling berwibawa untuk menumpaskan calon PAS di kawasan Lenggeng. Difahamkan calon muda ini mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding calon yang ditonjolkan oleh UMNO Bahagian Seremban serta disenangi oleh YB penyandang sekarang serta penyokong-penyokong beliau di DUN Lenggeng.
 
EXCO Kerajaan Negeri yang akan digugurkan ialah Dato Abdul Samad Ibrahim (Seri Menanti), Dato' Ismail Taib (Linggi), Dato Razi Kail  dan seorang lagi dikalangan bukan EXCO ialah Tan Sri Isa Samad ( Bagan Pinang) akan digantikan oleh Ketua Pemuda Telok Kemang.
 
Bagi Kerusi bukan UMNO, Dato Siow Chin Pin akan kekal di Chennah, Dato VS Mogan akan bertukar kerusi ke DUN Port Dickson sementara di DUN Repah kerusi tersebut akan diserahkan kepada MIC iaitu Dato' A. Ganesan yang merupakan Pengerusi MIC Bahagian Seremban.
 
Kerusi DUN Nilai juga agak panas apabila Saudara Gan See Biow dan Saudara Yee mencari pengaruh untuk diletakkan di kerusi tersebut. Difahamkan PM telah merestui Saudara Gan untuk bertanding di DUN Nilai.
 
Parlimen Rembau akan kekal ditandingi oleh YB Saudara Khairi Jamaudin manakala di Kuala Pilah Dato' Hassan Malek akan digugurkan dan diganti dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah yang mendapat restu daripada Kertua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah Dato' Norhayati.
 
Di Gemas dan Gemenchih akan bertukar calon di mana Saudara Malik Shamsudin akan bertanding di DUN Gemenchih sementara Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin akan menganbil tempat Dato' Zainab Nasir.
 
Parlimen Seremban akan ditandingi oleh Dato' Dr. Yow sementara di Rasah bekas calon MCA di Rahang akan bertanding atas tiket BN.
 
Diharapkan Negeri Sembilan akan kekal di bawah kekuasaan  BN bagi meneruskan agenda pembagunan yang telah disusun oleh YAB Dato Seri Hj. Mohamad bin Hj. Hasan selama ini.
 
 

Saturday, March 2, 2013

STRATEGI TERANCANG KEJADIAN DI LAHAD DATU

Al Fatihah... kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia daripada pencerobohan orang luar. Kedua-dua mereka terkorban dalam mempastikan bumi Malaysia bebas daripada ancaman pihak asing. Simpati seluruh masyarakat Malaysia terpancar daripada kehadiran YAB Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak yang turut hadir dalam memberikan penghormatan terakhir kepada kedua orang wira negera di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang.
 
Berbeza dengan para pemimpin tertinggi PKR (PR) yang menuduh bahawa kehadiran kumpulan yang menggelar diri mereka daripada Keturunan Raja Sulu adalah dirancang oleh kerajaan BN sangat jahat sekali. Sebagai rakyat biasa, tuduhan jahat seumpama itu cuma bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kepimpinan Negara menjelangnya PRU 13.
 
Adakah kerajaan begitu bodoh membenarkan orang asing datang ke Negara ini semata-mata untuk membunuh rakyat sendiri. Apakah tiada cara lain bagi pihak pembangkang seperti kenyataan Tian Chua yang begitu dangkal pemikirannya menuduh kerajaan BN membenarkan kedaulatan Negara dicerobohi oleh orang luar.
 
Tetapi hakikatnya inilah yang dibuat oleh pihak pembangkang untuk menarik sokongan luar selama ini di Malaysia. Apakah yang tidak dibuat oleh pembangkang yang mengitiraf perjuangan mereka selama ini. Antaranya menjemput orang luar dating dan memburuk-burukkan Negara dengan segala usaha kerajaan selama ini.
 
Tidak cukup dengan itu baru-baru ini Anwar Ibrahim datang ke Negeri Sembilan bercakap soal perjuangan PR bagi menjaga maruah Negara tetapi pada waktu yang sama menggadai maruah bangsa.  Begitu juga dengan pemimpin PAS yang bercakap soal agama tetapi menggadaikan agama kepada kafir khususnya DAP yang ternyata sangat anti kepada agama Islam. Buta sungguh ulama-ulama PAS yang selama ini dipergunakan oleh parti perkauman yang tidak diam sesaat pun demi menghancurkan perpaduan Melayu dan agama Islam di Negara ini.
 
Dibantu pula oleh pesara-pesara kerajaan di peringkat tinggi yang dulu menerima gaji hingga 20K bersama-sama memburukkan kerajaan dan duduk bersama PR. Inilah nilai demokrasi Negara selama ini yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat yang cintakan agama dan Negara ini.
 
Namun admin masih lagi berterima kasih apabila ada golongan muda yang celik sejarah Negara, masih dapat menerima hakikat walaupun mereka lahir selepas kejadian 13 Mei, masih dapat menghayati perjuangan pemimpin terdahu dalam menjaga Negara ini. Tidak seperti pengikut PAS,PKR dan sudah tentu DAP yang bangsat ini tiadk tahu untuk menyatakan kesyukuran terhadap keharmonian Negara selama ini.

Monday, February 25, 2013

"3 Dato' dan Jin Pakai Toncit di Parlimen Seremban"

Kehadiran penuh gemilang PM ke Negeri Sembilan pada 24 Februari 2013 melakar sejarah baru dalam lanskap politik dan pembangunan Bandar Seremban. Lebih 15 ribu orang penyokong tegar BN telah hadir dalam majlis pelancaran PR1MA dan makan tengahari di Padang MPS dan Allson Klana Resort Seremban.

Seperti biasa kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan terus dinilai khususnya sokongan pelbagai golongan masyarakat di Negeri Sembilan menjelang PRU ke 13. Walau berapa kerap pun PM dan TPM berkunjung ke negeri beradat ini, sambutan dan sokongan rakyat di Negeri Sembilan tidak akan surut. Walau MB diberi notis yang singkat untuk persiapan bagi menyambut kehadiran pemimpin pertama dan kedua Negara, kehadiran para penyokong tetap menggalakkan. Inilah yang menyebabkan keresahan yang amat sangat kepada pemimpin PR. Jika dilihat majlis ceramah-ceramah PR di Negeri Sembilan kehadiran tidak lebih 200 orang penyokong mereka menggambarkan cita-cita PR untuk menguasai NS semasa PRU 13 ini cuma angan-angan kosong.
 
Dibawah kepimpinan Tok Mat pelbagai pembaharuan dilaksanakan di NS khususnya di Bandar Seremban. Jika bukan Tok Mat yang menjadi Menteri Besar ramai yang berpendapat Bandar Seremban akan cuma ada bangunan-bangunan usang yang jauh ketinggalan berbanding negeri jiran. Kalau pun Bandar Seremban yang akan dibangunkan dengan wujudnya Seremban Sentral yang akan mengubah keseluruhan lanskap bandar itu kita percaya ciri-ciri adat dan budayanya akan terus kekal.
 
Dalam memperkatakan kehadiran PM ke Seremban untuk melancarkan PR1MA di Seremban Sentral, percaturan politik masih berlaku di Parlimen Seremban. Tiga Dato' sedang bercita untuk dicalonkan di DUN Sikamat (Dato Ishak Ismail), DUN Nilai (Dato' Peter Lai ) dan DUN Lobak ( Dato' A. Ganesan. Inilah tiga pemimpin yang ternyata bernafsu untuk menjadi YB di kawasan yang dinyatakan . Tetapi umum mengetahui Dato Sahak merupakan calon kebencian di Parlimen Seremban kerana sikap memusuh MB selama ini.
 
Di DUN Sikamat walaupun sejak akhir-akhir ini ada ceramah politik dianjurkan oleh UMNO Seremban, ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Kehadiran hanya sekitar 200 orang dan adan yang cuma mampu mengumpulkan 100 orang pendengar sahaja. Itupun apabila Dato Sahak membawa penyanyi-penyanyi lama yang tidak diminati oleh golongan muda dan pengundi atas pagar. Apakah yang ingin ditunjukkan oleh Dato' Sahak kepada kepimpinan pusat atas aktiviti seumpama ini. Dia tidak mampu untuk menarik pengundi yang bukan ahli UMNO. Apa yang ingin dia banggakan dan pernah dalam satu program ceramah di Parlimen Seremban yang membawa seorang penceramah daripada pusat, dia cuma mampu mengumpulkan sekitar 100 orang sahaja. Akhirnya Dato' Sahak menyalahkan MB atas kegagalan dia menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut. Orang yang seperti Dato' Sahak dan kuncu-kuncu dia termasuk Hjh Samsiah perlu muhasabah diri kenapa orang tidak mahu hadir. Jawapan mudah sahaja, ramai yang telah benci dengan pendekatan mereka berdua.
 
Dato' Peter Lai, bekas ADUN Nilai juga tidak disenangi oleh penundi di Kawasan Mantin dan Nilai. Pernah 3 penggal berkhidmat di DUN Nilai dan tewas dalam PRU ke 12 di tangan DAP. Kini berhasrat semula untuk bertanding. Ramai yang berpendapat dia elok berundur seperti Dato Hon Choon Kim bekas Ahli Parlimen Seremban . Orang menghormati Dato Hon hingga sekarang. Peter Lai pun sudah cukup kaya semasa menjadi ADUN Nilai dulu. Demikian juga Dato Sahak tak payahlah buka pusat khidmat lagi di Pantai kerana Pantai telah ada YB sendiri di DUN Lenggeng. Inilah contoh orang sudah gila talak yang mengidamkan penggilan YB dari rakyat. Semasa jadi YB dulu cuma tahu kumpul kekayaan dan menganiaya orang.
 
Dato' Ganesan, Pengerusi MIC Seremban, juga ingin mengadu nasib di Lobak. Anthony Loke yang lari dari Lobak dan ingin bertanding di Chennah. Loke merupakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang cukup rasis. Dengan muka DAPig ini elok dia kalah di Chennah. Orang Melayu di Chennah tidak akan mengundi muka macam ini.
 
Ada desas desus menyatakan bahawa Puan Wan Salwati Abdullah , Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban, EXCO Puteri Malaysia dan Presiden Majlis Belia NS akan bertanding di Ampangan. Dalam list terakhir yang putuskan oleh MB , Wan Salwati akan dertaruhkan di Ampangan . Dia merupakan satu-satunya calon Wanita yang akan menggantikan YB Gemas, Dato' Zainab Nasir yang terpaksa diundurkan atas desakan Wanita Negeri Sembilan. Sekiranya ini menjadi kenyataan maka Dato' Zakaria Nordin yang sedang menabur janji kepada penyokong beliau di Ampangan akan melopong. Jika satu masa dulu Haji Abu Ubaidah Dato Redza digembar gemburkan sebagai calon Ampangan, kini ramai yang tidak lagi berminat kerana dia tidak pernah hadir dalam program-program MB di Ampangan.
 
 
 
 

Tuesday, February 12, 2013

BUBARRRRRRRRRRR

Apabila ramai yang berteka teki bila tarikh sebenar PRU ke 13 hari ini dikejutkan dengan berita seorang pemuda yang bertaraf "Warga Negara Malaysia" menunjukkan isyarat lucah kepada DYYM Raja Permaisuri Agong. Di Fb pelbagai komen daripada semua pihak dengan menyatakan kebencian terhadap pemuda tersebut atas reaksi yang ditunjukkannya.
 
Sebagai rakyat Malaysia yang lahir di Negara ini, adalah sangat memalukan perilaku yang ditunjukkan oleh manusia yang tiada memahami adat istiadat serta menghormati institusi raja berpelembagaan di Malaysia. Jika dia pernah belajar di sekolah di sini sudah pasti dia diajar tentang Rukun Negara. Prinsip kedua dalam Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
 
Pada hemat JS sepertimana ramai rakyat yang memberi komen terhadap tindak tanduk pemuda ini, pihak berkuasa wajib mengenakan tindakan tegas terhadap manusia yang boleh dikategorikan seperti anjing ini. Inilah gambaran awal sebelum PRU yang ke 13 ini.
 
Sekiranya PR yang berkuasa di Negara ini lebih banyak lagi kejadian seumpama ini akan berlaku. Orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi di Negara ini tiada hak lagi untuk bersuara. Jika sekarang terdapat seorang yang berwajah manusia tetapi berhati anjing di negeri yang tadbir oleh DAPig boleh bersikap kurang ajar, bagaimana sekiranya Putrajaya diperintah oleh PR. Bagaimana gambarannya nanti untuk orang Melayu terutama orang awam mau berurusan di Putrajaya dikelilingi oleh lebih banyak anjing-anjing yang memandang hina terhadap orang Melayu. Kalau sekarang institusi tertinggi Negara boleh dihina, bagaimana pula kita tiada apa-apa ini.
 
Kepada orang Melayu yang taksub menyokong PR , tolong sedar diri dari sekarang. Jangan nanti apabila nasi telah menjadi bubur baru nak menyesal Jika bubur masih boleh dimakan lagi. PAS yang bersekongkol dengan DAP patut sedar sikit. Jika tak juga sedar memang puak-puak PAS ini tiada beza dengan DAP yang memang mengamalkan dasar perkauman yang tebal. Patutlah Mat Sabu ada bercakap dia lebih rela untuk makan babi dengan orang DAP daripada makan ayam dengan UMNO.
 
Kita mendoakan supaya BN akan terus kekal memerintah Negara tercinta ini walaupun ada diantara pemimpin UMNO yang ada sekarang pun bukan boleh harap sangat. Dalam PRU ke 13 nanti, PM akan menggugurkan sebilangan besar Menteri Kabinet tukang ampu ini. Bila ini dapat dilakukan UMNO dan BN perlu diperkukuhkan demi memberi keyakinan kepada rakyat Negara ini. Sekian.

Wednesday, February 6, 2013

BR1M + WINNABLE CANDIDATE UMNO DI DUN PAROI, SIKAMAT, AMPANGAN DAN LENGGENG

Salam Maulidur Rasul kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Alhamdulillah JS telah berpeluang bersama-sama dengan masyarakat Islam di Negeri Sembilan berhimpun di Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini di Padang MPS Seremban. Amat bermakna sekali kepada JS hadir bersama tanpa diarah oleh mana-mana badan politik dan Ngo's menyertai perarakan pada hari tersebut. Ucapan daripada YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan bertepatan dengan tema yang dijadikan sebagai pegangan umat Islam di Negara ini.
 
Bermula 1 Februari 2013 kerajaan Negeri Sembilan telah mula mengagihkan bantuan BR1M kepada semua penerima fasa pertama. Difahamkan lebih daripada 60 ribu penerima pertama  di Daerah Seremban  sahaja telah mula menerima bantuan tersebut.
 
Keceriaan di wajah penerima bantuan RM500 itu jelas sekali apabila JS hadir sendiri meninjau bersama rakan-rakan di majlis penyampaian yang dibuat di DUN Senawang, Ampangan dan Sikamat. Walaupun JS bukan diantara penerima bantuan tersebut namum kesyukuran turut JS lafazkan dihati kerana kesudian YAB Perdana Menteri menyediakan lebih daripada 3 billion ringgit untuk disampaikan kepada penerima yang layak samada mereka yang telah menerimanya pada tahun lalu atau  penerima yang baru.

Ketua Puteri
 
Penerima-penerima bantuan BR1M 2.0 di kawasan yang tidak mempunyai ADUN daripada BN telah menerima baucer  daripada pengerusi-pengerusi BN parlimen tersebut.  Pada tahun lepas kerajaan telah menetapkan supaya YB Kawasan dan juga " ADUN bapa angkat" DUN terbabit mewakili pihak kerajaan tetapi atas dasar menjaga hati puak-puak tertentu maka kerajaan melonggarkannya kepada mereka yang berkenaan untuk menyampaikannya pada tahun ini. Kerajaan tidak mahu timbulnya masalah dalaman seperti pada tahun 2012 ada di kalangan mereka memaki hamun Pegawai Daerah kerana tidak dijemput ke majlis penyampaian serta tidak diberi peluang untuk menyampaikannya. Maklumlah di kalangan mereka ini ingin menonjolkan diri calon dalam PRU ke 13 nanti. Bagi kerajaan tiada masalah asalkan jangan dalam ucapan boleh merosakkan harapan penerima tersebut dengan unsur-unsur yang sentiment-sentiment yang menghancurkan perpaduan kaum di negeri ini.
 

Biarlah mereka yang menyampaikan itu menjadi hero film tamil asalkan mereka puas. Rakyat sendiri pun boleh menilai mereka ini kerana semasa mereka menjadi ADUN dulu tidak pernah turun padang berjumpa rakyat. Ada di kalangan mereka sibuk dengan main golf, mengumpul harta dan memperkukuhkan politik mereka. Baru sekarang terhegeh-hegeh turun untuk berjumpa rakyat. Jika tiada program BR1M belum tentu untuk mereka hadir dalam majlis rakyat.  
 
Maka ternampaklah oleh JS beberapa ramai yang mengidamkan menjadi calon PRU 13 di DUN Paroi, Sikamat , Ampangan dan Lenggeng bersungguh-sungguh bersalaman dengan masyarakat yang hadir. Tersenyum seolah-olah terpaksa (bukan ikhlas). Tertonggeng-tonggeng bersalam dengan orang kelainan upaya dan warga emas. JS pun senyum menonton telah bekas-bekas ADUN ini dan calon-calon tepi longkang yang beria-ia menonjolkan diri.
 
Menyentuh soal calon , ada rakan berbisik semasa di Senawang beberapa nama di kemukakan oleh pihak tertentu termasuk senarai daripada YAB Menteri Besar sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk DUN Paroi. Memang mereka layak dari segi jawatan politik UMNO. Tetapi bolehkah mereka menang di Paroi. Seperti yang pernah JS sebutkan diartikel terdahulu, andainya sekadar SPM janganlah diketengahkan di DUN Paroi yang diketahui ramai lebih daripada 50 peratus adalah pengundi muda dan wanita. Maka siapa yang boleh menumbangkan PAS? JS mendapatkan reaksi daripada kalangan golongan muda , pemimpin KRT dan UMNO sendiri, sekiranya di letakkan Timbalan Mufti Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazamir, kemenangan kepada BN adalah dalam genggaman. Beliau terkenal di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Kerap turun menyampaikan ceramah di masjid dan surau serata Negeri Sembilan. YB Taufik akan tersungkur sebelum berjuang dan mungkin akan mencari kawasan lain untuk menang. Tetapi di Negeri Sembilan PAS akan terkubur.
 
Bagaimana pula di Ampangan??????? Terlalu ramai yang berminat. Semasa penyampaian BR1M di Dusun Nyior baru-baru ini, Dato Zakaria Nordin tersenyum-senyum sumbing kepada masyarakat penerima BR1M. Dulu dia digugurkan kerana menjadi gunting dalam lipatan kepimpinan Tok Mat. Apa saja yang dibincangkan dalam mesyuarat EXCO akan disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban supaya MB dibelasah dalam majlis-majlis politik Seremban. Sekarang menjadi kuda tunggangan UMNO Bahagian Seremban untuk mendapat tempat pula.
 
Calon lain yang dikategorikan winnable candidate di Ampangan yang diperbincangkan oleh golongan bwahan di sana ialah Tuan Hj Abu Ubaidah iaitu Nazir Masjid Dato Klana Sendeng. Ramai yang menyokong tetapi bagaimana dengan Wan Salwati Abdullah , Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban yang sendiri turun padang melakukan kerja-kerja politik dan amal????? Yang lain langsung tidak disebut-sebut oleh masyarakat setempat. Pemimpin UMNO di sana seperti Ishak Malek, Sarimah, Rafik dan lain-lain memang calon boleh kalah. Nak letakkan semula Dato Zakaria Nordin, ramai yang tidak berminat.
 
Di Sikamat , Dato' Ishak Ismail mengidamkan kawasan tersebut. Dengan keadaan dia sekarang dan kes hutang dengan Dato' Misran yang belum selesai dia bercita-cita lagi untuk menjadi YB dan jika dapat maka mudah untuk dia mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan membelasah MB. Pada hemat JS Dato Ishak tidak perlu lagi berada dalam persada politik Negeri Sembilan. Selaku bekas ADUN Lenggeng yang menang Ketua UMNO Bahagian dengan taktik kotor dia, sudah sampai masanya  untuk duduk di rumah melayan cucu. Cukuplah merosakkan politik Negeri Sembilan. Lebih baik beri ruang kepada MB melaksanakan tugas dia yang ternyata disenangi rakyat di Negeri Sembilan ini.
 
Selain daripada itu Shahrul Ehsan (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban) Saudara Rosli (Setiausaha UMNO Bahagian), dan beberapa nama lain juga disebut-sebut. Pandangan JS semua di atas boleh dicalonkan untuk BN kalah di Sikamat jika tidak cari calon lain yang lebih berkarisma.
 
Bagaimana pula  di Lenggeng. Ini satu lagi kawasan idaman semua. PAS juga teruja nak menawan Lenggeng bersandarkan masalah ADUN Lenggeng iaitu Mustafa Salim yang ada kes di mahkamah. PAS meletakkan MK Ibrahim dan calon lama iaitu Zulkifly Omar juga sangat berminat untuk bertanding semula. Rakan-rakan mengatakan di Lenggeng banyak billboard dinaikkan berkaitan dengan janji-janji PAS. Tapi orang Lenggeng pun sudah meluat dengan pemimpin PAS. Ada calon baru dikemukan iaitu Cikgu Anuar Maarof. Ini calon sampah yang tiada kualiti. Umur pun sudah lanjut eloklah jaga bini dirumah.
 
Bagi UMNO mereka mengemukakan ramai calon di kalangan pemimpin UMNO setempat. Dulu dalam tahun 2004 pernah seorang calon muda dari UMNO di kemukakan untuk mengambil alih tempat Dato Ishak. Mereka memaklumkan nama calon tersebut iaitu Hj Zulkifli Abdullah. Tetapi Dato' Ishak telah mengadap Dato Seri Najib ketika itu Timbalan PM untuk menymbung nyawa dia di Lenggeng. Maka tersingkirlah Hj Zulkifly dari senarai calon. 2008 nama Mustafa Salim juga tidak disenaraikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban sebagai calon. Tetapi orang Lenggeng mahukan anak jati Lenggeng sebagai calon dan beliau menang walaupun menghadapi sabotaj daripada UMO Bahagian Seremban.
 
Sekarang di Lenggeng menurut sumber yang dipercayai ramai yang berangan-angan untuk jawatan YB. Shukur Othman, Hismayati Hashim, Sidek Othman, Mazlan Maarof, Baharom Idris , Hjh Samsiah Samsudin dan termasuk juga Ghani Daud. Mereka ini adalah barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang pada pandangan JS tiada value dalam kepimpinan. Bersandarkan kepada pandangan awam, ramai yang menyenangi YB Mustafa Salim sebagai ADUN Lenggeng. Mereka masih menerima kehadiran pemimpin yang menjadi mangsa politik ini dan tahu apa yang berlaku kepada beliau adalah angkara poltik UMNO Bahagian Seremban.
 
Walaubagaimana pun terdapat nama yang agak di luar kotak pemikiran ramai calon yang boleh menang di Lenggeng sekiranya bukan Mustafa Salim. Dari laoran JASA, MIO, SB dan agensi lain calon yang dikemukan bersesuaian di Lenggeng. Beliau ialah Saudara Shamsul Amri Ismail yang merupa bekas juara debat UMNO. Orang muda yang mempunyai lulusan undang-undang dan bertugas di MPN ini boleh dikategori calon menang di DUN Lenggeng. Maka pada pandangan JS MB elok memikirkan golongan muda seumpama ini juga. Jangan terikut-ikut dengan UMNO Bahagian Seremban. Sekian.