Sunday, October 28, 2012

TIADA BEZANYA SUARAM DENGAN BLOGGER PANEH MIANG

Dalam perjalanan JS pulang ke kampung di Negeri Sembilan semalam, seorang sahabat ada memberitahu betapa sebuah blog pembangkang yang begitu bodoh cuba untuk menilai kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan sekarang. Tiada fakta jelas yang cuba dijadikan sandaran untuk mempertikaikan tahap pencapaian kerajaan Negeri Sembilan sekarang. Daripada apa yang dipaparkan dalam blog tersebut adalah lebih bersifat kebencian, fitnah dan lebih kepada pandangan nagetif semata-mata.

JS sempat melihat apa yang ditulis dan persoalan yang disentuh dalam blog tersebut. Demikian juga komen-komen daripada beberapa orang pembaca yang secara jelas ada yang menyatakan kebencian samada kepada catatan blog tersebut , begitu juga yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Biarlah JS cuba kupas ulasan bodoh daripada blogger tersebut yang menampakkan ketidakmatangan beliau dalam memperkatakan kepemimpinan kerajaan Negeri Sembilan sekarang. JS amat terpanggil untuk berkongsi fakta sebab perbandingan tiada langsung dibuat antara kepimpinan sekarang dan dahulu. JS bukan cari makan dengan mana-mana pemimpin tetapi apa yang benar tetap dikatakan benar .
Hampir dua penggal ( sehingga PRU ke 13) YAB Dato Seri Hj. Muhamad bin Hj. Hasan menjadi ketua kerajaan Negeri Sembilan, pelbagai perubahan telah beliau laksanakan. Jika dulu masalah tanah peneroka Sendayan tidak selesai, sekarang telah selesai sepenuhnya. Begitu juga tanah peneroka LBJ. Bahkan bekas peneroka ini buka sahaja mendapat pampasan nilai tanah mereka malahan mendapat sebuah rumah banglo yang bernilai lebih daripada 500K sekarang. Di samping itu juga jalan Bukit Putus telah siap sepenuhnya bagi penduduk Kuala Pilah dan lain-lain yang menggunakan jalan tersebut untuk ke Pantai Timur melalui gugusan Felda Raja Alias.

Jika ke Bandar Seremban dan ke Senawang , beberapa lingkaran jalan baru telah siap dan dalam proses pembinaan. Apakah ini bukan perancangan daripada kerajaan di bawah kepimpinan Tok Mad. Beralih kepada program kesejahteraan rakyat, JK kira telah berapa ribu rumah masyarakat luar bandar dibaik puluh di bawah program ini. Bahkan ada saudara mara JS yang tinggal di Rembang Panas pun mendapat tempias daripada program ini. Apakah ini tidak baik untuk rakyat.

Beralih kepada pendidikan anak-anak diperingkat sekolah rendah. Siapakah yang telah memperkenalkan Kelas Agama Petang di seluruh sekolah rendah di Negeri Sembilan? Adalah ini merugikan anak bangsa yang beragama Islam ini. Berapa banyak pulak kelas JQaf di sekolah rendah Negeri Sembilan dan berapa buah pulak SAR yang diambil alih oleh Kementerian Pelajaran semata-mata untuk meniktaraf tenaga pengajar, infra dan kemudahan anak-anak yang belajar disana. Bukan Tok Mad yang menjadi pengerusi MAINNS bersama Jawatankuasa beliau yang merancang dan melaksanakannya.

Sebut pula soal wang zakat dimana MB sendiri terlibat menstrukturkan semula pengagihan dan kutipan wang zakat untuk faedah 8 asnaf terlibat di NSDK. Bahkan anak-anak yang cemerlang dibidang akademik dan melanjutkan pelajaran di Asia Barat dibidang perubatan mendapat biasiswa penuh ditanggung daripada wang zakat ini. Harapan kerajaan mereka pulang nanti berkhidmat dengan rakyat NSDK yang cemerlang akademiknya dan soal agamanya juga. Apakah ini pernah berlaku sebelum tahun 2004? 

Masyarakat dhaif , kelainan upaya, miskin tegar dan pelbagai kesukaran hidup di NSDK, lebih 5 juta ringgit  kerajaan NSDK melalui JKM memberikan bantuan setiap bulan. Adakah blogger yang bodoh menulis tanpa fakta,  tau perkara ini. Ini juga keprihatinan kerajaan NSDK. Dulu? Hampeh.... memang tak ada.

Bantuan kewangan untuk pelajar yang ke IPTA/IPTS melalui pejabat MBNS , mereka ini dibantu kewangan untuk ke belanja one off. Ada yang terima RM700, RM1000 dan RM1500 berdasarkan peringkat pendidikan yang akan diikuti oleh pelajar ini. Ramai anak kampung JS yang akan ke IPTA/IPTS menerima sumbangan ini.

Soal pelaburan, adakah 2 bilion yang diperolehi oleh kerajaan NSDK setahun  hasil usaha berterusan daripada kepimpinan Tok Mad tak berkesan? Buta ke blogger Paneh Miang ini....Cuba tinjau apa yang berlaku di Nilai sebelum Tok Mad ambil aleh meneraju NSDK. Banyak kedai-kedai terbengkalai hingga kini. Bagus sangat ke kepimpinan dulu? Agaknya itu yang dikatakan dan dikehendaki oleh blogger bodoh Paneh Miang ini.

Menyentuh YB-YB pula, adakah mereka ini tidak membantu rakyat di kawasan mereka? Apakah Dato' Ismail Lasim, Dato Razi Kail , Dato Zainab Nasir, YB Mustafa Salim, YB Samad Ibrahim gagal dalam tugas mereka? Rata-rata mereka yang disebut di atas adalah diantara yang mampu melaksanakan tugas dengan baik berbanding Wakil Rakyat sebelum ini. Adakah YB KJ tidak mampu ditonjolkan daripada NS untuk dilantik  sebagai menteri selepas PRU 13 akan datang menggantikan Dato Rais Yatim? Saya kira dia anak muda yang tidak perlu dikaitkan dengan bapa mertua beliau. 

Jangan bentuk satu persepsi yang salah terhadap Wakil-wakil rakyat ini. Ada di kalangan mereka cukup baik tetapi atas hasad dengki orang macam blogger Paneh Miang ini yang menjadi kuda tunggangan DAP, PAS dan PKR akan merosakkan Negeri Sembilan. 

JS bersetuju jika YB Dato' Rais Yatim mengundurkan diri dari kepimpinan pusat dan Bahagian. Beliau sudah lama. Eloklah bagi orang baru yang lebih bertenaga. Dato Shaziman Hj Mansor juga perlu berundur sebab tidak banyak membantu pembangunan Negeri Sembilan. Tan Seri Isa Samad juga tumpukanlah kepada Felda sahaja. Mana-mana YB yang lebih daripada 3 penggal perlu beri ruang kepada muka baru yang ada pendidikan dan dekat dengan rakyat. Bukan macam blogger Paneh Miang yang bodoh , cuma padai menulis tapi tiada nilai pun pada bangsa Melayu di NSDK. 

Sebelum ini JS ada memperkatakan tentang Ketua-Ketua Bahagian yang patut berundur daripada kepimpinan UMNO Negeri Sembilan. Antaranya Dato Seri Rais Yatim, Dato Ishak Ismail, Dato Lillah Yasin, Tan Seri Isa Samad  dan Dato Shaziman Hj Mansur sendiri yang menjadi duri dalam daging kepada perpaduan bangsa Melayu di NSDK. Dato Hj Ishak Ismail yang pernah disabitkan kesalahan dengan MENSABOTAJ PARTI  dalam PRU 12 dulu hinggakan Kerusi Ampangan dan Sikamat dikuasai oleh PKR masih bercita-cita untuk menjadi calon PRU ke 13. Jika inilah bentuk pemimpin yang diketengahkan sebagai calon dalam PRU ke 13, JS yakin Negeri Sembilan akan hancur berdasarkan sikap beliau yang memecah belahkan ahli UMNO di Bahagian Seremban dan Negeri Sembilan. Demikian juga dengan HJ Hasan Malek. Beliau juga perlu memberi peluang kepada muka baru di Parlimen Kuala Pilah yang lebih berkelayakan seperti YB  Hj Adnan Hj Abu Hassan , ADUN Pilah. Di Parlimen Seremban tiada yang bermasalah seandainya Dato Ishak Ismail dibuang terus dari kepimpinan UMNO Bahagian tersebut. Dendam beliau pada Tok Mad tidak akan tamat selagi dia ada di Bahagian Seremban.Bahkan semua orang tahu, kes rasuah yang melibatkan Saudara Mohd. Nor Awang dan YB Mustafa bin Salim juga diatur oleh beliau dan kuncu-kuncunya sebagai tanda dendam kepada Tok Mad.




Dari percaturan Paneh Miang siapa yang ingin blogger bodoh ini untuk menggantikan YB-YB yang beliau benci ini? Di Jelebu , Hj Zainudin, Dato' Jalaludin antara yang ingin disokong oleh Paneh Miang? Bagus sangat ke dua orang ini? Belum lagi jadi YB akan datang dah mula tunjuk kurang ajar dengan masyarakat di Jelebu. Di Seremban siapa yang ingin ditonjolkan selain Dato Ishak  Ismail? Ghani Daud, Shamsiah Samsudin, Dato Zakaria Nordin, Saudara Rosli (SU Bahagian), Saudara Sahrul Ehsan (KP), Saudara Samsul Bahari Bahar (Bendahari Bahagian)? Semua ini memang bukan calon boleh menang di mana-mana DUN pun di Parlimen Seremban. Cuma Puan Wan Salwati ada sedikit kelebihan. AJK pulak antaranya Sidik Othman , Shukur Othman, Mazlan Maarof, Baharom Idris, Hismayati Hasim, Wan Sharudin Wan Dahalan, Yaacob Sujud,.... jika inilah yang dipertaruhkan oleh UMNO, maka JS jamin PAS atau PKR akan menang. Presiden dan Timbalan Presiden tolong tengok dan nilai padangan JS ini.  Jangan terlalu bergantung kepada penilaian pihak yang dihantar oleh PM ke DUN2 dan Parlimen semata-mata untuk menentukan calon. JS tau ada kumpulan yang mengambil seramai 200 sampel  untuk dikaji tentang calon samada yang sedia ada atau calon baru. Tapi sampel yang diambil pun bukan semua tepat. Demikian juga di Parlimen Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Rasah bahkan Di Rembau sendiri.


Dalam kita memperkatakan Wakil Rakyat dan Pemimpin Negeri Sembilan akan datang, jangan menulis atas dasar kebencian  disebabkan tak dapat projek , tak dapat tanah, tidak dapat imbuhan semata-mata. Orang Melayu perlu sedar tentang masa depan bangsa Melayu sendiri. Jangan jadi balaci pembangkang untuk memuaskan nafsu serakah . Paneh Miang janganlah jadi anjing tambatan PR untuk menghancurkan kepimpinan NSDK. 


PENGORBANAN BANGSAKU

Sempena Hariraya Aidil Adha atau biasa juga disebut Hariraya Korban diharapkan seluruh umat Islam di negara ini akan terus hidup dalam suasana aman dan harmoni. Di negara berbilang bangsa seperti Malaysia, sikap toleransi amat penting sekali. Pengorbanan bangsa Melayu dan kaum pribumi di negara ini sangat besar sekali demi memelihara ketenteraman dan keamanan negara tercinta ini terus kukuh.

Dalam memperkatakan pengorbanan bangsa Melayu, kaum-kaum lain juga yang merupakan bangsa yang berhijrah ke negara ini sama dibawa sebagai buruh asing mahupun kumpulan pesalah untuk menerima hukuman di zaman penjajah harus menghargai segala yang diberikan oleh bangsa Melayu. Orang Melayu bukan ada negara lain untuk mereka berhijrah. Seperti selalunya ungkapan disebut " di sinilah tanah tumpah darahku" .



Friday, October 12, 2012

Gagalnya Usul DAP Di Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 8 Oktober

Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkan mereka di Dewan Undangan Negeri Sembilan iaitu YB Anthony Loke ( DUN Lobak) telah membawa usul supaya ADUN Seri Menanti , YB Dato' Abdul Samad Ibrahim supaya dihadapkan ke Jawatan Kuasa Pemilihan Khas .  Usul ini adalah ekoran insiden yang berlaku beberapa minggu yang lepas apabila YB Dato Abdul samad Ibrahim melepaskan tembakan di rumah beliau. 

Namun niat buruk Anthony Loke dan kumpulan beliau dapat dipatahkan apabila Yang Dipertua Dewan iaitu YB Dato'  Abdul Razak Mansur mencadangkan supaya undian dibuat terhadap usul tersebut. Dalam undian yang dibuat ternyata PR gagal dalam usaha untuk mengaibkan BN di sidang tersebut.

Adalah menjadi hasrat Anthony Loke dan kuncu-kuncu beliau untuk mendapatkan publisiti murahan terhadap isu ini walaupun semua orang tahu bahawa isu melepaskan tembakan oleh ADUN Seri Menanti dalam siasatan polis. Difahamkan pihak polis juga telah mengambil keterangan terhadap pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Daripada pemerhatian JS , PR sudah ketandusan isu dan sedapat mungkin cuba mengeksplortasi isu tersebut bagi mengimbangkan kejadian dimana pengawal peribadi Dato Seri Anwar yang mengacukan senjata api dalam satu majlis. Adalah agak berbeza kejadian yang dialami oleh YB ADUN Seri Menanti kerana beliau melepaskan tembakan amaran semata-mata untuk mempertahankan diri. Oleh itu niat jahat Anthony Loke dapat dipatahkan dan akhirnya DAP kecundang dalam usaha mereka untuk mengaibkan BN semasa sidang dewan negeri tersebut.

Kepada pihak ADUN BN jadikan ikhtibar dengan isu sebegini. MB Negeri Sembilan sudah cukup pening kepala dengan pelbagai peristiwa pahit sepanjang tempoh 5 tahun BN memerintah Negeri Sembilan. ADUN BN di NS berilah ruang yang selesa kepada YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan membangunkan NS. Janganlah dikusutkan pemikiran beliau. Negeri Sembilan sangat bertuah dengan segala perlaksanaan pembangunan Negeri Sembilan selama tempoh Tok Mad menjadi MB. Oleh itu sama-sama kekalkan sokongan dan bantu MB melaksanakan tugas beliau dengan penuh kejayaan  

Sunday, October 7, 2012

Bolehkah Pakatan Rakyat Mengambil Alih Kepimpinan Negeri Sembilan

Esok 8 Oktober 2012 akan bermulanya Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan ke 12. Persidangan kali ini merupakan sesi terakhir sebelum pembubaran parlimen dan pilihanraya ke 13 dijalankan secara serentak. Jika mengikut percaturan ahli politik samada daripada kerajaan atau pihak pembangkang, PRU ke 13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Ini berdasarkan kepada pembentangan bajet dan isu-isu nasional makin berkurangan serta kehadiran pemimpin tertinggi negara khususnya PM dan TPM ke seluruh negara semenjak tahun 2011.

Di Negeri Sembilan pihak pembangkang penuh yakin mereka dapat menambah bilangan kerusi dalam PRU ke 13 nanti. Bagaimana pihak pembangkang  mendapat fakta berhubung peningkatan sokongan rakyat terhadap pembangkang , admin pun tidak tahu. Cuma jika dilihat kepada kehadiran penyokong-penyokong PR semasa ceramah yang diadakan setiap minggu di seluruh Negeri Sembilan tidaklah seramai mana. Di kawasan bandar sokongan kaum Cina kepada DAP boleh dikatakan masih kuat atas dasar perkauman yang dimainkan oleh pemimpin DAP Negeri Sembilan terutamanya Anthony Loke dan sesi ceramah dan perjumpa yang beliau adakan.

Baru-baru ini dalam perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin DAP  seluruh Negeri Sembilan di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan , Anthony Loke telah menyeru seluruh kepimpinan DAP supaya menggerakkan jentera di peringkat akar umbi supaya mainkan sentimen anti UMNO. DAP tetap mahukan slogan Malaysian Malaysia menjadi teras perjuangan mereka.

Sebagai parti cauvanis sampai bila-bila pun DAP tidak akan berasa senang dengan UMNO khususnya orang Melayu di negara ini. Mereka tetap memperjuangkan bahawa seluruh rakyat di negara ini dilayan dengan samarata tanpa melihat kepada keperluan dan kepentingan golongan pribumi khususnya orang Melayu dan masyarakat bumiputra lain di negara ini.

Anthony Loke sendiri berasa cukup yakin bahawa rakan-rakan dalam PR terutama PKR dan PAS akan terus mengikut telunjuk mereka. Di Dewan Undangan Negeri dengan jumlah anggota YB DAP leebih daripada bilangan YB PKR dan PAS menjadikan keangkuhan Loke khususnya terus menjadi-jadi.

Kawasan yang di wakili DAP iaitu Temiang, Lobak, Nilai, Bahau, Mambau, Lukut , Rahang dan Bukit Kepayang dikatakan akan kekal dikuasai DAP dalam PRU ke 13 nanti. Namun berdasarkan perubahan mindaserta  kerja kuat daripada parti komponen BN terutama MCA, MIC, Gerakan dan PPP admin yakin Nilai dan Rahang akan kembali kepada BN. Kawasan lain perlu suntikan yang lebih khususnya dengan gerak kerja berterusan daripada parti yang mewakili kawasan tersebut dan kehadiran MB dalam program-program yang dianjurkan oleh parti komponan BN.

Kawasan Ampangan, Sikamat dan Paroi yang dimenangi oleh PKR dan PAS dalam PRU ke 12 , admin penuh yakin akan dimenangi semula oleh BN yang diwakili oleh UMNO. Tetapi syarat utamanya calon yang diletakkan adalah calon yang senangi oleh rakyat terutamanya pengundi.

Dalam PRU ke 12 Kawasan Sikamat dengan mengekalkan Dato Yusof Hermain Shah bukan menjadi masalah untuk BN menang. Tetapi isu semasa di peringkat nasional dan isu setempat termasuk sabotaj daripada Ketua UMNO Bahagian Seremban menjadikan kekalahan tipis kepada BN pada ketika itu. Demikian juga di Ampangan, calon PKR iaitu Cikgu Rashid bukan calon yang diharapkan menang. Mohd Nor Awang yang tewas tipis kepada Cikgu Rashid juga disebabkan sabotaj daripada pemimpin UMNO kawasan tersebut dan Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri. Ketua UMNO Bahagian Seremban tidak turun membantu kedua-dua calon ini bahkan di kawasan Lenggeng yang dimenangi oleh calon UMNO juga hampir kalah atas usaha Ketua UMNO Bahagian yang mengarahkan semua jentera UMNO jangan membantu calon tersebut. Beliau juga mengarahkan supaya pengundi - pengundi Melayu supaya menyokong pihak pembangkang. Namun Allah menyebelahi calon daripada UMNO ini, dimana beliau memenangi kerusi DUN Lenggeng dengan kemenangan yang tipis juga.

Di DUN Paroi yang satu-satunya kerusi UMNO dimenangi oleh PAS. Kekalahan calon BN (UMNO) dikatakan oleh campurtangan Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Sembilan ketika itu menentukan calon di kawasan tersebut. Mana mungkin bekas ADUN Kota bertanding di Paroi dan menggugurkan Bibi Sharliza. Percaturan ini mennyebabkan UMNO kecundang. Tapi untuk PRU ke 13 ini admin percaya semua kerusi yang ditandingi oleh UMNO akan menang. MB selaku pengerusi UMNO Perhubungan Negeri Sembilan perlu mengekalkan ADUN-ADUN yang sedia ada terutama mereka yang disenangi rakyat. Jangan cuma mengikut kehendak Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menghantar calon mereka tetapi ternyata calon-calon ini pun tiada kredibeliti untuk memimpin rakyat. Ada sesetengah calon yang dikemukan tiada kelulusan dalam akademik. Kalau sekadar SPM elok duduk jadi kerani atau juruteknik sahaja. Sebagai Adun mereka perlu merancang pembangunan setempat. Lihat calon-calon PAS dan DAP , ramai dikalangan mereka berpendidikan tinggi. Ada yang boleh dicontohi daripada PR tetapi lebih banyak perlu dibuang kelongkang atas perjuangan mereka untuk menghancurkan keharmonian negara.

Kesimpulannya DAP dan PR perlu dikuburkan. PAS selaku kuda tunggangan DAP perlu ditolak dari awal. Jika setakat Taufik di Paroi usah kita gusar. BN akan menang di Paroi. Di Ampangan BN juga akan menang dengan calon muda. Setakat pemimpin atau barisan Ketua-ketua UMNO Ampangan dicalonkan , admin fkir tiada yang berketrampilan untuk menang pun. Tapi jika dicadangakan Ketua Puteri UMNO Bahagian, admin kira boleh menang.

Wednesday, October 3, 2012

Melayu Pakatan Rakyat dan Melayu BN (UMNO)

Melihat perkembangan politik semasa kadangkala ia sangat merimaskan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada oleh pengikut-pengikut parti samada datangnya dari pihak pembangkang mahupun parti kerajaan terhadap lawan mereka. Tetapi daripada penilaian JS kebanyakan isu yang ditimbulkan oleh pengikut tegar PR banyak fitnah berbanding pihak penyokong kerajaan.

Bukan maksud JS untuk menuding jari kepada penyokong tegar PR tetapi berdasarkan kepada fakta yang ditimbulkan adalah berkaitan keinginan melihat pemimpin-peminpin mereka khususnya DS Anwar Ibrahim  (PKR) Hj Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP) berada di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri selepas PRU ke 13 kelak.

Secara logiknya daripada pandangan umum untuk PR menguasai parlimen dalam PRU ke 13 adalah jauh panggang dari api. Untuk menang dua pertiga di Parlimen jauh sekali berdasarkan kepada isu pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP sendiri. Mana mungkin untuk memenangi kerusi yang mampu membawa merekla ke Putrajaya lebih-lebih lagi atas kesan daripada pembentangan Belanjawan 2013 oleh PM baru-baru ini.

Pihak PR jangan membandingkan PRU ke 12 dengan ke 13. Ia amat berbeza sekali. Dalam tahun 2008 antara yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah kenaikan harga minyak, yuran sekolah, ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan dan kenaikan harga barangan. Rakyat dipelbagai peringkat sangat tertekan dengan segala peningkatan harga barangan lebih-lebih lagi ianya menjelangnya pilihanraya. Ini ditambah lagi isu setempat atau pemimpin negeri termasuk isu penyapu di Selangor, Hindraf dan penurunan harga hasil pertanian termasuk getah dan kelapa sawit. Di samping itu juga terlalu lembut kepimpinan pusat dalam menangani isu pendatang tanpa izin di Sabah juga membawa kesan buruk kepada BN. Tekanan daripada beberapa orang pemimpin UMNO sendiri dan berlakunya sabotaj di kalangan pemimpin UMNO membawa tumbangnya beberapa buah negeri kepada PR.

Namun segala masalah-masalah atau isu nasional sedikit demi sedikit ditangani dengan baik oleh YAB Perdana Menteri. Banyak masalah rakyat diselesaikan walaupun sesetengah pihak sedar pemberi BR1M 1 dan 2.0 tidak akan membawa kesan langsung untuk rakyat yang layak mengundi akan mengundi BN dalam PRU ke 13 nanti. Tetapi sekurang-kurangnya kerajaan BN mengambil langkah sewajarnya membantu golongan rakyat yang berpendapatan 3000 ringgit ke bawah setiap isi rumah. Dalam pembentangan belanjawan yang baru ini golongan muda yang bujang juga turut diberi insentif dan kerajaan sedar golongan ini juga adalah kuasa terbesar menentukan kemenangan BN nanti.

Penyokong tegar PR tetap tidak berpuas hati sehinggalah mereka jika boleh TOL dipercumakan, harga kereta diturunkan sama seperti harga sebuah motor 150cc dan harga rumah yang berharga 200 ribu dijual dengan harga 32 ribu ringgit iaitu sama nilai dengan rumah PPRT sekarang. Inilah gaya pemikiran penyokong bodoh Pakatan Rakyat tanpa perlu belajar ilmu ekonomi.

Setiap kali mereka berhujah selalu mengkaitkan bahawa orang UMNO dan pemimpin politik dari BN adalah rasuah. Tapi dari statistik yang dilekuarkan oleh pihak SPRM sendiri yang banyak melakukan rasuah adalah di kalangan kakitangan kerajaan termasuk SPRM sendiri.  Oleh itu jika terlalu menuding jari kepada pihak pemimpin kerajaan kadangkala mereka lupa bahawa pemimpin PAS di Kelantan juga melakukan penjahanaman  hasil bumi termasuk hutan balak lebih teruk daripada pelaku rasuah.

DAP memanglah parti cauvanis yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika puak ini yang memerintah negara ini , orang-orang Melayu terutama penyokong PR akan tahu langit tinggi atau rendahnya sepertmana nasib Melayu di Singapura. Di Negara Singa tersebut berapa keratkah di kalangan orang Melayu yang berada diposisi pengubah dasar dan pegawai tinggi kerajaan. Yang ada pun adalah mereka yang bertugas diperingkat bawahan atau lebih tepat lagi pencacai. Dan JS yakin bagi mereka yang terlalu inginkan PR memerintah negara ini terutama DAP, maka tunggulah masa dimana anak cucu tuan-puan akan merempat di negara sendiri.