Tuesday, May 7, 2013

SIAPA MENTERI BESAR NS PASCA PRU KE 13

Keputusan PRU ke 13 yang membarisi muka-muka baru di DUN Negeri Sembilan telah terjawab 3 hari yang lalu. Pertambahan kerusi BN di Dewan Undangan Negeri , Negeri Sembilan apabila PAS tersungkur di Paroi dan MCA menyembah bumi di Chennah telah diketahui umum. Kegagalan kerusi Sikamat di tangan PKR juga telah dijangkakan dari awal lagi.

Banyak cakap-cakap yang mengatakan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hassan tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar di negeri beradat ini. Itu telahan mereka yang anti kepada kepimpinan Tok Mat. Walaupun penguasaan 2/3 majoriti tidak dapat diperolehi di NS namun Tok Mat telah membuat kerja yang sangat baik di negeri itu dalam memperkukuhkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada BN. Kekalahan Wan Salwati di DUN Sikamat adalah kerana tiadanya sokongan pengundi muda di kawasan tersebut kepada BN kerana terpengaruh dengan isu negara dan bukan isu tempatan. Kehjadiran DSI di Centre Points yang mengumpulkan puluhan ribu orang muda telah merubah segala-galanya di kawasan berhampiran. Tidak boleh dinafikan juga adanya sabotaj daripada orang-orang UMNO sendiri terutama kem Dato Ishak yang mengidamkan kerusi Sikamat sebelum diletakkan bertanding di DUN Lenggeng. Dalam kempen beliau di Lenggeng pun Dato Ishak menyalahkan Dato Hj Muhamad Hj Hasan kerana menukarkan dia bertanding daripada Sikamat ke Lenggeng.
 
Yang pastinya segala teka teki siapa yang akan memimpin Negeri Sembilan akan terjawab pada hari ini atau Khamis apabila PM mengadap kebawah DYYM Yang Dipertuan Besar NS, Tuanku Mukhri Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Dato Hj Muhamad bin Hj Hasan akan dikekalkan sebagai MBNS. Jangan ada mana-mana pihak yang berangan-angan bodoh untuk duduk dikerusi MBNS. Kalaulah ada balaci Dato Ishak dan Dato Lillah yang bercakap di kedai-kedai kopi di Pantai dan Batu Kikir mengatakan bos mereka akan jadi MB elok pergi Jeram Tengkek atau Jeram Mendom di Lenggeng untuk bunuh diri. Mereka berdua langsung tidak layak berada di kerusi MB. Untuk dipilih menjadi EXCO pun , nasihat admin eloklah Tok Mat jangan lantik.
 
Bagaimana pula dengan barisan EXCO ???? Yang lama ada yang boleh dikekalkan dan ada yang WAJIB di gugurkan. Nama-nama seperti Dato Yunus Rahmat yang dulu Exco Pertanian perlu digugurkan. Dalam politik selama ini pun bukan beliau menyokong MB . Dato' Yunus telah mirip kepada Dato' Rais Yatim untuk hidup. Dato Razi Kail yang telah masuk penggal ketiga elok juga digugurkan. Pelancongan di NS pun tidak berkembang selama ini. Dato' Shamsulkahar Bin Md Deli Exco Pelajaran elok dikekalkan bagi persiapan untuk bertanding di UMNO Bahagian Jempol bagi menentang Dato Lillah Yasin. Dato' Ismail Lasim elok dikekalkan juga tetapi cowboy Samad Ibrahim eloklah jangan diberi jawatan Exco lagi. Dato Hasim Rusdi, jika dilihat dari segi prestasi tidaklah elok sangat, tetapi memandangkan Parlimen Rasah inilah satu-satunya kerusi UMNO, maka admin mencadangkan elok juga dikekalkan bagi menjaga hati orang Labu.
 
Siapa pula muka-muka baru yang perlu diletakkan dibarisan Exco kerajaan Negeri Sembilan??? Berikut yang perlu diambil kira bagi MB terus mendapat sokongan daripada barisan mereka yang beliau percayai:
 
Barisan EXCO Negeri Sembilan 2013-2018
 
1 Menteri Besar                   : Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan
2 EXCO                               : Dato Ismail bin Lasim
3                                           : Dato Shamsulkahar bin Md Deli
4                                           : Dato Hasim Bin Rusdi
5                                           : Tun Hairudin bin Abu Bakar
6                                           : Dato Jalaludin bin Alias
7                                           : Hj Abu Ubaidah bin Dato Redza         
8                                           : Abd Razak bin Ab Said
9                                           : Dato Dr Awaludin bin Said
10                                         : Dato Norhayati bt Omar
11                                         : Manickam a/l Letchuman
 
Yang Dipertuan Dewan       : Dato Yunus bin Rahmat
 
Jika ini merupakan anggota kabinet Tok Mat, ia dilihat agak selamat dan mampu membantu Tok Mat dalam merencanakan segala perancangan masa depan Negeri Sembilan. Yang lain tak payahlah mimpi untuk duduk dikerusi EXCO. Dato Norhayati dilantik bukan kerana dia bagus sangat. Tapi kerana tiada wanita yang menang maka nasib beliau baik untuk duduk dikerusi tersebut. Jika Dato Hj Muhamad bin Hj Hasan meletakkan YB lelaki bagi EXCO yang bertanggungjawab hal ehwal wanita pun tiada salahnya. Dato Ishak agak sesuai kerana beliau berminat dengan janda berdasarkan ucapan beliau dalam kempen yang lepas.
 
Semoga hala tuju kepimpinan di Negeri Sembilan akan lebih terarah kepada kemajuan pembangunan dan kesejateraan rakyat menjelang PRU ke 14.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.