Sunday, September 23, 2012

Tuntutan Cuepacs Untuk Belanjawan 2013

Menjelang pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September 2012 ini , Cuepacs telah menyuarakan tuntutan penambahan elaun sara hidup (cola) bagi kakitangan kerajaan yang bertugas di kawasan atau lokasi berbeza. Di samping juga tututan bayaran bonus juga tidak turut disuarakan oleh pemimpin tertinggi Cuepacs.

         Secara umumnya telah menjadi kelaziman kepada Cuepacs menunggu pembentangan belanjawan negara setiap tahun bagi memenuhi permintaan daripada badan gabungan kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs. Perjuangan pemimpin Cuepacs ini disandarkan kepada persetujuan kerajaan bagi memenuhi tuntutan mereka. Untuk mereka yang berada di atas untuk kekal sebagai pemimpin Cuepacs diharapkan kerajaan akan menerima setiap permohonan yang dibuat.

         Kerajaan perlu memikirkan tuntutan ini dan pada pembentangan belajawan 2013, ramai berpendapat bahawa kerajaan mahu tidak mahu terpaksa menunaikan segala tuntutan ini sebagai menjaga hati kakitangan kerajaan yang merupakan bilangan yang agak ramai dalam menentukan kejayaan parti pemerintah dalam PRU ke 13.
 
                     YAB Dato Seri Mohd. Najib selaku Menteri Kewangan Pertama dan Perdana Menteri
          Malaysia pastinya menyedari bahawa sekiranya gagal melayan tuntutan lebih daripada  2    juta kakitangan awam diperingkat persekutuan dan negeri sudah tentu akan ada kesannya dalam PRU ke 13 nanti.  Yakin dan percayalah bahawa segala tuntutan Cuepacs akan menjadi kenyataan pada 28 September ini.
 
            Walaubagai mana pun perlu juga kita bertanya kepada keseluruhan kakitangan kerajaan ini pernahkah mereka menyatakan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas usaha membantu menunaikan segala tuntutan mereka selama ini. Jauh sekali untuk hadir dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan terutamanya sewaktu lawatan PM ke seluruh negeri di Malaysia. Jika ada pun mereka menjadi petugas dan terpaksa  berada dilokasi program atau majlis-majlis tersebut.
 
           Untuk melihat guru-guru hadir dengan bilangan yang ramai sudah tentu jauh panggang dari api. Tetapi di kalangan guru-guru kerajaan ini yang paling banyak menerima insentif kenaikan pangkat, elaun dan sebagainya daripada pihak kerajaan. TPM selaku Menteri Pelajaran perlu  melihat perkara ini sebagai sebahagian daripada Tranformasi di KPM. K
 
               
 
      

 

Tuesday, September 18, 2012

"80 Peratus Masalah Di Bahagian2 UMNO Telah Selesai " - Dato'Seri Dr. Zahid Hamidi

Menjelang PRU ke 13 soal rumah tangga UMNO harus diselesaikan dahulu oleh pemimpin-pemimpin UMNO samada di peringkat pusat mahupun negeri atau bahagian. Sekiranya segala kepincangan diperingkat dalaman tidak diatasi segera hasrat PM selaku presiden UMNO untuk melakar sejarah bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen akan gagal.

YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO dalam kenyataan beliau baru-baru ini menegaskan bahawa sebilangan besar masalah yang wujud di peringkat bahagian khusus soal kepimpinan dan sokongan akar umbi terhadap UMNO telah selesai. Semua ini adalah melalui pendekatan bertemu dengan pemimpin terlibat serta langkah berterusan pemimpin nombor satu dan nombor dua UMNO menjelajah keseluruh negara bertemu dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan perhubungan.

Namun demikian yang lagi 20 peratus belum diselesaikan itu perlu dibuat tindakan segera supaya tidak menjadi masalah kepada jentera BN yang akan bekerja dalam PRU ke 13 nanti. Merujuk kepada beberapa buah bahagian di Trengganu, pergeseran antara beberapa orang Ketua UMNO Bahagian dengan Menteri Besar masih lagi berterusan walaupun telah dinasihatkan oleh kedua-dua pemimpin utama negara supaya berganding bahu mempastikan kemenangan calon BN dalam PRUY yang akan datang. Orang-orang Dato' Idris Jusuh masih kukuh dibelakang beliau membelasah MB di lobi-lobi hotel.

Demikian juga di Selangor terdapatnya 3 orang Ketua UMNO Bahagian yang tidak sehaluan dengan Dato' Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi  UMNO Perhubungan Selangor. Cara kerja beliau yang terlalu lembab tidak desenangi oleh ketiga-tiga Ketua UMNO Bahagian ini. Desas desus mengatakan di kalangan mereka digugurkan sebagai calon menambah masalah lagi di Negeri Selangor. Ketua-ketua UMNO Bahagian juga ada yang tidak mendapat kerjasama daripada entiti UMNO di Bahagian. Sebagai contoh Dato' Johan Abdul Aziz Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat tidak mendapat sokongan daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Puteri Bahagian. Sekiranya ini berlaku Dato' Noh Omar yang kerap turun ke Beranang atas faktor isteri beliau berasal dari daerah sana perlu membantu menyelesaikan ini.

Bagaimana pula di Sabah? Isu  pemimpin UMNO dan BN melompat ke parti PKR bukan cerita baru. Memang cara pemimpin Sabah belajar dari katak. Semenjak di bawah USNO, PBS dan sekarang UMNO sikap mereka tidak pernah berubah. Duit dan jawatan menjadi pendorong kepada faktor lompat melompat ini. Kerajaan pusat perlu menyediakan tida kontena wang bagi memikat hati mereka dan jawatan penting dalam kabinet. Biasalah kemenangan pemimpin tertentu semasa pemilihan UMNO dulu atas faktor yang sama. Jika tiada wang besar mana mungkin undi dari negeri di bawah bayu bisa diperolehi.

Beralih ke Negeri Sembilan, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian memang telah diketahui tidak sehaluan dengan YAB Menteri Besar NS. Tok Mat orang kuat bekerja tidak macam di zaman Tan Sri Isa yang boleh dapat kompartmen balak dengan mudah. Tok Mat gila bekerja. Nak mohon projek boleh tapi dapat belum tau. Kerana itulah Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda Negeri Saudara Helmi Din, dan ramai lagi termasuk Dato Ishak Ismail tidak senang dengan Tok Mat. Zaman Tan Sri Isa kalau Dato Ishak bantai TanSri Isa sebelah pagi, beliau akan dipanggil disebelah malam untuk dapat kompartmen balak. Sebab itu sekarang kawasan balak dah hampir habis. Tapi Dato' Ishak pandai sebab dia selalu jual nama Dato Seri Najib dalam ucapan beliau dimana-mana beliau berucap. Ramai yang ternganga bila dia bagi tau DS Najib suruh jaga NS sebab dia yang dipercayai oleh YAB Dato Seri Presiden UMNO ini. Kalau DS Najib sayang Dato Ishak ni dah lama hutang dia dengan Dato Misran selesai.

Beralih ke Johor Darul Takzim, peranan TPM amat kerkesan sekali. Namun Dato Hisham banyak diperkatakan oleh rakyat kerana gagal memainkan peranan di jawatan pusat yang beliau pegang. Kalau nak jadi PM satu masa nanti payah sikit berbanding dengan rakan-rakan ahli parlimen dari Johor. Mungkin nasib beliau baik sebab PM ada hubungan keluarga dengan beliau .

Wilayah Persekutuan peranan Dato Tengku Adnan harus lebih praktikal lagi. Jangan tengok masalah luar diwaktu yang sama Putrajaya pun banyak masalah. Jangan nanti PKR tak dapat ke Putrajaya tapi Parlimen Putrajaya diambil oleh mereka. Begitu juga Wangsa Maju dan Lembah Pantai. Namun jika Dato Seri Sharizat diletakkan semula bertanding di kawasan lama beliau, besar kemungkinan dia dapat merampas kerusi tersebut daripada YB Nurul Izzah. Dulu dia kalah pun kerana ramai student yang didaftar sebagai pengundi oleh PKR di kawasan tersebut meneybelahi pembangkang. Bukan Dato Serti Sharizat tak menjalankan tugas, tapi faktor orang muda yang mahu menukar selera.

Harapan semua supaya pemimpin UMNO terus memantau 20 peratus bahagian yang bermasalah ini.

Monday, September 17, 2012

SELAMAT DATANG PM KE NEGERI SEMBILAN " Janji Ditepati"

Siri jelajah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak akan diteruskan lagi. Pada tanggal 29 September PM akan berkunjung ke Negeri Sembilan Darul Khusus Negeri  Beradat. Kehadiran PM sehari selepas pembentangan Belanjawan Negara 2013 dijangka  akan menjadi fokus dalam ucapan beliau ketika menemui rakyat Negeri Sembilan. Jentera kerajaan negeri yang terdiri daripada parti politik , badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan telah bersiap sedia mengumpulkan seramai 50 ribu orang untuk menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah empat kali berkunjung ke Negeri Sembilan dalam usaha memperkukuhkan keyakinan dan sokongan para pengundi, jentera BN dan rakyat Negeri Sembilan terhadap BN menjelang pilihanraya ke 13 sekali lagi akan menegaskan bahawa PRU ke 13 ini menentukan survival atau lebih tegas lagi sebagai kelangsungan hidup matinya perjuangan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. 

Sebagai pemerhati politik saya berkeyakinan bahawa PM telah menilai terhadap persiapan jentera pilihanraya BN selama ini dan bila beliau akan meniup whistle bagi PRU 13 diadakan. Banyak teka teki daripada pelbagai pihak menyatakan bulan November adalah bulan yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya berdasarkan nombor yang diminati oleh PM. Tetapi harus diingat, nombor kegemaran sesiapa sahaja bukan boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk menentukan menang dan kalah dalam perjuangan. PRU 13 bukan untuk orang yang gila nombor. PRU 13 adalah menentukan bahawa tragedi PRU ke 12 tidak berulang lagi.

Sudahkah semua jentera BN bersiap sedia menghadapi PRU 13. Saya merujuk semula kepada Negeri Sembilan. Sepanjang pemerhatian saya, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan adalah diantara penggerak utama jentera BN di seluruh NSDK. Program-program YAB Dato seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan amat ketat sekali. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan menghadiri 4 ke 5 program di seluruh NS. Tidak perlu disangkal kehadiran beliau disemua majlis anjuran badan politik, NGO dan majlis-majlis lain sentiasa mendapat sambutan dan mendapat sokongan rakyat. Sepanjang siri ucapan beliau sudah tentu ucapan berbentuk usaha kerajaan selama ini membantu rakyat seluruh negara serta visi dan misi PM menjadi bahan ucapan beliau.

Dalam waktu yang sama bagaimana persiapan dan usaha pemimpin lain membantu MBNS bagi mendapatkan sokongan rakyat supaya menyokong kerajaan khususnya BN dalam PRU ke 13. Di sinilah kegagalan yang dapat dilihat tiada kesinambungan daripada pemimpin-pemimpin politik khusus Ketua UMNO Bahagian di NSDK membuat aktiviti sebagai usaha memperkukuhkan jentera parti menjelang PRU ke 13. Terdapat bahagian UMNO di Negeri Sembilan langsung tidak membuat aktiviti bahkan jentera parti untuk PRU ke 13 cuma di atas kertas sahaja. Contoh yang paling jelas di Bahagian Seremban kegagalan Ketua UMNO Bahagian menyatukan semua Ketua-ketua UMNO Cawangan menyebabkan tiada sebuah pun bilik gerakan dibukan untuk persiapan PRU ke 13. Ada di kalangan Ketua UMNO Cawangan di Bahagian Seremban dianaktirikan oleh Ketua UMNO Bahagian semata-mata kerana tidak sehaluan dengan beliau. 



Sikap yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian seperti ini tidak akan membawa kebaikan kepada keseluruhan jentera parti di Bahagian Seremban menjelang PRU ke 13 nanti. Semua orang masih ingat bahawa Ketua UMNO Bahagian Seremban adalah diantara yang telah dijatuhi hukuman amaran keras kerana didapati bersalah kerana mensabotaj parti dan calon dalam PRU ke 12. Dia masih bernasib baik kerana terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban setelah semua lawan beliau dalam pemilihan parti dalam tahun 2008 diperangkap dibawah tuduhan rasuah. Semua orang di Bahagian Seremban tahu kerja itu memang dirancang oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri untuk terus berkuasa di Parlimen Seremban setalah digugurkan sebagai calon dalam PRU ke 12. 

Di Bahagian Jelebu, Rasah, Jempol, Tampin dan Telok Kemang PM harus juga menilai dan memberi perhatian khusus terhadap persiapan jentera BN di bahagian tersebut. Sekarang lebih ramai pemimpin UMNO Bahagian daripada pemeriksa kira-kira hingga ke Pengerusi Tetap menonjolkan diri untuk menjadi calon . Kadangkala hasrat mereka ini tidak boleh dihalang. Memang mereka layak sebab menjadi orang kuat dalam parti. Sekadar menjadi pemimpin parti tapi tidak mampu mentadbir tidak sesuai juga jadi "YB". Dulu bolehlah sebagai peneroka pun layak untuk menjadi YB. Sekarang dalam zaman mencabar ini, yang perlu dicalonkan perlu ada kriteria antaranya yang bijak , beragama, amanah, disenangi rakyat. Adakah mereka yang dihantar oleh Ketua UMNO Bahagian menepati kriteria di atas. Saya fikir memang tiada, sebab Ketua Bahagian sendiri pun tiada lengkap dengan kriteria tersebut. Pernah didengar di Bahagian Seremban , Ketua UMNO Bahagian menyenaraikan seramai 21 orang sebagai calon di salah sebuah DUN. Ramailah yang berangan-angan nak jadi YB termasuklah antaranya 4 orang  kontraktor , seorang juruteknik, seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Bekas Senator ( dah uzur), guru Kemas, Kerani JKR dan lain-lain lagi. Jika mereka ini dipilih akan berlakulah sabotaj sekali dalam PRU ini walaupun TPM mengatakan mereka yang sabotaj parti akan disingkir.

Semoga dengan kehadiran PM ke NSDK pada 29 September ini akan membawa berita baik kepada seluruh rakyat NS dan negara seluruhnya. Gugurkan Ketua-ketua Bahagian yang dah "expired" yang menjadi duri dalam daging kepada parti UMNO di seluruh negara. Orang muda sudah muak dengan telatah mereka. Cadangan saya di NS Ketua UMNO Bahagian yang perlu dikekalkan sebagai calon cuma YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan sahaja. Yang lain-lain perlu digugurkan. Dato Seri Saziman, Dato Hasan Malik, Tan Sri Isa Samad, Dato Rais Yatim, Dato Lillah Yassin, Dato Ishak Ismail, Dato Hasim Rusdi, Dato Aziz Shamsudin, Dato Zainal Abidin Ahmad, Dato Ismail Taib, Dato Razak Mansur dan Dato Zainab Nasir eloklah berundur dan tidak lagi dicalonkan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda. Yang pernah menjadi YB dulu jangan mengada-ngada untuk jadi calon lagi. 

Calon-calon bukan di kalangan pemimpin UMNO yang berpotensi di NS juga ramai yang boleh diketengahkan. Ketua-ketua Pemuda bukan semua yang boleh diharap untuk menjadi calon di NS. Ada yang gila dapatkan kontrak elok jangan disenaraikan.

Thursday, September 6, 2012

NOVEMBER PRU KE 13?????????

Apabila PM dalam ucapan beliau dalam siri lawatan beliau kebeberapa buah negeri menyelitkan gambaran akan berlakunya PRU ke 13 kemungkinan pada bulan November banyak pihak memperakui bahawa November merupakan masa yang paling sesuai. Ini didorong oleh jangkaan bahawa jemaah haji telah pulang ke tanah air keseluruhannya pada pertengahan November. Di samping itu pula sekolah-sekolah pula telah tidak digunakan lagi untuk aktiviti P&P dan peperiksaan SPM serta STPM telah berakhir.

Suasana atau mood masyarakat juga dikatakan telah berada pada tahap yang tertinggi untuk menghadapi PRU. Kerajaan juga berkemungkinan akan mengumumkan beberapa insentif lagi untuk rakyat selepas Belanjawan tahun 2013.

Namun sayugia diingatkan belum pasti BN akan menang dalam PRU 13 dengan hanya bersandarkan kepada jumlah kehadiran "penonton" semasa lawatan kerja PM dan TPM. Sebilasngan besar daripada kehadiran mereka dibayar untuk hadir dan disediakan pelbagai kemudakan penganggkutan dan makan minum. Ini bukan gambaran sebenar sokongan rakyat kepada BN. Pemimpin-pemimpin negeri dan pusat terpaksa mengeluarkan seramai mungkin orang datang supaya gambaran yang boleh ditunjukkan kepada PM bahawa mereka bekerja mendapatkan sokongan rakyat.

Sebilangan besar ADUN, Ketua UMNO Bahagian, Ahli Parlimen terpaksa memberi gambaran yang palsu kepada PM melalui usaha mereka membawa seramai mungkin rakyat dalam majlis bersama PM dan TPM . Hakikatnya rakyat tidak semua yang hadir itu memberi sokongan padu kepada kerajaan.

Begitu juga dengan pelbagai insentif kerajaan termasuk BR1M, Kedai Rakyat dan banyak lagi yang dicurahkan oleh kerajaan untuk menarik sokongan rakyat bagi mengundi BN. Wang akan diambil tapi sokongan belum tau lagi.

Walaupun PM menggunakan pelbagai saluran untuk mendapatkan maklumat bagi menilai sokongan rakyat termasuklah menggunakan consultant dan sebagainya, ini belum tepat lagi bagi menentukan sokongan pengundi. Di bandar-bandar sokongan kaum Cina masih belum mantap, kaum India masih kuat bersekutu dengan Hindraf.

MCA, MIC dan Gerakan masih syok sendiri untuk mengintai-intai kerusi selamat untuk mereka. Kawasan yang jadi idaman adealah yang majoritinya orang Melayu dan diserahkan kepada parti komponen atas dasar permaufakatan BN. Contohnya Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya PKR yang menang dan BN kalah kerana orang UMNO sendiri muak dengan percaturan pembahagian kerusi seumpama ini.

Di kawasan tertentu, Ketua-ketua UMNO Bahagian sedang melobi untuk menjadi calon semua walaupun mereka dikategorikan telah expired cuma hidup dengan nyawa UMNO. Pelbagai usaha dibuat dengan mencatas pemimpin yang layak dan disukai rakyat. Apakah pemimpin-pemimpin UMNO ini ingat pengundi di mana-mana kawasan sekali pun terdiri daripada ahli UMNO. Mereka lupa ramai di kalangan pengundi bukan ahli mana-mana parti dan mereka merupakan penentu kemenangan calon.

Harus disedari jangan ada pemimpin-pemimpin UMNO terlalu ghairah untuk menjadi calon dan akhirnya kalah. PM perlu sedar bahawa ramai yang boleh menjadi calon "menang" sekiranya mengambil  masa sedikit untuk mencari dan membuat analisa. Pemimpin UMNO termasuk beberapa ketua Bahagian yang ada sekarang bukan diterima oleh rakyat. Dia hanya diterima oleh kuncu-kuncu mereka sahaja bahkan ahli UMNO di Bahagian mereka pun meluat dengan kepimpinan mereka.  Banyak di kalangan Ketua UMNO Bahagian dan AJK UMNO tidak melaksanakan aktiviti cuma membuat program syok sendiri yang setiap kali program dihadiri oleh orang yang sama. Adakah PM dan TPM sedar perkara ini. Sabotaj, cantas, bunuh karier orang politik menjadi resam beberapa Ketua UMNO Bahagian. Tidak sehaluan dengan kepimpinan negeri juga berlaku. Puncanya disebabkan tidak dapat apa yang diingini atau pemimpin negeri terutamanya Menteri Besar tidak melayan kehendak mereka termasuk permohonan tanah, kontrak dan sebagainya.

PRU ke 13 akan mencatat sekali lagi kekalahan BN sekiranya banyak faktor diperingkat akar umbi tidak diam,bil perhatian. PM dan TPM jangan terlalu mendengar cakap-cakap dan laporan Ketrua-ketua UMNO bahagian yang menyampaikan cerita yang molek-molek tetapi ia adalah sebaliknya.

Ada laporan menyatakan di Negeri Sembilan beberapa Ketua UMNO Bahagian bercita-cita untuk menjadi calon semua dalam PRU ke 13. Pada pandangan rakyat cuma MB seorang sahaja yang perform dalam melaksana dan memantapkan UMNO dan BN di NS. Yang lain-lain langsung tidak berfungsi.

Jika BN ingin menang kaji semula kedudukan semua calon-calon yang dihantar. Ada juga nama calon yang boleh menang tetapi dibuang oleh Ketua UMNO Bahagian kerana tidak sehaluan dengan mereka. Demikian juga ada di kalangan YB-YB yang telah lama perlu digugurkan bagi membri nafas baru kepada kepimpinan dan pentadbiran baru.

Wakil-wakil Rakyat yang telah memberikan khidmat terbaik , baru mula berkhidmat patut dinilai kepimpinan mereka dan ada di kalangan mereka disayangi oleh pengundi dan rakyat kawasan mereka juga perlu dinilai.
Janganlah kerana taklimat kosong daripada Ketua-ketua UMNO Bahagian maka PM dan TPM terpengaruh. Laporan yang dibuat dan diperolehi juga tidak semuanya tepat dan boleh diguna pakai. Sekian.

PERSIDANGAN SEMULA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

 Setelah selesainya persidangan UMNO Bahagian Seremban dalam bulan Ramadan yang lalu maka selesailah satu tanggungjawab kepimpinan UMNO yang merangkumi Pergerakan Puteri UMNO yang diterajui oleh Puan Wan Salwati Abdullah, Pergerakan Pemuda UMNO dibawah kepimpinan Saudara Shahrul Ehsan Osman, Pergerakan Wanita UMNO ditunjangi oleh Dato' Hajah Samsiah Samsudin dan UMNO Bahagian dibawah Dato' Ishak Ismail.

Tetapi beberapa hari yang lepas dilaporkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di arahkan supaya mengadakan persidangan semula disebabkan masalah teknikal. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai ia disebabkan oleh ketidakpuasan hati beberapa orang AJK Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang tidak sehaluan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Campurtangan daripada Ketua UMNO Bahagian Seremban Dato' Hj. Ishak Ismail yang telah lama menyimpan dendam terhadap Saudara Shahrul Ehsan menjadikan kemelut ini dijadikan alasan supaya persidangan semula diadakan.

Saudara Halim Othman sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang selama ini bersekongkol dengan Dato' Hj. Ishak Ismail membuat laporan kepada UMNO Pusat kerana beberapa dokumen mesyuarat yang sepatutnya beliau tangani telah tidak diserahkan kepada beliau terlebih dahulu untuk pengesahan dan ditandatangi.

Dari segi teknikal tidak perlu tandatangan Setiausaha Pemuda Bahagian untuk pengesahan minit dan sebagainya dan cukup penandatangan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri. Tetapi disebabkan semua yang duduk dibarisan kepemimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban adalah buta perlembagaan maka timbullah masalah seumpama ini.

Hanya diharapkan supaya Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang selama ini ternyata lesu dari segi aktiviti supaya memikirkan kelangsungan pembelaan terhadap pemuda UMNO di Bahagian Seremban yang telah lebih daripada dua dekad diabaikan oleh UMNO Bahagian Seremban.

Dato' Hj. Ishak Ismail hanya menjaga Wanita UMNO Bahagian Seremban yang boleh mengikut telunjuk beliau . Hajjah Samsiah Samsudin yang mempunyai masalah kesihatan cuma mengharapkan nyawa yang diberikan oleh Dato' Hj. Ishak Ismail bagi terus memimpin Wanita UMNO Bahagian Seremban. Tiada pemimpin pelapis yang digilap untuk menerajui Wanita UMNO Bahagian Seremban selepas ini bilamana Hjh Samsiah keluar dari barisan kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Seremban. Nama-nama seperti Hj Hismayati sebagai setiausaha dan Sarimah selaku Ketua Penerangan Wanita bercita-cita untuk menggantikan Hjh Samsiah memang tiada langsung dalam kamus pemikiran Wanita-wanita UMNO Bahagian Seremban.

Demikian juga dengan Saudara Shahrul Ehsan yang telah melepasi zaman pemuda akan meninggalkan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban tanpa ada barisan yang boleh diharapkan untuk menerajui Pemuda UMNO Bahagian Seremban masa akan datang. Halim Othman, Mazlan Maarof, Baharom Idris telah melepasin usia pemuda. Saudara Zool Amali dan beberapa orang lain langsung tiada ketokohan untuk mempimpin di Bahagian Seremban. Mereka cuma layak menjadi pengikut yang tiada hala tuju kepimpinan.

Harapan kita semua semoga UMNO Bahagian Seremban, Wanita dan PEMUDA serta PUTERI akan menjadi kelompok yang boleh meperjuangkan nasib bangsa Melayu di Bahagian Seremban. Tiada apa yang telah dilakukan oleh Dato Hj. Ishak Ismail selama beliau menerajui UMNO Bahagian Seremban dan pernah 3 penggal menjadi ADUN Lenggeng. Dia seumpama ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang taik. Menyalak dan menyalahkan pemimpin negeri dan pusat telah menjadi rencah dalam ucapan beliau. Lebih 20 tahun bercakap dia anak janda dan pembela janda. Harap-harap ramai janda di Bahagian Seremban telah mendapat bantuan Dato Hj. Ishak.


Dato Ishak Ismail 
Shahrul Ekhsan