Monday, December 24, 2012

PRU 13 dan SPRM

Apabila ada cadangan daripada pihak tertentu untuk mempastikan calon yang akan bertanding dalam PRU ke 13 nanti bersih daripada rasuah maka banyak pandangan yang pro dan kontra diberikan oleh beberapa parti politik samada dari kerajaan mahu pun pembangkang. Rata-rata memberi pandangan yang positif terhadap usaha oleh badan bebas ini bagi mempastikan bahawa tiada calon yang rasuah atau dipengaruhi gejala rasuah untuk bertanding dalam pilihanraya umum nanti.

Setiausaha Agung PKR , YB Dato Shaifudin Ismail yang juga MP Machang memberi reaksi sinis bahawa keterlibatan SPRM perlu kepada parti yang memang telah diketahui umum mengamalkan rasuah. Ini merujuk kepada parti BN khususnya UMNO. Dalam masa yang sama beliau juga mempersoalkan kewibawaan SPRM kerana konflik dalaman suruhanjaya tersebut yang masih banyak kes-kes yang masih belum dapat diselesaikan terutama yang melibatkan kepentingan PR. Sebagai contoh  kesTeo Beng Hock  yang memperlihatkan kegagalan SPRM memantau kakitangan SPRM dalam melaksanakan tugas secara telus.

SPRM juga dikatakan gagal untuk mendakwa pihak-pihak atasan yang berkepentingan kerajaan dalam melakukan rasuah. Walau pelbagai gambaran memperlihatkan SPRM bebas dari cengkaman kerajaan , namun nyata menunjukkan di kalangan anggota SPRM sendiri adalah mengamalkan rasuah. 

Di Sarawak juga sehingga kini banyak kes pendakwaan ditutup begitu sahaja oleh SPRM apabila campurtangan pihak tertentu dan memnyediakan satu jumlah wang yang besar kepada pihak SPRM untuk menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah.

Bagi kes-kes yang kecil bahagian pendakwaan SPRM bersungguh-sungguh untuk mempastikan pihak yang tertuduh dijatuhi hukuman berat terutamanya jika yang di dakwa adalah di kalangan kakitangan kerajaan seperti anggota polis, anggota penguatkuasa JPJ, Dewan  Bandaraya dan tidak terlepas ahli politik kerajaan.

Bagimana kepercayaan boleh diletakkan kepada SPRM jika ada di kalangan anggota mereka juga terlalu teruja untuk mendakwa orang tertentu jika diri mereka juga belum tentu bersih. Adakah boleh dipastikan selepas dibuat penapisan oleh SPRM ini maka tiada akan berlaku rasuah di kalangan YB-YB yang dipilih nanti. 

Samada calon-calon YB daripada BN mahupun PR , rasuah tetap akan berlaku. Untuk menang sebagai Ketua Bahagian, Ketua Pemuda , Ketua Wanita malahan Ketua Cawangan pun berlakunya rasuah. Dan di kalangan mereka inilah yang akan diangkat sebagai YB kelak dalam PRU ke 13. Selepas PRU pula akan berlaku pemilihan UMNO dan gejala rasuah akan tetap berlaku. 

Memberikan kepercayaan kepada SPRM dalam perkara seumpama ini adalah tidak boleh diterima langsung. Sebagai menunjukkan ketelusan BN dalam soal ini dengan menjemput SPRM untuk mempastikan "bersih"nya calon PRU akan datang bolehlah diterima. Tetapi keberkesanannya masih boleh dipersoalkan.

Thursday, December 13, 2012

PRU 13 PERLUKAH SABOTAJ?

Walaupun semua pihak telah diberi peringatan oleh pemimpin tertinggi parti khususnya YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak , Pengerusi BN berhubung kesukaran parti pemerintah untuk mendapat undi 2/3 sekiranya sabotaj berlaku dalam PRU ke 13 akan datang, namun nasihat dan peringatan ini tidak akan dapat diterima sekiranya sesuatu langkah tidak dibuat diperingkat awal.

Dalam UMNO khususnya, ramai di kalangan yang tidak dicalonkan semula atau pernah tewas dalam PRU ke 12 akibat sabotaj oleh pemimpin bahagian akan membuat tindakan yang sama sebagai membalas dendam. Sebagai manusia biasa mereka yang bertindak demikian bukan marah kepada parti atau pemimpin pusat tetapi kebencian kepada orang tertentu yang terang-terangan mensabotaj mereka ketika bertanding pada tahun 2008.

Bolehkah gejala ini di atasi? Tidak sukar untuk menyelesaikan perkara ini sekira pemimpin atasan terutama PM, TPM dan Menteri Besar yang juga bertanggung jawab menentukan pemilihan calon di peringkat pusat dan negerei memanggil mereka yang tidak dicalonkan ini terutama bekas YB dan memberi nasihat secara pertemuan peribadi. 

Di kalangan mereka ini pernah menaburkan budi dan jasa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat DUN dan Parlimen. Jangan biarkan mereka tanpa ada sesuatu yang boleh disampaikan. Melihat kepada sejarah lalu, apabila bekas YB-YB ini tidak dicalonkan semula atau kalah dalam PRU yang lepas, tiada  tindakan wajar bagi menenangkan hati mereka. Terdapat bekas YB ini tidak dipedulikan oleh UMNO atau parti komponen BN semasa kempen pilihanraya apatah lagi selepas pilihanraya. Ketua-ketua bahagian yang tidak mencalonkan nama ADUN-ADUN ini atas faktor dendam juga cuba menghalang terus mereka ini untuk membantu calon baru.

Kepada bekas YB ini tiada ruginya mereka mensabotaj parti sebab kalau menang pun calon baru , bakal YB ini tidak akan memperdulikan bekas-bekas YB ini kerana keangkuhan sebagai jawatan YB akan tertanam di dalam hati mereka.

Oleh yang demikian, adalah wajar PM, TPM dan MB setiap negeri memikirkan perkara ini sewajarnya. Jangan salahkan apabila sesuatu berlaku baru ingin bertindak.