Tuesday, May 7, 2013

ERA KEHANCURAN PEMERINTAHAN MELAYU MENJELANG 2020

Keputusan PRU ke 13 telah diketahui seawal pukul 8 malam pada 5 Mei, 2013 yang lalu. Ramai telah menduga bahawa BN akan membentuk kerajaan. Seminggu sebelum hari mengundi telah ada yang membuat ramalan bahawa BN cuma akan dapat menguasai 116 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan. Namun tiada yang dapat menduga bahawa keputusan yang diperolehi sebanyak 133 kerusi dimenangi BN berbanding 89 yang dikuasai oleh PR adalah lebih buruk daripada PRU ke 12 tahun 2008.
 
Mungkin ramai daripada pemerhati politik seluruh negara melihat bahawa dengan jumlah yang diperolehi oleh BN cukup untuk mempastikan bahawa Putrajaya terus diduduki oleh Menteri-menteri BN yang dipilih oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Cita-cita Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk berada di tingkat 4 JPM Putrajaya tidak kesampaian. Suara-suara sumbang mempertikaikan kesahihan keputusan PRU ke 13 telah kedengaran daripada Ketua Umum PKR sendiri. Ketidakpuasan hati Dato Seri Anwar sehinggakan akan berlaku bantahan terhadap proses PRU dijalankan.
 
Soal ketidakpuasan hati pihak pembangkang tidak perlu dipersoalkan sangat. Telah menjadi dasar perjuangan mereka setiap yang menjadi benar dimata kerajaan dan pendokong BN akan tetap salah kepada PR. Tiada pertikaian walau sepatah perkataan pun kepada mereka dengan penguasaan PR di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
 
Kepada BN dengan kemenangan di peringkat pusat dan dapat menawan semula Kedah bukan satu kebanggaan. Seharusnya Dato Seri Mohd Najib perlu bertanggungjawab terhadap keutusan yang diperolehi oleh BN. Bukan satu kehebatan apabila BN menang di 133 kerusi parlimen. Tanpa mampu menguasai 2/3 kerusi di Parlimen apakah mungkin BN dapat melakukan sesuatu terhadap penggubalan undang-undang malahan untuk menggubal perlembagaan. Apakah BN telah berpuas hati selama lebih 2 tahun Presiden UMNO/BN dan Timbalan Presiden turun ke seluruh negara dengan sambutan yang cukup hebat dan mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat, akhirnya keputusan yang diraih tidak sepertimana yang diharapkan. Inilah tranformasi yang dibanggakan. Rakyat muak dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan diperingkat atasan. Rakyat menghukum kerajaan yang memerintah bukan bencikan parti tetapi segelintir pemimpin khususnya Menteri dan ahli politik disekeliling PM yang nyata menjadi liability kepada negara keseluruhan.
 
Sebagai contoh , adakah rakyat tidak tahu apa yang dilakukan oleh Pengerusi PRIMA dan juga Ahli Parlimen Putrajaya yang sepatutnya tewas ditangan Husam Musa daripada PAS. Jangan Tengku Adnan Tengku Mansur seronok apabila menang di Putrajaya. Kakitangan awam tahu siapa Tengku Adnan dan orang UMNO tahu apakah tindak tanduk beliau dan menentukan kuncu-kuncu dia bertanding pada PRU ke 13 yang lalu. Inilah contoh-contoh pemimpin UMNO yang patut dibuang daripada barisan kepimpinan negara yang ada termasuk dalam barisan saf kepimpinan UMNO.
 
Apakah agenda sebenarnya apabila ada di kalangan mereka yang sepatutnya digugurkan daripada bertanding dalam PRU yang lepas masih terus dikekalkan. Sebenarnya meletakkan orang seperti Isa Samad di Negeri Sembilan, Ghani Othman di Johor, Ali Rustam di Melaka , Idris Jusuh di Terengganu dan Shahidan Kasim bertanding semata-mata untuk persiapan pemimpin UMNO di atas mempersiapkan diri untuk mengekalkan jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang. Masih banyak lagi harta dan wang yang perlu dikaut oleh mereka untuk memperkayakan diri sendiri.
 
Apa yang berlaku di Selangor amat ketara. Selaku pengerusi BN Selangor telah banyak yang dicurahkan segala peruntukan oleh PM bagi menaqrik sokongan pengundi di negeri tersebut. Bahkan ada usaha daripada individu tertentu dan NGO's yang sama-sama membantu agar BN dapat semula negeri Selangor. Sehinggakan Peguam Kamarudin dan janda-janda membuat rally demontrasi bagi meraih sokongan rakyat tetapi Khalid Ibrahim tetap menang besar di Parlimen Bandar Tun Razak dan diperingkat DUN juga. Mana mungkin peguam bernama Kamarudin mewakili janda-janda di Selangor tanpa pembiayaan dari orang BN sendiri. Berjuta wang habis, cuma Noh Omar yang selamat dan Zin Badak tersungkur di kawasan sendiri.
 
Bagaimana dengan pengundi Cina????? Telah semua maklum, Cina tidak akan mengundi calon BN baik daripada UMNO, MIC, Gerakan malahan daripada MCA sendiri. Apa yaqng diharapkan lagi dengan sokongan Cina. Dato Seri Najib harus fikirkan bangsa dan agama sendiri. Jika tidak sanggup melakukan sesuatu untuk bangsa dan agama sendiri elok undur dari dan berikan tugas itu kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin.
 
Kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia sebelum PRU ke 13, fikirkan semula segala sokongan, bantuan, peruntukan yang telah diberikan kepada SRJK (C) seluruh negara. Cina tetap dengan pendirian rasis mereka yang cukup jelas. Wajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang tenaga pengajar atau guru di SRJK (C) ini yang mengajar Bahasa Melayu  di kalangan guru Melayu. Masa pengajaran dipanjangkan kepada 20 waktu seminggu. Haramkan pertubuhan Dong Dzong yang memperjuangkan pendidikan Cina.  Kalau tidak mampu laksanakan elok letak jawatan saja.
 
Pemilihan Menteri elok diperhalusi. Jangan lantik kuda-kuda tua dalam kabinet . Kalau orang seperti Isa Samad, JJ, Tengku Adnan Tengku Mansur, Idris Jusuh, Shaziman Mansur dan yang lama-lama dalam kabinet elok campakkan keluar. Lantik orang-orang muda yang tegas dan berpotensi sebagai sokongan  terhadap generasi muda yang sediada jika mahu menang dalam PRU ke 14.
 
Akhirnya cari jalan terbaik supaya penyatuan dengan PAS dapat dibuat. Tiada ruginya orang Melayu bersatu demi agama dan negara. Duduk semeja dengan pemimpin PAS. PM jika punya jiwa dan hati Melayu yang murni fikirkan generasi akan datang negara ini. Tidak perlu lagi nak jaga hari Cina dan India yang akan pada bila-bila masa menolak kepimpinan Melayu di Negara Malaysia tercinta ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.