Wednesday, April 24, 2013

APABILA DATO' SAHAK MENJILAT SOKONGAN PENGUNDI LENGGENG

Tempoh kempen untuk PRU ke 13 cuma tinggal 9 hari lagi. Kerancakan kempen di kalangan calon di DUN Lenggeng ( N09 ) dalam Parlimen P128 Seremban tidaklah serancak di kawasan lain. Bendera-bendera parti yang bertanding tidak nampak meriah. JS telah menyusuri senja semalam di beberapa kawasan DUN dalam Parlimen Seremban. Bendera BN ada dinaikkan bersama parti PR seperti DAP dan PAS. Gambar-gambar calon masih belum banyak dipaparkan ditepi-tepi jalan. Ini berkemungkinan faktor kelewatan tempahan dibuat dan juga ada diantara calon belum lagi menerima bekalan gambar poster diri mereka untuk dihantar ke kawasan-kawasan mereka bertanding.
 
Di Parlimen Seremban , calon BN Dato' Yeow Chai Thiam, masih belum nampak lagi poster wajah dia di mana-mana 6 DUN yang berada di Parlimen Seremban. Poster YAB PM dan Menteri Besar telah banyak digantung oleh petugas-petugas BN. Di Mantin dan Nilai wajah calon BN, Gan Chee Biow  ada dibeberapa kawasan walaupun difahamkan dia diboikot oleh petugas MCA daripada kem Peter Lai Yeet Fee dan Yee yang berharap sebelum ini untuk menjadi calon MCA bagi Parlimen Seremban dan DUN Nilai.
 
Di Sikamat, Puan Salwati Abdullah pantas bergerak menyusun langakh mendekati pengundi walaupun pada peringkat awal tidak disenangi oleh ahli UMNO di kawasan tersebut. Puncanya mudah iaitu itu dia bukan orang Sikamat. Tetapi bukan itu faktor utamanya kerana selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian , dia memang telah lama bekerja semua DUN terutama Ampangan, Lenggeng dan Sikamat. Yang menyebabkan bantahan bukan di kalangan orang UMNO yang berjuang kerana parti tetapi disebabkan segelintir orang Dato Ishak yang mengidamkan untuk bertanding di Sikamat tetapi dicampakkan bertanding di Lenggeng kawasan lama beliau.
 
Menemui beberapa orang pengundi Lenggeng di Panchor, Panchor Jaya, Pantai , Mendom dan Kampung Ulu Beranang semasa bersama keluarga JS sebelum balik ke Damansara semalam, rata-rata para pengundi tidak dapat menerima kehadiran Dato Ishak di Lenggeng. Mereka menyatakan Dato Ishak bukan calon yang mereka mahukan sebagai wakil mereka di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan selepas 5 Mei ini.
 
Selama 3 penggal Dato Ishak mewakili penduduk di sana tiada usaha beliau untuk memajukan Lenggeng. Terdapat kampung-kampung semasa dia menjadi YB tidak langsung ditinjau dan soal pembangunan langsung tidak di ambil perhatian. Sebagai contoh kata mereka Kampung Batu 9 Pantai hanya dengan kehadiran YAB Menteri Besar pada tahun 2010 barulah mereka mendapat bekalan air bersih. Bayangkan Dato Ishak juga berasal di kampung yang sama sebelum menetap di Melaka. Dato Ishak difahamkan membalas dendam kepada semua penduduk di sana kerana hal-hal dalaman termasuk sejarah keluarga dia sendiri di sana.
 
Di Ulu Beranang , Dato Ishak pernah mengatakan orang Minangkabau berhati "kohok" yang bermaksud sangat busuk dan difahamkan beliau mengulang-ulang penghinaaan ini disetiap kali berucap di kawasan Lenggeng. Tetapi dia lupa di Lenggeng ada 80 peratus pengundi keturunan Minangkabau. Kalau orang Minangkabau lupa penghinaan ini , memang benarlah orang Minangkabau yang menjadi dominan di Lenggeng telah dibodoh-bodohkan oleh Dato Ishak.
 
Ramai juga orang Lenggeng yang bersimpati dengan YB lama yang telah digugurkan . Mereka tahu dan banyak pihak tahu kes yang dihadapi oleh YB Mustafa dulu angkara perancangan Dato Ishak. Beliau berdendam bukan saja terhadap Mustafa Salim tetapi yang lebih penting dapat memalukan YAB Menteri Besar NS.
 
Umum mengetahui bahawa Dato Ishak memang mempunyai hubungan yang sangat buruk dengan Dato Hj Mohamad Hj Hasan. Beberapa surat layang dan tuduhan liar telah beliau lemparkan terhadap Tok Mat. Hinggakan tender projek untuk Pasar Awam di Ampangan pun dia tuduh diperolehi atau diagihkan kepada kroni Tok Mat. Dan yang lebih buruk lagi perangai Dato ishak mengadukaqn perkara ini kepada Dato JJ yang menjadi kawan baik dia semasa kehadiran PM ke NS pada bulan Mac yang lepas.
 
Dato Ishak juga mempunyai rekod buruk terhadap orang Lenggeng. Untuk masyarakat kampung menemui beliau dan mendapatkan bantuan akan dicaci maki dahulu. Ini diceritakan sendiri oleh mereka yang pernah menemui beliau semasa menjadi ADUN dulu hinggalh semasa membuka pusat khidmat dia sendiri di Pantai. Bagi orang yang menyokong Mustafa Salim sebagai ADUN Lenggeng akan dimaki hamun dahulu dan dihalau. Ini perangai baik Dato Ishak.
 
Untuk membuka pusat khidmat selepas ini jika di takdirkan dia menang, pengundi-pengundi Lenggeng mengatakan tidak mungkin. Dengan ketempangan beliau sekarang untuk menjadi YB adalah semata-mata mencari peluang mencari kedudukan dan mencari "RM" bagi mengisi kantung dia .
 
Hutang dengan Dato Misran masih ada lagi. Jumlah RM 2 juta sekarang difahamkan telah meningkat 4 juta. Ini tidak termasuk dengan oranbg lain yang dia pinjam untuk kegunaan berfoya-foya di Batam bersama dengan kuncu-kuncu dia seperti Ishak Malek, Mazlan Maarof, Baharom Idris, Sarimah, Hismayati, Samsul Bahari Bahar dan ramai lagi.
 
Dato Ishak bukan calon yang diharapkan oleh orang Lenggeng. Kedengaran juga di kalangan mereka akan mengundi calon Bebas Saudara Hj Zulkifli Abdullah. Lebih baik mereka mengundi calon Bebas daripada memperjudikan nasib mereka selama lima tahun kepada PAS atau Dato Ishak.
 
Anak-anak muda yang ditemui juga tidak langsung berminat dengan kehadiran Dato Ishak. Begitu juga calon PAS yang telah 5 kali kalah dalam pilihanraya. Biar mereka mengundi calon Bebas kerana harapan mereka jika calon bebas ini menang dia akan tetap menyokong kerajaan BN sepertimana berlaku di Negeri Perak dulu. Pembangunan tidak lagi menjadi agenda orang Lenggeng kerana mereka tahu kerajaan akan terus membantu mereka sepertima yang telah kerajaan buat di Negeri Pembangkang dan kawasan pembangkang selama ini. Ramai pengundi di Lenggeng telah tahu agenda perjuangan Dato Ishak. Mereka berkata jika Dato Ishak menang, MB akan musnah kerana inilah yang ditunggu oleh Dato Ishak dan balaci-balacinya. 
 
Kepada orang Lenggeng, JS mengingatkan bahawa sokongan bepada BN adalah sangat penting. Tetapi jika pihak atasan tidak mendengar dan merasai denyut nadi orang bawahan, eloklah fikirkan kemana undi saudara-saudara harus diberikan. Jangan gadaikan maruah semata-mata menjaga hati dua-tiga orang dan calon yang diletakkan tidan mengikut kehendak pengundi. Kalaupun dia mewakili BN tetapi jika BN meletakkan anjing kurap di kawasan kita , eloklah kita halau ke semak lain.
 
Oleh itu, pengundi di Lenggeng calon yang terbaik adalah anak jati Lenggeng. Pilihlah antara dua......
 
Hj Zulkifli Abdullah - Calon BEBAS Lenggeng.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.