Thursday, March 7, 2013

NS SENARAI 36 CALON ADUN BN TELAH DIMUKTAMADKAN

Sempena lawatan kerja YAB Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden BN ke Negeri Sembilan pada hari ini membawa bersama senarai calon-calon BN yang akan bertanding di semua kerusi BN pada PRU ke 13 nanti. Menurut berita yang diperolehi daripada sumber-sumber yang rapat dengan PM, YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin akan menyerahkan senarai nama tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk persiapan terakhir.

YAB Dato' Seri Muhamad bin Hj Hasan akan memanggil semua calon serta menyerahkan surat tauliah kepada mereka pada 15 haribulan Mac ini di kediaman rasmi Menteri Besar jam 4 petang. Difahamkan juga bahawa pegawai undang-undang negeri dan peguam UMNO Malaysia akan turut serta dalam majlis tersebut serta meneliti keperluan untuk mengisi borang-borang yang perlu diisi supaya semasa penamaan calon nanti segalanya telah siap diurus.
 
Pegawai Khas ke Menteri Besar Saudara Zulkifli Awang telah pun menghubungi beberap orang calon untuk bersiap sedia pada tarikh yang telah ditetapkan. Juga dilaporkan bahawa ada calon-calon yang mengesahkan bahawa mereka diarahkan supaya jangan ke luar negara dalam tempoh terdekat supaya mudah dihubungi dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar.
 
Antara nama  yang disahkan bertanding semula ialah, Yang Berhormat Dato Zaiful Bahri bin Idris akan mempertahankan kerusi Chembong, Yang Berhormat Hj Adnan bin Abu Hasan kekal di DUN Pilah, Yang Berhormat Dato' Hj. Ismail Lasim (Senaling), Yang Berhormat Dato' Dr. Awaludin (DUN Kota), Yang Berhormat Dato Hj. Hasim Rusdi akan mempertahankan kawasan Labu, Yang  Amat Berhormat Dato' Hj. Mohamad bin Hj. Hasan kekal di DUN Rantau, Yang Berhormat Dato' Yunus Rahmat akan mempertahankan kerusi Klawang dan Yang Berhormat Dato' Shamsul Kahar akan kekal di DUN Batu Kikir.
 
Beberapa nama baru akan ditonjolkan seperti mengantikan penyandang sekarang . Antara nama mereka yang ada ditangan TPM dan akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Dato' Salim , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol akan bertanding di Palong menggantikan Dato Aziz Shamsudin. Dato' Jalaludin  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu akan bertanding di Sungai Lui . Di kawasan Pertang Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu iaitu Tuan Hj Zainudin akan mengantikan Dato Razak Mansur.
 
Di Parlimen Seremban pula 3 kerusi UMNO akan mendapat muka baru iaitu di Ampangan Puan Wan Salwati Abdullah yang merupakan EXCO Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban mendapat sokongan kuat daripada MB untuk diletakkan bertanding di sana. Di Kawasan Sikamat bagi menjaga hati Ketua UMNO Bahagian Seremban, Perdana Menteri bersetuju meletakkan Saudara Mohd. Rosli Selaku Setiausaha UMNO Bahagian Seremban untuk bertanding bagi merampas semula kerusi Sikamat daripada PKR. Di Lenggeng yang lebih rumit kepada pihak jawatan kuasa pemilihan calon membuat keputusan. Ini memandangkan calon sedia ada mendapat sokongan akar umbi di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun bagi mengimbangkan sokongan orang muda , pengundi dewasa dan pengaruh politik setempat maka Saudara Samsul Amri bin Ismail telah diputuskan sebagai calon yang paling berwibawa untuk menumpaskan calon PAS di kawasan Lenggeng. Difahamkan calon muda ini mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding calon yang ditonjolkan oleh UMNO Bahagian Seremban serta disenangi oleh YB penyandang sekarang serta penyokong-penyokong beliau di DUN Lenggeng.
 
EXCO Kerajaan Negeri yang akan digugurkan ialah Dato Abdul Samad Ibrahim (Seri Menanti), Dato' Ismail Taib (Linggi), Dato Razi Kail  dan seorang lagi dikalangan bukan EXCO ialah Tan Sri Isa Samad ( Bagan Pinang) akan digantikan oleh Ketua Pemuda Telok Kemang.
 
Bagi Kerusi bukan UMNO, Dato Siow Chin Pin akan kekal di Chennah, Dato VS Mogan akan bertukar kerusi ke DUN Port Dickson sementara di DUN Repah kerusi tersebut akan diserahkan kepada MIC iaitu Dato' A. Ganesan yang merupakan Pengerusi MIC Bahagian Seremban.
 
Kerusi DUN Nilai juga agak panas apabila Saudara Gan See Biow dan Saudara Yee mencari pengaruh untuk diletakkan di kerusi tersebut. Difahamkan PM telah merestui Saudara Gan untuk bertanding di DUN Nilai.
 
Parlimen Rembau akan kekal ditandingi oleh YB Saudara Khairi Jamaudin manakala di Kuala Pilah Dato' Hassan Malek akan digugurkan dan diganti dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah yang mendapat restu daripada Kertua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah Dato' Norhayati.
 
Di Gemas dan Gemenchih akan bertukar calon di mana Saudara Malik Shamsudin akan bertanding di DUN Gemenchih sementara Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin akan menganbil tempat Dato' Zainab Nasir.
 
Parlimen Seremban akan ditandingi oleh Dato' Dr. Yow sementara di Rasah bekas calon MCA di Rahang akan bertanding atas tiket BN.
 
Diharapkan Negeri Sembilan akan kekal di bawah kekuasaan  BN bagi meneruskan agenda pembagunan yang telah disusun oleh YAB Dato Seri Hj. Mohamad bin Hj. Hasan selama ini.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.