Sunday, April 7, 2013

NEGERI SEMBILAN MASIH DIBELENGGU MASALAH MENCARI WINNABLE CANDIDATES

Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih pucuk kepemimpinan kerajaan Negeri Sembilan selepas PRU ke 13. Pegangan PR cuma melihat jumlah bendera yang mereka pacakkan di tepi-tepi jalan dan kawasan pinggir bandar dan kampung. Ini ditegaskan sendiri oleh Taufik selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam sesi ceramah beliau di Kampung Ismail , Seremban. Sebagai pemimpin nombor satu PAS di Negeri Sembilan, Taufik terpaksa berpandangan optimis untuk menjadi calon yang akan diangkat oleh PR selepas PRU ke 13 nanti bagi memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan. Namun dia lupa bahawa DAP lebih banyak menguasai kerusi di peringkat DUN semasa PRU ke 12 dulu. Sekiranya PR dapat memenangi PRU di peringakt DUN Negeri Sembilan (semestinya tidak ) PAS juga lupa bahawa DAP juga sedang menyediakan calon di kalangan orang Melayu yang beragama Islam untuk bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Antara nama yang disebuat-sebut ialah Aspan Alias yang akan dicalonkan di DUN Rantau menentang YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan.
 
Daripada pecahan pengundi di DUN Rantau sekarang ternya bilangan pengundi bukan Melayu telah melebihi daripada bilangan pengundi Melayu sekitar 2%. Inilah yang memberi keyakinan kepada DAP untuk bertukar keryusi dengan PKR bagi meletakkan calon mereka di sana . Melihat kepada calon-calon yang diketengahkan oleh PR adalah mereka yang profesional serta memliki tahap pendidikan yang tinggi.
 
Bagi BN untuk mencari calon-calon yang profesional agak sukar kerana di kalangan pemimpin BN khususnya UMNO masih berpaksikan kepada mereka yang menjawat jawatan politik kelompok UMNO itu sendiri. Ketandusan golongan berpendidikan untuk diketengahkan sebagai calon adalah disebabkan telah menjadi budaya pemimpin UMNO Bahagian cuma akan memilih "orang" Ketua Bahagian bagi memimpin di peringakt Bahagian.
 
Mengambil contoh beberapa bahagian di Negeri Sembilan atau lebih dekat di Bahagian Rasah dan Seremban rata-rata yang duduk dalam AJK Bahagian adalah di kalangan mereka yang lulusan SPM sahaja. Dan mereka inilah yang dicalonkan oleh UMNO Bahagian untuk menjadi wakil kepada rakyat. Ironinya bagaimana mereka yang cuma berkelulusan SPM mahu memimpin golongan muda yang sebilangan mereka berpendidikan paling kurang diperingkat Diploma. 
 
Memang mereka yang kelulusan tidak kemana inilah yang bersungguh-sungguh untuk menjadi calon YB. Selain daripada itu boleh mereka ini dikategorikan sebagai winnable candidates kerana pengundi bukan sahaja di kalangan orang UMNO. Lebih ramai pengundi atas pagar atau tidak menganggotai mana-mana parti politik akan keluar mengundi dalam PRU ini nanti.
 
Pucuk pimpinan pusat jangan terlalu kalut dalam menentukan calon terutamanya seperti mengikut telunjuk Ketua-ketua UMNO Bahagian . Disebuah kawasan DUN di Negeri Sembilan, telah keluar suara-suara pengundi muda yang tidak akan menilai kemampuan wakil mereka berasaskan kemampuan calon ini mendekati generasi Y ini. Jangan mendengar atau mendapatkan maklumat daripada satu pihak , pucuk pimpinan pusat terus membuat kesimpulan bahawa inilah calon terbaik untuk menang. UMNO bukan lagi penentu kemenangan BN. Begitu juga MCA dan MIC. Jangan lupa kepada peranan NGO's dalam menggerakkan aktiviti sebagai sokongan kepada pihak kerajaan. Tanpa penglibatan badan-badan kerajaan sudah pasti tidak ada apa-apa aktiviti yang dilaksanakan . Ini melihat kepada kelesuan UMNO di dua bahagian di Negeri Sembilan dalam menggerakkan aktiviti mereka dalam tempoh empat tahun dulu.  Jika sekadar mendapat 600 samples sebagai landasan menentukan calon di setiap bahagian, belum tentu kajian yang dibuat itu tepat dan pandangan daripada pihak MIO, MKN, Polis, KEMAS serta JASA diketepikan begitu sahaja.
 
Di Peringakt Bahagian bukan semua pemimpin Bahagian itu maha bersih atau baik. Bahagian Seremban sendiri dipimpin oleh pensabotaj parti semasa PRU ke 12 dulu. Ini ternyata benar dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk SU Agung UMNO sendiri. Jadi bagi mempastikan seorang calon benar-benar boleh menang dengan bergaya perlu ada penganalisaan yang terperinci dari segi gereakerja mereka selama ini. Demikian juga jangan semudah-mudah nya meletakkan calon baru tanpa mengambil kira sokongan bekas ADUN lama yang tetap mempunyai pengaruh dan boleh menentukan hala tuju dan menang atau tewasnya BN di kawasan-kawasan yang ditandingi nanti. Belum ada istilah "kubu" kuat BN dalam kancah persaingan untuk memerintah negara kepada semua ahli politik di negara ini. Untuk menang PM, TPM dan MB dimana-mana negeri perlu tahu apakah kehendak pengundi dan bukan kehendak diri sendiri atas dasar laporan atas kertas semata-mata.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.