Friday, May 3, 2013

ANALISA KEPUTUSAN PRU 13 NEGERI SEMBILAN SEBELUM 5 MEI

Tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar sebelum Disember 2012. Bagi anggota tentera, polis dan pengundi pos telah menjalan tanggungjawab mereka beberapa hari yang lepas. Pihak SPR dalam kenyataannya berpuashati dengan segala kemampuan dari segi kemudahan dan kakitangan yang disediakan untuk prosese mengundi tersebut. Penggunaan dakwat kekal telah digunakan dengan berkesan walaupun ada komen dan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin pembangkang. 

Menjadi lumrah di Malaysia ini yang mengamalkan sistem demokrasi dengan penuh tanggung jawab, segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan adalah kerana sikap pemain politik khususnya pihak pembangkang bagi meraih simpati daripada para pengundi dan penyokong mereka. Pengundi hantu masih menjadi topik perbualan bagi pihak pembangkang sebelum masa mengundi berjalan. Dulu sebelum mereka inginkan dan mendesak penggunaan dakwat kekal, masalah pengundi hantu ini merupakan antara perkara penting yang sering ditimbulkan. SPR yang terlalu berlembut , akur dengan pihak pembangkang supaya tidak dituduh berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab bagi mempastikan suruhanjaya ini benar-benar bebas dari dipengaruhi termasuk daripada pihak kerajaan.

Hari ini telah ramai kakitangan kerajaan dan individu yang tinggal jauh daripada tempat mereka mengundi mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi pada hari Ahad ini. Difahamkan ada kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan termasuk para guru anak Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis telah balik dan ada yang mengambil cuti sakit "tipu" untuk balik ke pusat mengundi di tempat mereka. 

Di Negeri Sembilan suasana kempen di kalangan calon dan jentera pilihanraya  sangat rancak sekali. Yang Amat Berhormat Dato Seri Muhamad bin Hj Hasan yang menyambut ulang tahun hari kelairannya pada 2 Mei 2013 tidak sempat meraikannya bersama keluarga kerana sentiasa penuh dengan jadual kempen di kawasan sendiri mahupun membantu calon-calon Parlimen dan Negeri di Negeri Sembilan.

Berdasarkan analisa awal yang diperolehi daripada pihak agensi kerajaan iaitu daripada laporan polis, tentera, Kemas, JASA, MKN dan Jabatan Penerangan memperlihatkan Negeri Sembilan akan kekal di bawah pentadbiran kerajaan BN. Dan ramai mengharapkan YAB Tok Mat akan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Jika dirujuk kepada calon-calon yang dikemukakan iaitu 70 peratus muka baru dan calon recycle, harapan untuk menang khusus kepada calon UMNO sangat cerah. Kalau pada awal tempoh berkempen amat dingin dibeberapa kawasan , kini ada perubahan yang menggalakkan.

Di Jempol , calon Parlimen iaitu Tan Sri Isa Samad tiada masalah untuk menang melawan penyanyi kesayang ramai Aishah. Peneroka sudah tahun jika Aishah menang pun dia cuma tahu menyanyikan lagu " Janji Manismu", tapi Isa kalau menang harapan peneroka jika dia dilantik menjadi Menteri maka banyaklah kemudahan akan diperolehi oleh para peneroka di Jempol. Namun ada yang kurang senang dengan Dato Lillah Yassin. Untuk menang memang ada tetapi untuk mengharapkan sesuatu perubahan di bawah oleh beliau di DUN Palong belum dapat dipastikan . Ini berdasarkan rekod beliau yang sehingga hari ini mempunyai hubungan dingin dengan Tok Mat Hassan. Sebabnya  kerana dia pun bercita-cita untuk menjadi MB. Tapi jika dibandingkan dengan Tok Mat darisegi tahap pendidikan pun tak mungkin lulus. 

Di Parlimen Jelebu, Haji Zainudin sudah mula tercungap-cungap berkempen kerana Dato Rais Yatim pun sudah mula letih. Nak diharapkan Dato Jalaludin dan Dato Yunus Rahmat bagi membantu, masing-masing pula perlu melepaskan diri mereka di kawasan masing-masing. Di Chennah difahamkan Anthony Loke akan merampas kerusi tersebut dari MCA. Bekas ADUN Chennah telah bercuti di luar negara dan esok baru balik ke kawasan untuk mengundi. 

Parlimen Seremban dan Rasah yang kedua-dua kerusi ditandingi oleh MCA memang ada harapan kalah. Tahniah kepada MCA yang meletakkan calon berwibawa dikedua-dua kerusi tersebut. Dato Dr. Yeow dan anak saudara beliau bertanding di Rasah akan dihukum oleh pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan tersebut. Masalah lain pula mereka sukar untuk memenuhi undangan berkempen oleh jentera UMNO. Undi Melayu sangat penting untuk menang di Rasah dan Seremban. Dengan berbaki 2 hari lagi maka kesimpulan yang dibuat oleh agensi pelapor kedua-dua kerusi ini akan bungkus. Tetapi semua kerusi UMNO tandingi dan MIC ( Telok Kemang ) akan menang.

Kerusi DUN Rahang, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Nilai, Mambau, Senawang, Bahau, Chuah dan Paroi akan kekal dibawah Pakatan Rakyat. Dan yang memeranjatkan lagi kerusi Lenggeng yang dulu merupakan kubu kuat UMNO juga akan tumbang kepada pihak Pakatan Rakyat yang di wakili oleh PAS. Saingan hebat adalah antara pihak calon Bebas iaitu Hj. Zulkifli Abdullah dan Zulkifly Mohamad bin Omar dari PAS. Walaupun calon PAS dikatakan telah dimasukkan ke hospital dan masih belum pulih, namun jentera PAS terus bergerak. Di Paroi Jaya yang merupakan kawasan taman perumahan yang majoritinya orang Melayu terus memberi sokongan kepada parti PAS. Di kawasan Lenggeng sendiri yang merupakan tempat kelahiran calon PAS ini tetap mempunyai sokongan tersendiri. Begitu juga dengan calon Bebas Hj Zulkifli, dengan menggunakan jentera yang agak terhad masih dapat menjalankan kempen secara berterusan. Bagi calon BN pula Dato Hj Ishak Ismail, beliau mempunyai jentera yang sangat kuat dengan kerjasama daripada pergerakan pemuda, wanita dan puteri. Di samping jentera sendiri yang diwujudkan oleh beliau . Difahamkan bekas ADUN Lenggeng turut membantu walaupun tidak disenangi oleh "orang-orang" Dato Ishak sendiri.Menurut laporan pihak BTN dan Jabatan Penerangan, Mustafa Salim sentiasa turun memberikan ceramah secara kelompok kecil di kawasan PDM beliau membantu jentera BN yang sedia ada. 
Ishak Ismail. Calon N09 Lenggeng

Walaubagaimana pun, kelemahan yang berlaku sekarang apabila minat dan sokongan terhadap Dato Ishak berkurangan kerana sikap beliau sendiri yang membawa jentera ataupun orang yang tidak disukai oleh  masyarakat  Lenggeng semasa turun berkempen di Lenggeng. Cara berkempen agak ketinggalan zaman dengan berpakaian kain palikat dan ucapan lusuh dari  dulu. Memetik kata-kata orang Lenggeng, sebelum Dato Ishak berucap mereka mampu mengagak apa yang diucapkan oleh beliau. Tiada ucapan membena yang diberikan kepada para pengundi. Mereka sudah muak dengan cakap-cakap yang tidak membangunkan minda mereka. Jika apa yang diperkatakan oleh beliau di Lenggeng , itu juga yang akan diucapkan di Panchor dan Paroi. Maka kata mereka eloklah ditolak saja Dato Ishak sebagai ADUN Lenggeng untuk PRU ke 13 ini. Pengundi Lenggeng juga mengatakan kes mahkamah Dato Ishak soal muflis tak selesai lagi. Dia pun sudah tempang . Untuk berlari tidak mampu lagi. Bagaimana nak rasmikan pertandingan bola sepak, futsal  atau takraw sekiranya diminta untuk buat tendangan permulaan.Dalam memperkatakan keperluan rakyat demi kepentingan negara elok dibersarakan terus Dato' Hj. Ishak Ismail dalam gelanggang politik. PM lantiklah beliau sebagai pengerusi petubuhan Ibu Tunggal (janda) Negara. Seperti kata orang Kampung Pantai yang JS temui , Dato' Ishak Ismail ni sering bercakap hal janda. Orang kawin lebih daripada satu dia marah. Tapi emak dia sendiri pernah  mempunyai 3 suami. Tahniah Tok Hak......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.