Tuesday, May 21, 2013

PERLANTIKAN EXCO NS MENEPATI KEHENDAK RAKYAT

Ramai yang telah menjangkakan bahawa senarai EXCO Kerajaan Negeri Sembilan lebih kepada meneruskan kelangsungan usaha Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan ke arah pembangunan yang lebih mapan bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal tetapi kepada kesejahteraan rakyat keseluruhan. Muka-muka baru yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Utama bukan sahaja mampu menggalas tanggungjawab yang akan diberikan malahan mampu membantu beliau dalam segala semua aspek termasuk pengukuhan politik Negeri Sembilan.

Secara umumnya Tok Mat telah memilih orang yang akan bersama-sama beliau samada didaratan mau pun dilautan yang penuh dengan gelora. Tidak perlulah beliau mendapatkan nasihat daripada orang tertentu seperti yang berlaku dalam pemilihan EXCO tahun 2008 di mana sebilangan besar daripada mereka banyak menimbulkan masalah dalam perlaksanaan tugas diperingkat jabatan-jabatan dan rakyat bawahan. Cuma beberapa orang yang masih dikekalkan itu bernasib baik kerana tiada orang lain yang boleh menggantikan mereka kerana formula yang diguna pakai oleh MB setiap daerah/parlimen akan diwakili seorang EXCO. Jika tidak, nama seperti Dato Hasim Rusdi tidak akan ada dalam senarai. Begitu juga dengan Dato' Norhayati dan Dato' Ismail Lasim, nama mereka kekal sebab cuma seorang wanita yang menang. Jika Puan Wan Salwati menang di Sikamat, meloponglah Dato Norhayati di Pilah. Bagimana pula Dato Ismail Lasim di Senaling??? Sepatutnya beliau tarik diri sahaja daripada dilantik semula sebagai EXCO berdasarkan peristiwa menghantar Tan Sri Abu Zahar Ujang, Dato Ishak Ismail dan Dato Shaziman Mansur bagi mencalonkan nama beliau sebagai MB. Patutnya Dato Ismail Lasim perlu ada  perasaan malu yang mendalam atas peristiwa itu. Beliau boleh mengatakan bukan dia yang suruh mereka pergi jumpa Tuanku Yang Dipertuan Besar. Tetapi sepatutnya kena sedar diri juga daripada  sejarah ingin menjadi MB ini juga berlaku selepas Tok Mat kalah dalam pemilihan MKT tahun 2009. Siapa yang jumpa PM untuk menggugurkan Tok Mat jika bukan Dato Hasim Rusdi dan Dato Ismail Lasim. Tapi Tok Mat mempunyai sikap yang tak mampu dibuat oleh orang lain sebagai MB lain. Jika Dato Ishak Ismail (kok jd MBlah) yang berjawatan MB , separuh daripada pengarah di Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan bertukar. EXCO memamglah akan dilantik kuncu-kuncu dia sahaja. Contoh:
MB                   : Dato Ishak bin Ismail.
EXCO            1. Dato Lillah Yassin
                       2. Dato Norhayati Omar
                       3. Dato Ismail Lasim
                       4. Dato Hasim Rusdi
                       5. Dato Yunus Rahmat
                       6. Tun Hj Khairudin Tun Abu Bakar
                       7. Abdul Razak Said
                       8. Abu Samah bin Mahat
                       9. L . Manickam
                     10. Abdul Rahman bin Mohd Redza

Senarai di atas telah dijaja oleh Dato Ishak Ismail dan kuncu-kuncu beliau sebelum perlantikan MB dibuat. Membawa nama Dato Ismail Lasim tempoh hari cuma wayang beliau sahaja sebab itu dia pergi bersama mengadap Tuanku. Senarai di atas juga sebilangan besar adalah senarai Tan Sri Isa Samad yang ingin menempatkan orang beliau di kerusi EXCO. 
YB Dato Zaifulbahri

Adalah sangat mudah kenapa sebilangan besar yang disenaraikan bukan berkiblatkan Tok Mat. Terlalu mudah untuk membuat penilaian iaitu Dato Yunus Rahmat walaupun pernah dilantik EXCO tetapi kesetiaan beliau bukan kepada Tok Mat tetapi kepada Dato Seri Utama Rais Yatim. Tun Khairudin dan Abdul Rahman adalah blok Tan Sri Isa Samad. Begitu juga Dato Lillah Yassin,  Dato Ismail Lasim, Dato Norhayati Omar, Abu Samah dan Dato Hasim Rusdi. 

Tiada agenda untuk pembangunan Negeri Sembilan dalam kotak pemikiran mereka. Yang ada adalah cara mana untuk mengeluarkan kawasan balak yang berbaki sedikit lagi, mengeluarkan tanah kerajaan untuk diagihkan kepada kuncu-kuncu mereka dan memperkukuhkan politik kroni bagi menjaga periuk nasi masing-masing. Ini berbeza dengan usaha YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan. 

Semua di kalangan pemain politik Negeri Sembilan sedar bahawa sepanjang Tok Mat menjadi Pengerusi UMNO Perhubungan NS, berapa kalikah di kalangan mereka yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam mesyuarat yang di adakan. Dato Ishak Ismail tidak pernah sekali pun hadir. Begitu juga dengan Dato Lillah Yassin, Tan Sri Isa Samad, Dato Saziman Abu Mansur. Dato Ismail Lasim dan Dato Hasim Rusdi terpaksa hadir kebetulan kerana kereka adalah EXCO yang Tok Mat lantik dan Dato Hasim Rusdi selain daripada EXCO adalah Setiausaha UMNO Perhubungan NS. Semuanya adalah bersebab. 

Oleh yang demikian, nasihat JS pada orang nombor 1 Negeri Sembilan , berhati-hati dengan permainan mereka yang di luar daripada barisan EXCO. Ramai di kalangan yang memberi sokongan dan bekerja dengan Tok Mat juga dulu dan selamanya kadang-kala mereka dilupakan begitu sahaja. Perlu Tok Mat cari mereka ini bagi membantu secara tidak langsung diperingkat akar umbi. Selamat maju jaya NSDK.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.