16 Mac, 2013 YAB Dato Seri Utama Najib bin Tun Abd Razak akan bertandang semula ke Negeri Sembilan. Kehadiran PM pada malam ini merupakan lawatan kerja terakhir beliau ke negeri beradat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang akan tamat tempoh bagi penggal ke 12 pada 26 Mac ini.
Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan dalam kenyataan beliau selepas mesyuarat EXCO pada hari Rabu lepas memberitahu bahawa apabila tempoh dewan undangan berakhir tanpa pembubaran parlimen Malaysia, secara automatik ia akan terbubar dan beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga PRU ke 13 dan pembentukan kerajaan baru. Kerajaan Negeri Sembiloan di bawah BN difahamkan akan teus dikuasai oleh parti BN dan melalui gerakerja dan sokongan rakyat hasil kerja berterusan kepimpinan Tok Mat tidak boleh dipertikaikan PR akan menggigit jari di NSDK.
Kehadiran PM pada malam ini dalam majlis bersama MCA Negeri Sembilan selepas dua hari Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan bahawa ADUN Lenggeng dari UMNO dibebaskan dan dilepaskan tidak bersalah dalam pertuduhan rasuah. Banyak pihak beranggapan bahawa ini tekanan pihak kerajaan yang menentukan keputusan penghakiman. Tetapi perlu diingat bahawa Hakim yang membuat keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bahkan daripada sumber yang boleh percayai bahawa YA Dato Siti Mariah Hj Ahmad merupakan hakim yang pakar undang-undang dan mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah termasuk kes rasuah. Jangan ada mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang yang selama ini mengharapkan orang UMNO perlu dijatuhi hukuman walau ternyata ia tidak bersalah. Kepada pembangkang tiada seorang pun orang kerajaan yang jujur dan bersih. Hanya di kalangan mereka sahaja yang dikategorikan bersih seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Mat Sabu dan ramai lagi.
Di Lenggeng ada di kalangan calon-calon yang mengangkat diri mereka sebagai winnable candidate sudah mula meroyan takut nama mereka terkeluar apabila keputusan mahkamah berpihak kepada ADUN Lenggeng.
Sejarah Bahagian Seremban memang semua orang tahu. Apabila Dato Ishak memimpin bahagian tersebut bermula tahun 1982 , dia tidak pernah cuba untuk meningkatkan kemajuan bahagian Seremban khususnya borang Melayu. Dia cuba menjadi hero untuk kepentingan peribadinya. Cakap dia semua betul dan orang lain di Bahagian Seremban tidak akan diberi ruang untuk maju sebagai pemimpin masa depan.
Zaman kegemilangan Dato Ishak sepatutnya telah berkahir selepas tidak lagi menjadi calon dalam PRU ke 12. Tetapi dengan taktik jahat dan kotor dia bersama dengan kuncu-kuncunya di bahagian Seremban menyebabkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang didakwa di mahkamah.
Dalam tempoh pendakwaan YB Lenggeng oleh SPRM yang boleh dikatakan menjadi kuda Dato Ishak Ismail, dimana sahaja dia berucap sudah pasti dia akan menelanjangkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang. Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang dikatakan bersemangat Melayu tetapi sebenar mempunyai hati yang sangat busuk.
Di Negeri Sembilan Dato Ishak bukan sahaja memburukkan orang UMNO disekitarnya tetapi sasaran utama ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua tahu Dato Ishak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Cita-cita ini telah lama disimpan. Apabila Tan Sri Isa tidak lagi bertanding sebagai ADUN Linggi dan berpindah ke Parlimen Jempol dalam tahun 2004, Dato Ishak telah mencanangkan dia akan jadi MB. Juak-juak dia di bahagian Seremban telah menempah blazer untuk mengiringi Dato Ishak apabila diisytiharkan jadi MB kelak. Tapi Allah lebih berkuasa dan lebih mengetahui apa dalam isi hati seseorang. Jika dia menjadi MB Negeri Sembilan, lebih separuh NS akan dijualkannya atau diagihkan kepada langau-langau dia.
Niat Dato Ishak untuk jadi calon dalam PRU ke 13 masih membara. Dengan mengharapkan sokongan daripada 7 hingga lapan orang Ketua UMNO cawangan di Bahagian Seremban, dia mengimpikan DUN Sikamat untuk comeback. Tapi sedarlah bahawa orang Sikamat pun bukan mahukan dia lagi. Ramai yang telah berikrar untuk mengundi pembangkang jika inilah calon pilihan PM.
PM jika melihat Tranformasi Negara boleh diterima oleh rakyat bawahan, jangan takut meletakkan calon-calon yang diterima rakyat. Sekiranya YB Lenggeng telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah kenapa tidak mungkin beliau dicalonkan semula di DUN Lenggeng.
Orang Lenggeng berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh JS sendiri sangat menyenangi YB ini. Mencari calon berwibawa di Lenggeng bukan mudah. Jangan sesuka hati meletakkan orang Dato Ishak di Lenggeng. Jika ini ini berlaku maka akan terus bergolak kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sekira "Orang Sahak" diletakkan di Lenggeng.
Tranformasi bukan sekadar slogan. Ia perlu dipraktikkan. Maka adalah lebih baik mengekalkan calon yang sedia ada kerana pihak pembangkang telah kehabisan peluru di Lenggeng. Walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang turun di Lenggeng, sekira YB Mustafa dikekalkan di Lenggeng, BN pasti menang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.