Saturday, March 23, 2013

ADUN NEGERI SEMBILAN TERUS DIKEKALKAN

Beberapa nama yang sebelum ini menjadi topik perbualan di kalangan ahli politik di Negeri Sembilan yang akan digugurkan, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Kesemua ADUN yang sedia ada terutama ADUN yang mewakili UMNO akan terus dikekalkan di kawasan mereka bagi menghadapi PRU ke 13.  Antara muka-muka lama yang akan dikekalkan ialah Dato Razi Kail mewakili DUN Juaseh, Dato Yunos Rahmat ADUN Kelawang, Dato Zainab Nasir ADUN Gemas, Dato Aziz Shamsudin ADUN Palong, Dato Zaiful Bahari Idris, ADUN Chembong, Tuan Mustafa Salim ADUN Lenggeng, Dato Zainal Abidin Ahmad , ADUN Lui, YB Tuan Hj. Adnan Abu Hasan , ADUN Pilah , Dato. Dr. Awaludin , ADUN Kota dan Dato Razak Mansur, ADUN Pertang. Sementara itu ADUN Seri Menanti Dato Samad Ibrahim yang banyak menimbulkan kontraversi turut dikekalkan. ADUN Gemencheh , Dato Kamil juga akan terus dicalonkan untuk PRU ke 13.
 
Daripada sumber UMNO Perhubungan Negeri Sembilan hanya ADUN Bagan Pinang , Tan Sri Isa Abdul Samad dan ADUN Linggi yang juga EXCO Kerajaan Negeri Sembilan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda di Bahagian Telok Kemang. Dato Hasim Rusdi akan terus kekal di DUN Labu manakala YB Dato Ismail Lasim akan bertanding di Parlimen Kuala Pilah  bagi menggantikan Dato Hj. Hasan Malek yang akan menerajui salah sebuah syarikat GLC kerajaan.
 
Pengekalan ADUN-ADUN ini dibuat bagi mengukuhkan lagi kepemimpinan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan di Negeri Sembilan terutamanya segala perancangan yang dibuat selama ini akan terus mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin khususnya ADUN yang dikekal ini.
 
Yang Amat Berhormat Dato Haji Mohamad bin Hj Hasan akan terus bertanding di DUN Rantau dan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU ke 13 nanti. Usaha mengekalkan ADUN-ADUN ini terus bertanding di kawasan lama mereka telah mendapat restu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Presiden UMNO semasa pertemuan yang dibuat di Pejabat Pertdana Menteri Jumaat lepas.
 
Daripada sumber yang dipercayai juga bahawa DUN Sikamat dan Ampangan akan diisi oleh beberapa nama baru yang dikemukakan apabila pucuk pimpinan pusat kurang senang dengan nama-nama yang hantar sebelum ini termasuk Puan Wan Salwati Abdulah dan Saudara Rosli yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban. Difahamkan juga ada nama-nama baru yang diketengahkan bukan di kalangan aktivis UMNO tetapi sangat banyak membantu masyarakat dikedua-dua DUN tersebut. Ketua Bahagian Seremban Dato Ishak Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian , Dato Zakaria Nordin yang merupakan calon-calon recycle sudah pasti tidak akan diletakkan dikedua-dua kawasan tersebut.
 
Semoga dengan mengekalkan calon-calon yang sedia ada kedudukan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad sebagai MB akan terus mendapat sokongan dan selepas PRU ke 13, apabila berlakunya pemilihan UMNO , MB juga tiada menghadapi masalah di kalangan orang-orang politik terutamanya yang memusuhi beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.