Saturday, March 23, 2013

ADUN NEGERI SEMBILAN TERUS DIKEKALKAN

Beberapa nama yang sebelum ini menjadi topik perbualan di kalangan ahli politik di Negeri Sembilan yang akan digugurkan, nampaknya tidak menjadi kenyataan. Kesemua ADUN yang sedia ada terutama ADUN yang mewakili UMNO akan terus dikekalkan di kawasan mereka bagi menghadapi PRU ke 13.  Antara muka-muka lama yang akan dikekalkan ialah Dato Razi Kail mewakili DUN Juaseh, Dato Yunos Rahmat ADUN Kelawang, Dato Zainab Nasir ADUN Gemas, Dato Aziz Shamsudin ADUN Palong, Dato Zaiful Bahari Idris, ADUN Chembong, Tuan Mustafa Salim ADUN Lenggeng, Dato Zainal Abidin Ahmad , ADUN Lui, YB Tuan Hj. Adnan Abu Hasan , ADUN Pilah , Dato. Dr. Awaludin , ADUN Kota dan Dato Razak Mansur, ADUN Pertang. Sementara itu ADUN Seri Menanti Dato Samad Ibrahim yang banyak menimbulkan kontraversi turut dikekalkan. ADUN Gemencheh , Dato Kamil juga akan terus dicalonkan untuk PRU ke 13.
 
Daripada sumber UMNO Perhubungan Negeri Sembilan hanya ADUN Bagan Pinang , Tan Sri Isa Abdul Samad dan ADUN Linggi yang juga EXCO Kerajaan Negeri Sembilan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda di Bahagian Telok Kemang. Dato Hasim Rusdi akan terus kekal di DUN Labu manakala YB Dato Ismail Lasim akan bertanding di Parlimen Kuala Pilah  bagi menggantikan Dato Hj. Hasan Malek yang akan menerajui salah sebuah syarikat GLC kerajaan.
 
Pengekalan ADUN-ADUN ini dibuat bagi mengukuhkan lagi kepemimpinan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan di Negeri Sembilan terutamanya segala perancangan yang dibuat selama ini akan terus mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin khususnya ADUN yang dikekal ini.
 
Yang Amat Berhormat Dato Haji Mohamad bin Hj Hasan akan terus bertanding di DUN Rantau dan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU ke 13 nanti. Usaha mengekalkan ADUN-ADUN ini terus bertanding di kawasan lama mereka telah mendapat restu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Presiden UMNO semasa pertemuan yang dibuat di Pejabat Pertdana Menteri Jumaat lepas.
 
Daripada sumber yang dipercayai juga bahawa DUN Sikamat dan Ampangan akan diisi oleh beberapa nama baru yang dikemukakan apabila pucuk pimpinan pusat kurang senang dengan nama-nama yang hantar sebelum ini termasuk Puan Wan Salwati Abdulah dan Saudara Rosli yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban. Difahamkan juga ada nama-nama baru yang diketengahkan bukan di kalangan aktivis UMNO tetapi sangat banyak membantu masyarakat dikedua-dua DUN tersebut. Ketua Bahagian Seremban Dato Ishak Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian , Dato Zakaria Nordin yang merupakan calon-calon recycle sudah pasti tidak akan diletakkan dikedua-dua kawasan tersebut.
 
Semoga dengan mengekalkan calon-calon yang sedia ada kedudukan YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad sebagai MB akan terus mendapat sokongan dan selepas PRU ke 13, apabila berlakunya pemilihan UMNO , MB juga tiada menghadapi masalah di kalangan orang-orang politik terutamanya yang memusuhi beliau.

Friday, March 15, 2013

SPRM vs YB LENGGENG

16 Mac, 2013 YAB Dato Seri Utama Najib bin Tun Abd Razak akan bertandang semula ke Negeri Sembilan.  Kehadiran PM pada malam ini merupakan lawatan kerja terakhir beliau ke negeri beradat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang akan tamat tempoh bagi penggal ke 12 pada 26 Mac ini.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan dalam kenyataan beliau selepas mesyuarat EXCO pada hari Rabu lepas memberitahu bahawa apabila tempoh dewan undangan berakhir tanpa pembubaran parlimen Malaysia, secara automatik ia akan terbubar dan beliau akan memimpin kerajaan sementara sehingga PRU ke 13 dan pembentukan kerajaan baru. Kerajaan Negeri Sembiloan di bawah BN difahamkan akan teus dikuasai oleh parti BN dan melalui gerakerja dan sokongan rakyat hasil kerja berterusan kepimpinan Tok Mat tidak boleh dipertikaikan PR akan menggigit jari di NSDK.
 
Kehadiran PM pada malam ini dalam majlis bersama MCA Negeri Sembilan selepas dua hari Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan bahawa ADUN Lenggeng dari UMNO dibebaskan dan dilepaskan tidak bersalah dalam pertuduhan rasuah. Banyak pihak beranggapan bahawa ini tekanan pihak kerajaan yang menentukan keputusan penghakiman. Tetapi perlu diingat bahawa Hakim yang membuat keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bahkan daripada sumber yang boleh percayai bahawa YA Dato Siti Mariah Hj Ahmad merupakan hakim yang pakar undang-undang dan mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah termasuk kes rasuah. Jangan ada mana-mana pihak termasuk pihak pembangkang yang selama ini mengharapkan orang UMNO perlu dijatuhi hukuman walau ternyata ia tidak bersalah. Kepada pembangkang tiada seorang pun orang kerajaan yang jujur dan bersih. Hanya di kalangan mereka sahaja yang dikategorikan bersih seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Mat Sabu dan ramai lagi.
 
Di Lenggeng ada di kalangan calon-calon yang mengangkat diri mereka sebagai winnable candidate sudah mula meroyan takut nama mereka terkeluar apabila keputusan mahkamah berpihak kepada ADUN Lenggeng.
 
Sejarah Bahagian Seremban memang semua orang tahu. Apabila Dato Ishak memimpin bahagian tersebut bermula tahun 1982 , dia tidak pernah cuba untuk meningkatkan kemajuan bahagian Seremban khususnya borang Melayu. Dia cuba menjadi hero untuk kepentingan peribadinya. Cakap dia semua betul dan orang lain di Bahagian Seremban tidak akan diberi ruang untuk maju sebagai pemimpin masa depan.
 
Zaman kegemilangan Dato Ishak sepatutnya telah berkahir selepas tidak lagi menjadi calon dalam PRU ke 12. Tetapi dengan taktik jahat dan kotor dia bersama dengan kuncu-kuncunya di bahagian Seremban menyebabkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang didakwa di mahkamah.
 
Dalam tempoh pendakwaan YB Lenggeng oleh SPRM yang boleh dikatakan menjadi kuda Dato Ishak Ismail, dimana sahaja dia berucap sudah pasti dia akan menelanjangkan YB Lenggeng dan Mohd Nor Awang. Inilah gambaran sebenar pemimpin UMNO yang dikatakan bersemangat Melayu tetapi sebenar mempunyai hati yang sangat busuk.
 
Di Negeri Sembilan Dato Ishak bukan sahaja memburukkan orang UMNO disekitarnya tetapi sasaran utama ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua tahu Dato Ishak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Cita-cita ini telah lama disimpan. Apabila Tan Sri Isa tidak lagi bertanding sebagai ADUN Linggi dan berpindah ke Parlimen Jempol dalam tahun 2004, Dato Ishak telah mencanangkan dia akan jadi MB. Juak-juak dia di bahagian Seremban telah menempah blazer untuk mengiringi Dato Ishak apabila diisytiharkan jadi MB kelak. Tapi Allah lebih berkuasa dan lebih mengetahui apa dalam isi hati seseorang. Jika dia menjadi MB Negeri Sembilan, lebih separuh NS akan dijualkannya atau diagihkan kepada langau-langau dia.
 
Niat Dato Ishak untuk jadi calon dalam PRU ke 13 masih membara. Dengan mengharapkan sokongan daripada 7 hingga lapan orang Ketua UMNO cawangan di Bahagian Seremban, dia mengimpikan DUN Sikamat untuk comeback.  Tapi sedarlah bahawa orang Sikamat pun bukan mahukan dia lagi. Ramai yang telah berikrar untuk mengundi pembangkang jika inilah calon pilihan PM.
 
PM jika melihat Tranformasi Negara boleh diterima oleh rakyat bawahan, jangan takut meletakkan calon-calon yang diterima rakyat. Sekiranya YB Lenggeng telah didapati tidak bersalah oleh mahkamah kenapa tidak mungkin beliau dicalonkan semula di DUN Lenggeng.
 
Orang Lenggeng berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh JS sendiri sangat menyenangi YB ini. Mencari calon berwibawa di Lenggeng bukan mudah. Jangan sesuka hati meletakkan orang Dato Ishak di Lenggeng. Jika ini ini berlaku maka akan terus bergolak kepimpinan UMNO Negeri Sembilan sekira "Orang Sahak" diletakkan di Lenggeng.
 
Tranformasi bukan sekadar slogan. Ia perlu dipraktikkan.  Maka adalah lebih baik mengekalkan calon yang sedia ada kerana pihak pembangkang telah kehabisan peluru di Lenggeng. Walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz yang turun di Lenggeng, sekira YB Mustafa dikekalkan di Lenggeng, BN pasti menang.

Thursday, March 7, 2013

NS SENARAI 36 CALON ADUN BN TELAH DIMUKTAMADKAN

Sempena lawatan kerja YAB Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden BN ke Negeri Sembilan pada hari ini membawa bersama senarai calon-calon BN yang akan bertanding di semua kerusi BN pada PRU ke 13 nanti. Menurut berita yang diperolehi daripada sumber-sumber yang rapat dengan PM, YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin akan menyerahkan senarai nama tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk persiapan terakhir.

YAB Dato' Seri Muhamad bin Hj Hasan akan memanggil semua calon serta menyerahkan surat tauliah kepada mereka pada 15 haribulan Mac ini di kediaman rasmi Menteri Besar jam 4 petang. Difahamkan juga bahawa pegawai undang-undang negeri dan peguam UMNO Malaysia akan turut serta dalam majlis tersebut serta meneliti keperluan untuk mengisi borang-borang yang perlu diisi supaya semasa penamaan calon nanti segalanya telah siap diurus.
 
Pegawai Khas ke Menteri Besar Saudara Zulkifli Awang telah pun menghubungi beberap orang calon untuk bersiap sedia pada tarikh yang telah ditetapkan. Juga dilaporkan bahawa ada calon-calon yang mengesahkan bahawa mereka diarahkan supaya jangan ke luar negara dalam tempoh terdekat supaya mudah dihubungi dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar.
 
Antara nama  yang disahkan bertanding semula ialah, Yang Berhormat Dato Zaiful Bahri bin Idris akan mempertahankan kerusi Chembong, Yang Berhormat Hj Adnan bin Abu Hasan kekal di DUN Pilah, Yang Berhormat Dato' Hj. Ismail Lasim (Senaling), Yang Berhormat Dato' Dr. Awaludin (DUN Kota), Yang Berhormat Dato Hj. Hasim Rusdi akan mempertahankan kawasan Labu, Yang  Amat Berhormat Dato' Hj. Mohamad bin Hj. Hasan kekal di DUN Rantau, Yang Berhormat Dato' Yunus Rahmat akan mempertahankan kerusi Klawang dan Yang Berhormat Dato' Shamsul Kahar akan kekal di DUN Batu Kikir.
 
Beberapa nama baru akan ditonjolkan seperti mengantikan penyandang sekarang . Antara nama mereka yang ada ditangan TPM dan akan diserahkan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Dato' Salim , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol akan bertanding di Palong menggantikan Dato Aziz Shamsudin. Dato' Jalaludin  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu akan bertanding di Sungai Lui . Di kawasan Pertang Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu iaitu Tuan Hj Zainudin akan mengantikan Dato Razak Mansur.
 
Di Parlimen Seremban pula 3 kerusi UMNO akan mendapat muka baru iaitu di Ampangan Puan Wan Salwati Abdullah yang merupakan EXCO Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban mendapat sokongan kuat daripada MB untuk diletakkan bertanding di sana. Di Kawasan Sikamat bagi menjaga hati Ketua UMNO Bahagian Seremban, Perdana Menteri bersetuju meletakkan Saudara Mohd. Rosli Selaku Setiausaha UMNO Bahagian Seremban untuk bertanding bagi merampas semula kerusi Sikamat daripada PKR. Di Lenggeng yang lebih rumit kepada pihak jawatan kuasa pemilihan calon membuat keputusan. Ini memandangkan calon sedia ada mendapat sokongan akar umbi di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun bagi mengimbangkan sokongan orang muda , pengundi dewasa dan pengaruh politik setempat maka Saudara Samsul Amri bin Ismail telah diputuskan sebagai calon yang paling berwibawa untuk menumpaskan calon PAS di kawasan Lenggeng. Difahamkan calon muda ini mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding calon yang ditonjolkan oleh UMNO Bahagian Seremban serta disenangi oleh YB penyandang sekarang serta penyokong-penyokong beliau di DUN Lenggeng.
 
EXCO Kerajaan Negeri yang akan digugurkan ialah Dato Abdul Samad Ibrahim (Seri Menanti), Dato' Ismail Taib (Linggi), Dato Razi Kail  dan seorang lagi dikalangan bukan EXCO ialah Tan Sri Isa Samad ( Bagan Pinang) akan digantikan oleh Ketua Pemuda Telok Kemang.
 
Bagi Kerusi bukan UMNO, Dato Siow Chin Pin akan kekal di Chennah, Dato VS Mogan akan bertukar kerusi ke DUN Port Dickson sementara di DUN Repah kerusi tersebut akan diserahkan kepada MIC iaitu Dato' A. Ganesan yang merupakan Pengerusi MIC Bahagian Seremban.
 
Kerusi DUN Nilai juga agak panas apabila Saudara Gan See Biow dan Saudara Yee mencari pengaruh untuk diletakkan di kerusi tersebut. Difahamkan PM telah merestui Saudara Gan untuk bertanding di DUN Nilai.
 
Parlimen Rembau akan kekal ditandingi oleh YB Saudara Khairi Jamaudin manakala di Kuala Pilah Dato' Hassan Malek akan digugurkan dan diganti dengan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah yang mendapat restu daripada Kertua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah Dato' Norhayati.
 
Di Gemas dan Gemenchih akan bertukar calon di mana Saudara Malik Shamsudin akan bertanding di DUN Gemenchih sementara Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin akan menganbil tempat Dato' Zainab Nasir.
 
Parlimen Seremban akan ditandingi oleh Dato' Dr. Yow sementara di Rasah bekas calon MCA di Rahang akan bertanding atas tiket BN.
 
Diharapkan Negeri Sembilan akan kekal di bawah kekuasaan  BN bagi meneruskan agenda pembagunan yang telah disusun oleh YAB Dato Seri Hj. Mohamad bin Hj. Hasan selama ini.
 
 

Saturday, March 2, 2013

STRATEGI TERANCANG KEJADIAN DI LAHAD DATU

Al Fatihah... kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan bumi Malaysia daripada pencerobohan orang luar. Kedua-dua mereka terkorban dalam mempastikan bumi Malaysia bebas daripada ancaman pihak asing. Simpati seluruh masyarakat Malaysia terpancar daripada kehadiran YAB Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak yang turut hadir dalam memberikan penghormatan terakhir kepada kedua orang wira negera di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang.
 
Berbeza dengan para pemimpin tertinggi PKR (PR) yang menuduh bahawa kehadiran kumpulan yang menggelar diri mereka daripada Keturunan Raja Sulu adalah dirancang oleh kerajaan BN sangat jahat sekali. Sebagai rakyat biasa, tuduhan jahat seumpama itu cuma bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kepimpinan Negara menjelangnya PRU 13.
 
Adakah kerajaan begitu bodoh membenarkan orang asing datang ke Negara ini semata-mata untuk membunuh rakyat sendiri. Apakah tiada cara lain bagi pihak pembangkang seperti kenyataan Tian Chua yang begitu dangkal pemikirannya menuduh kerajaan BN membenarkan kedaulatan Negara dicerobohi oleh orang luar.
 
Tetapi hakikatnya inilah yang dibuat oleh pihak pembangkang untuk menarik sokongan luar selama ini di Malaysia. Apakah yang tidak dibuat oleh pembangkang yang mengitiraf perjuangan mereka selama ini. Antaranya menjemput orang luar dating dan memburuk-burukkan Negara dengan segala usaha kerajaan selama ini.
 
Tidak cukup dengan itu baru-baru ini Anwar Ibrahim datang ke Negeri Sembilan bercakap soal perjuangan PR bagi menjaga maruah Negara tetapi pada waktu yang sama menggadai maruah bangsa.  Begitu juga dengan pemimpin PAS yang bercakap soal agama tetapi menggadaikan agama kepada kafir khususnya DAP yang ternyata sangat anti kepada agama Islam. Buta sungguh ulama-ulama PAS yang selama ini dipergunakan oleh parti perkauman yang tidak diam sesaat pun demi menghancurkan perpaduan Melayu dan agama Islam di Negara ini.
 
Dibantu pula oleh pesara-pesara kerajaan di peringkat tinggi yang dulu menerima gaji hingga 20K bersama-sama memburukkan kerajaan dan duduk bersama PR. Inilah nilai demokrasi Negara selama ini yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat yang cintakan agama dan Negara ini.
 
Namun admin masih lagi berterima kasih apabila ada golongan muda yang celik sejarah Negara, masih dapat menerima hakikat walaupun mereka lahir selepas kejadian 13 Mei, masih dapat menghayati perjuangan pemimpin terdahu dalam menjaga Negara ini. Tidak seperti pengikut PAS,PKR dan sudah tentu DAP yang bangsat ini tiadk tahu untuk menyatakan kesyukuran terhadap keharmonian Negara selama ini.