Monday, September 17, 2012

SELAMAT DATANG PM KE NEGERI SEMBILAN " Janji Ditepati"

Siri jelajah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak akan diteruskan lagi. Pada tanggal 29 September PM akan berkunjung ke Negeri Sembilan Darul Khusus Negeri  Beradat. Kehadiran PM sehari selepas pembentangan Belanjawan Negara 2013 dijangka  akan menjadi fokus dalam ucapan beliau ketika menemui rakyat Negeri Sembilan. Jentera kerajaan negeri yang terdiri daripada parti politik , badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan telah bersiap sedia mengumpulkan seramai 50 ribu orang untuk menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara.

Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah empat kali berkunjung ke Negeri Sembilan dalam usaha memperkukuhkan keyakinan dan sokongan para pengundi, jentera BN dan rakyat Negeri Sembilan terhadap BN menjelang pilihanraya ke 13 sekali lagi akan menegaskan bahawa PRU ke 13 ini menentukan survival atau lebih tegas lagi sebagai kelangsungan hidup matinya perjuangan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. 

Sebagai pemerhati politik saya berkeyakinan bahawa PM telah menilai terhadap persiapan jentera pilihanraya BN selama ini dan bila beliau akan meniup whistle bagi PRU 13 diadakan. Banyak teka teki daripada pelbagai pihak menyatakan bulan November adalah bulan yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya berdasarkan nombor yang diminati oleh PM. Tetapi harus diingat, nombor kegemaran sesiapa sahaja bukan boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk menentukan menang dan kalah dalam perjuangan. PRU 13 bukan untuk orang yang gila nombor. PRU 13 adalah menentukan bahawa tragedi PRU ke 12 tidak berulang lagi.

Sudahkah semua jentera BN bersiap sedia menghadapi PRU 13. Saya merujuk semula kepada Negeri Sembilan. Sepanjang pemerhatian saya, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan adalah diantara penggerak utama jentera BN di seluruh NSDK. Program-program YAB Dato seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan amat ketat sekali. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan menghadiri 4 ke 5 program di seluruh NS. Tidak perlu disangkal kehadiran beliau disemua majlis anjuran badan politik, NGO dan majlis-majlis lain sentiasa mendapat sambutan dan mendapat sokongan rakyat. Sepanjang siri ucapan beliau sudah tentu ucapan berbentuk usaha kerajaan selama ini membantu rakyat seluruh negara serta visi dan misi PM menjadi bahan ucapan beliau.

Dalam waktu yang sama bagaimana persiapan dan usaha pemimpin lain membantu MBNS bagi mendapatkan sokongan rakyat supaya menyokong kerajaan khususnya BN dalam PRU ke 13. Di sinilah kegagalan yang dapat dilihat tiada kesinambungan daripada pemimpin-pemimpin politik khusus Ketua UMNO Bahagian di NSDK membuat aktiviti sebagai usaha memperkukuhkan jentera parti menjelang PRU ke 13. Terdapat bahagian UMNO di Negeri Sembilan langsung tidak membuat aktiviti bahkan jentera parti untuk PRU ke 13 cuma di atas kertas sahaja. Contoh yang paling jelas di Bahagian Seremban kegagalan Ketua UMNO Bahagian menyatukan semua Ketua-ketua UMNO Cawangan menyebabkan tiada sebuah pun bilik gerakan dibukan untuk persiapan PRU ke 13. Ada di kalangan Ketua UMNO Cawangan di Bahagian Seremban dianaktirikan oleh Ketua UMNO Bahagian semata-mata kerana tidak sehaluan dengan beliau. 



Sikap yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian seperti ini tidak akan membawa kebaikan kepada keseluruhan jentera parti di Bahagian Seremban menjelang PRU ke 13 nanti. Semua orang masih ingat bahawa Ketua UMNO Bahagian Seremban adalah diantara yang telah dijatuhi hukuman amaran keras kerana didapati bersalah kerana mensabotaj parti dan calon dalam PRU ke 12. Dia masih bernasib baik kerana terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban setelah semua lawan beliau dalam pemilihan parti dalam tahun 2008 diperangkap dibawah tuduhan rasuah. Semua orang di Bahagian Seremban tahu kerja itu memang dirancang oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri untuk terus berkuasa di Parlimen Seremban setalah digugurkan sebagai calon dalam PRU ke 12. 

Di Bahagian Jelebu, Rasah, Jempol, Tampin dan Telok Kemang PM harus juga menilai dan memberi perhatian khusus terhadap persiapan jentera BN di bahagian tersebut. Sekarang lebih ramai pemimpin UMNO Bahagian daripada pemeriksa kira-kira hingga ke Pengerusi Tetap menonjolkan diri untuk menjadi calon . Kadangkala hasrat mereka ini tidak boleh dihalang. Memang mereka layak sebab menjadi orang kuat dalam parti. Sekadar menjadi pemimpin parti tapi tidak mampu mentadbir tidak sesuai juga jadi "YB". Dulu bolehlah sebagai peneroka pun layak untuk menjadi YB. Sekarang dalam zaman mencabar ini, yang perlu dicalonkan perlu ada kriteria antaranya yang bijak , beragama, amanah, disenangi rakyat. Adakah mereka yang dihantar oleh Ketua UMNO Bahagian menepati kriteria di atas. Saya fikir memang tiada, sebab Ketua Bahagian sendiri pun tiada lengkap dengan kriteria tersebut. Pernah didengar di Bahagian Seremban , Ketua UMNO Bahagian menyenaraikan seramai 21 orang sebagai calon di salah sebuah DUN. Ramailah yang berangan-angan nak jadi YB termasuklah antaranya 4 orang  kontraktor , seorang juruteknik, seorang Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Bekas Senator ( dah uzur), guru Kemas, Kerani JKR dan lain-lain lagi. Jika mereka ini dipilih akan berlakulah sabotaj sekali dalam PRU ini walaupun TPM mengatakan mereka yang sabotaj parti akan disingkir.

Semoga dengan kehadiran PM ke NSDK pada 29 September ini akan membawa berita baik kepada seluruh rakyat NS dan negara seluruhnya. Gugurkan Ketua-ketua Bahagian yang dah "expired" yang menjadi duri dalam daging kepada parti UMNO di seluruh negara. Orang muda sudah muak dengan telatah mereka. Cadangan saya di NS Ketua UMNO Bahagian yang perlu dikekalkan sebagai calon cuma YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan sahaja. Yang lain-lain perlu digugurkan. Dato Seri Saziman, Dato Hasan Malik, Tan Sri Isa Samad, Dato Rais Yatim, Dato Lillah Yassin, Dato Ishak Ismail, Dato Hasim Rusdi, Dato Aziz Shamsudin, Dato Zainal Abidin Ahmad, Dato Ismail Taib, Dato Razak Mansur dan Dato Zainab Nasir eloklah berundur dan tidak lagi dicalonkan bagi memberi laluan kepada pemimpin muda. Yang pernah menjadi YB dulu jangan mengada-ngada untuk jadi calon lagi. 

Calon-calon bukan di kalangan pemimpin UMNO yang berpotensi di NS juga ramai yang boleh diketengahkan. Ketua-ketua Pemuda bukan semua yang boleh diharap untuk menjadi calon di NS. Ada yang gila dapatkan kontrak elok jangan disenaraikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.