Thursday, September 6, 2012

PERSIDANGAN SEMULA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

 Setelah selesainya persidangan UMNO Bahagian Seremban dalam bulan Ramadan yang lalu maka selesailah satu tanggungjawab kepimpinan UMNO yang merangkumi Pergerakan Puteri UMNO yang diterajui oleh Puan Wan Salwati Abdullah, Pergerakan Pemuda UMNO dibawah kepimpinan Saudara Shahrul Ehsan Osman, Pergerakan Wanita UMNO ditunjangi oleh Dato' Hajah Samsiah Samsudin dan UMNO Bahagian dibawah Dato' Ishak Ismail.

Tetapi beberapa hari yang lepas dilaporkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di arahkan supaya mengadakan persidangan semula disebabkan masalah teknikal. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai ia disebabkan oleh ketidakpuasan hati beberapa orang AJK Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang tidak sehaluan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Campurtangan daripada Ketua UMNO Bahagian Seremban Dato' Hj. Ishak Ismail yang telah lama menyimpan dendam terhadap Saudara Shahrul Ehsan menjadikan kemelut ini dijadikan alasan supaya persidangan semula diadakan.

Saudara Halim Othman sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang selama ini bersekongkol dengan Dato' Hj. Ishak Ismail membuat laporan kepada UMNO Pusat kerana beberapa dokumen mesyuarat yang sepatutnya beliau tangani telah tidak diserahkan kepada beliau terlebih dahulu untuk pengesahan dan ditandatangi.

Dari segi teknikal tidak perlu tandatangan Setiausaha Pemuda Bahagian untuk pengesahan minit dan sebagainya dan cukup penandatangan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri. Tetapi disebabkan semua yang duduk dibarisan kepemimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban adalah buta perlembagaan maka timbullah masalah seumpama ini.

Hanya diharapkan supaya Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang selama ini ternyata lesu dari segi aktiviti supaya memikirkan kelangsungan pembelaan terhadap pemuda UMNO di Bahagian Seremban yang telah lebih daripada dua dekad diabaikan oleh UMNO Bahagian Seremban.

Dato' Hj. Ishak Ismail hanya menjaga Wanita UMNO Bahagian Seremban yang boleh mengikut telunjuk beliau . Hajjah Samsiah Samsudin yang mempunyai masalah kesihatan cuma mengharapkan nyawa yang diberikan oleh Dato' Hj. Ishak Ismail bagi terus memimpin Wanita UMNO Bahagian Seremban. Tiada pemimpin pelapis yang digilap untuk menerajui Wanita UMNO Bahagian Seremban selepas ini bilamana Hjh Samsiah keluar dari barisan kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Seremban. Nama-nama seperti Hj Hismayati sebagai setiausaha dan Sarimah selaku Ketua Penerangan Wanita bercita-cita untuk menggantikan Hjh Samsiah memang tiada langsung dalam kamus pemikiran Wanita-wanita UMNO Bahagian Seremban.

Demikian juga dengan Saudara Shahrul Ehsan yang telah melepasi zaman pemuda akan meninggalkan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban tanpa ada barisan yang boleh diharapkan untuk menerajui Pemuda UMNO Bahagian Seremban masa akan datang. Halim Othman, Mazlan Maarof, Baharom Idris telah melepasin usia pemuda. Saudara Zool Amali dan beberapa orang lain langsung tiada ketokohan untuk mempimpin di Bahagian Seremban. Mereka cuma layak menjadi pengikut yang tiada hala tuju kepimpinan.

Harapan kita semua semoga UMNO Bahagian Seremban, Wanita dan PEMUDA serta PUTERI akan menjadi kelompok yang boleh meperjuangkan nasib bangsa Melayu di Bahagian Seremban. Tiada apa yang telah dilakukan oleh Dato Hj. Ishak Ismail selama beliau menerajui UMNO Bahagian Seremban dan pernah 3 penggal menjadi ADUN Lenggeng. Dia seumpama ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang taik. Menyalak dan menyalahkan pemimpin negeri dan pusat telah menjadi rencah dalam ucapan beliau. Lebih 20 tahun bercakap dia anak janda dan pembela janda. Harap-harap ramai janda di Bahagian Seremban telah mendapat bantuan Dato Hj. Ishak.


Dato Ishak Ismail 
Shahrul Ekhsan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.