Tuesday, September 18, 2012

"80 Peratus Masalah Di Bahagian2 UMNO Telah Selesai " - Dato'Seri Dr. Zahid Hamidi

Menjelang PRU ke 13 soal rumah tangga UMNO harus diselesaikan dahulu oleh pemimpin-pemimpin UMNO samada di peringkat pusat mahupun negeri atau bahagian. Sekiranya segala kepincangan diperingkat dalaman tidak diatasi segera hasrat PM selaku presiden UMNO untuk melakar sejarah bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen akan gagal.

YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO dalam kenyataan beliau baru-baru ini menegaskan bahawa sebilangan besar masalah yang wujud di peringkat bahagian khusus soal kepimpinan dan sokongan akar umbi terhadap UMNO telah selesai. Semua ini adalah melalui pendekatan bertemu dengan pemimpin terlibat serta langkah berterusan pemimpin nombor satu dan nombor dua UMNO menjelajah keseluruh negara bertemu dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan perhubungan.

Namun demikian yang lagi 20 peratus belum diselesaikan itu perlu dibuat tindakan segera supaya tidak menjadi masalah kepada jentera BN yang akan bekerja dalam PRU ke 13 nanti. Merujuk kepada beberapa buah bahagian di Trengganu, pergeseran antara beberapa orang Ketua UMNO Bahagian dengan Menteri Besar masih lagi berterusan walaupun telah dinasihatkan oleh kedua-dua pemimpin utama negara supaya berganding bahu mempastikan kemenangan calon BN dalam PRUY yang akan datang. Orang-orang Dato' Idris Jusuh masih kukuh dibelakang beliau membelasah MB di lobi-lobi hotel.

Demikian juga di Selangor terdapatnya 3 orang Ketua UMNO Bahagian yang tidak sehaluan dengan Dato' Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi  UMNO Perhubungan Selangor. Cara kerja beliau yang terlalu lembab tidak desenangi oleh ketiga-tiga Ketua UMNO Bahagian ini. Desas desus mengatakan di kalangan mereka digugurkan sebagai calon menambah masalah lagi di Negeri Selangor. Ketua-ketua UMNO Bahagian juga ada yang tidak mendapat kerjasama daripada entiti UMNO di Bahagian. Sebagai contoh Dato' Johan Abdul Aziz Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat tidak mendapat sokongan daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Puteri Bahagian. Sekiranya ini berlaku Dato' Noh Omar yang kerap turun ke Beranang atas faktor isteri beliau berasal dari daerah sana perlu membantu menyelesaikan ini.

Bagaimana pula di Sabah? Isu  pemimpin UMNO dan BN melompat ke parti PKR bukan cerita baru. Memang cara pemimpin Sabah belajar dari katak. Semenjak di bawah USNO, PBS dan sekarang UMNO sikap mereka tidak pernah berubah. Duit dan jawatan menjadi pendorong kepada faktor lompat melompat ini. Kerajaan pusat perlu menyediakan tida kontena wang bagi memikat hati mereka dan jawatan penting dalam kabinet. Biasalah kemenangan pemimpin tertentu semasa pemilihan UMNO dulu atas faktor yang sama. Jika tiada wang besar mana mungkin undi dari negeri di bawah bayu bisa diperolehi.

Beralih ke Negeri Sembilan, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian memang telah diketahui tidak sehaluan dengan YAB Menteri Besar NS. Tok Mat orang kuat bekerja tidak macam di zaman Tan Sri Isa yang boleh dapat kompartmen balak dengan mudah. Tok Mat gila bekerja. Nak mohon projek boleh tapi dapat belum tau. Kerana itulah Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda Negeri Saudara Helmi Din, dan ramai lagi termasuk Dato Ishak Ismail tidak senang dengan Tok Mat. Zaman Tan Sri Isa kalau Dato Ishak bantai TanSri Isa sebelah pagi, beliau akan dipanggil disebelah malam untuk dapat kompartmen balak. Sebab itu sekarang kawasan balak dah hampir habis. Tapi Dato' Ishak pandai sebab dia selalu jual nama Dato Seri Najib dalam ucapan beliau dimana-mana beliau berucap. Ramai yang ternganga bila dia bagi tau DS Najib suruh jaga NS sebab dia yang dipercayai oleh YAB Dato Seri Presiden UMNO ini. Kalau DS Najib sayang Dato Ishak ni dah lama hutang dia dengan Dato Misran selesai.

Beralih ke Johor Darul Takzim, peranan TPM amat kerkesan sekali. Namun Dato Hisham banyak diperkatakan oleh rakyat kerana gagal memainkan peranan di jawatan pusat yang beliau pegang. Kalau nak jadi PM satu masa nanti payah sikit berbanding dengan rakan-rakan ahli parlimen dari Johor. Mungkin nasib beliau baik sebab PM ada hubungan keluarga dengan beliau .

Wilayah Persekutuan peranan Dato Tengku Adnan harus lebih praktikal lagi. Jangan tengok masalah luar diwaktu yang sama Putrajaya pun banyak masalah. Jangan nanti PKR tak dapat ke Putrajaya tapi Parlimen Putrajaya diambil oleh mereka. Begitu juga Wangsa Maju dan Lembah Pantai. Namun jika Dato Seri Sharizat diletakkan semula bertanding di kawasan lama beliau, besar kemungkinan dia dapat merampas kerusi tersebut daripada YB Nurul Izzah. Dulu dia kalah pun kerana ramai student yang didaftar sebagai pengundi oleh PKR di kawasan tersebut meneybelahi pembangkang. Bukan Dato Serti Sharizat tak menjalankan tugas, tapi faktor orang muda yang mahu menukar selera.

Harapan semua supaya pemimpin UMNO terus memantau 20 peratus bahagian yang bermasalah ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.