Thursday, September 6, 2012

NOVEMBER PRU KE 13?????????

Apabila PM dalam ucapan beliau dalam siri lawatan beliau kebeberapa buah negeri menyelitkan gambaran akan berlakunya PRU ke 13 kemungkinan pada bulan November banyak pihak memperakui bahawa November merupakan masa yang paling sesuai. Ini didorong oleh jangkaan bahawa jemaah haji telah pulang ke tanah air keseluruhannya pada pertengahan November. Di samping itu pula sekolah-sekolah pula telah tidak digunakan lagi untuk aktiviti P&P dan peperiksaan SPM serta STPM telah berakhir.

Suasana atau mood masyarakat juga dikatakan telah berada pada tahap yang tertinggi untuk menghadapi PRU. Kerajaan juga berkemungkinan akan mengumumkan beberapa insentif lagi untuk rakyat selepas Belanjawan tahun 2013.

Namun sayugia diingatkan belum pasti BN akan menang dalam PRU 13 dengan hanya bersandarkan kepada jumlah kehadiran "penonton" semasa lawatan kerja PM dan TPM. Sebilasngan besar daripada kehadiran mereka dibayar untuk hadir dan disediakan pelbagai kemudakan penganggkutan dan makan minum. Ini bukan gambaran sebenar sokongan rakyat kepada BN. Pemimpin-pemimpin negeri dan pusat terpaksa mengeluarkan seramai mungkin orang datang supaya gambaran yang boleh ditunjukkan kepada PM bahawa mereka bekerja mendapatkan sokongan rakyat.

Sebilangan besar ADUN, Ketua UMNO Bahagian, Ahli Parlimen terpaksa memberi gambaran yang palsu kepada PM melalui usaha mereka membawa seramai mungkin rakyat dalam majlis bersama PM dan TPM . Hakikatnya rakyat tidak semua yang hadir itu memberi sokongan padu kepada kerajaan.

Begitu juga dengan pelbagai insentif kerajaan termasuk BR1M, Kedai Rakyat dan banyak lagi yang dicurahkan oleh kerajaan untuk menarik sokongan rakyat bagi mengundi BN. Wang akan diambil tapi sokongan belum tau lagi.

Walaupun PM menggunakan pelbagai saluran untuk mendapatkan maklumat bagi menilai sokongan rakyat termasuklah menggunakan consultant dan sebagainya, ini belum tepat lagi bagi menentukan sokongan pengundi. Di bandar-bandar sokongan kaum Cina masih belum mantap, kaum India masih kuat bersekutu dengan Hindraf.

MCA, MIC dan Gerakan masih syok sendiri untuk mengintai-intai kerusi selamat untuk mereka. Kawasan yang jadi idaman adealah yang majoritinya orang Melayu dan diserahkan kepada parti komponen atas dasar permaufakatan BN. Contohnya Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya PKR yang menang dan BN kalah kerana orang UMNO sendiri muak dengan percaturan pembahagian kerusi seumpama ini.

Di kawasan tertentu, Ketua-ketua UMNO Bahagian sedang melobi untuk menjadi calon semua walaupun mereka dikategorikan telah expired cuma hidup dengan nyawa UMNO. Pelbagai usaha dibuat dengan mencatas pemimpin yang layak dan disukai rakyat. Apakah pemimpin-pemimpin UMNO ini ingat pengundi di mana-mana kawasan sekali pun terdiri daripada ahli UMNO. Mereka lupa ramai di kalangan pengundi bukan ahli mana-mana parti dan mereka merupakan penentu kemenangan calon.

Harus disedari jangan ada pemimpin-pemimpin UMNO terlalu ghairah untuk menjadi calon dan akhirnya kalah. PM perlu sedar bahawa ramai yang boleh menjadi calon "menang" sekiranya mengambil  masa sedikit untuk mencari dan membuat analisa. Pemimpin UMNO termasuk beberapa ketua Bahagian yang ada sekarang bukan diterima oleh rakyat. Dia hanya diterima oleh kuncu-kuncu mereka sahaja bahkan ahli UMNO di Bahagian mereka pun meluat dengan kepimpinan mereka.  Banyak di kalangan Ketua UMNO Bahagian dan AJK UMNO tidak melaksanakan aktiviti cuma membuat program syok sendiri yang setiap kali program dihadiri oleh orang yang sama. Adakah PM dan TPM sedar perkara ini. Sabotaj, cantas, bunuh karier orang politik menjadi resam beberapa Ketua UMNO Bahagian. Tidak sehaluan dengan kepimpinan negeri juga berlaku. Puncanya disebabkan tidak dapat apa yang diingini atau pemimpin negeri terutamanya Menteri Besar tidak melayan kehendak mereka termasuk permohonan tanah, kontrak dan sebagainya.

PRU ke 13 akan mencatat sekali lagi kekalahan BN sekiranya banyak faktor diperingkat akar umbi tidak diam,bil perhatian. PM dan TPM jangan terlalu mendengar cakap-cakap dan laporan Ketrua-ketua UMNO bahagian yang menyampaikan cerita yang molek-molek tetapi ia adalah sebaliknya.

Ada laporan menyatakan di Negeri Sembilan beberapa Ketua UMNO Bahagian bercita-cita untuk menjadi calon semua dalam PRU ke 13. Pada pandangan rakyat cuma MB seorang sahaja yang perform dalam melaksana dan memantapkan UMNO dan BN di NS. Yang lain-lain langsung tidak berfungsi.

Jika BN ingin menang kaji semula kedudukan semua calon-calon yang dihantar. Ada juga nama calon yang boleh menang tetapi dibuang oleh Ketua UMNO Bahagian kerana tidak sehaluan dengan mereka. Demikian juga ada di kalangan YB-YB yang telah lama perlu digugurkan bagi membri nafas baru kepada kepimpinan dan pentadbiran baru.

Wakil-wakil Rakyat yang telah memberikan khidmat terbaik , baru mula berkhidmat patut dinilai kepimpinan mereka dan ada di kalangan mereka disayangi oleh pengundi dan rakyat kawasan mereka juga perlu dinilai.
Janganlah kerana taklimat kosong daripada Ketua-ketua UMNO Bahagian maka PM dan TPM terpengaruh. Laporan yang dibuat dan diperolehi juga tidak semuanya tepat dan boleh diguna pakai. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.