Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan |
Memetik kata-kata Tengku Adnan Tengku Mansur " kalau parti nak, tapi rakyat tak nak, tak boleh". Jika prestasi calon juga diambil kira maka pemimpin pusat khususnya PM , TPM dan MB perlu melihat dari pelbagai sudut. Jangan terlalu bergantung kepada laporan agensi kerajaan khususnya seperti KEMAS, JASA, MKN dan pelbagai pihak yang kadangkala dipengaruhi oleh golongan tertentu. Ada juga di kalangan kakitangan agensi ini "dibeli" oleh orang yang berkepentingan diperingkat bahagian.
Di kalangan wakil rakyat yang ada sekarang ini di NSDK bukan semua diterima oleh pemimpin bahagian kecuali di Bahagian Rembau dimana MB sebagai Ketua Bahagiannya. Dibahagian Rasah, Datuk Hashim Rusdi mempunyai masalah dengan Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Di Bahagian Jelebu , Dato' Jalaludin sedang mengintai tempat Dato' Rais Yatim sebagai calon Parlimen Jelebu. Exco Kerajaan Negeri iaitu Dato' Yunus Rahmat berhasrat untuk kekal di Kuala Klawang dan sekarang sedang berbaik-baik dengan Dato' Rais Yatim bagi melobi pengekalan kerusi di sana.Dato' Razak Mansur patut mengundurkan diri kerana faktor lama menjadi calon dan kalau mengikut sejarah pemimpin bila sudah duduk dikerusi speaker, maka akan cicirlah lepas ini.
Mustapa Nagoor, Haji Salim sedang menunggu nama mereka diisytiharkan sebagai calon di DUN-DUN Jempol. Dato Hj Lillah Yasin elok juga berundur sebab elok bagi orang lain memimpin di Parlimen Jempol. Begitu juga Dato' Aziz Shamsudin yang merupakan wakil rakyat felda yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Exco Kerajaan Negeri , Dato' Shamsul Kahar juga perlu lebih kuat bekerja untuk kekal dan dalam pemilihan UMNO tahun akan datang eloklah bertanding semula di peringkat bahagian . Jika diikutkan nama seperti Hj Salim dan Mustapa Nagoor memang hebat di Jempol tapi mereka pun kaki balun juga sebab jika tidak menggunakan wang banyak semasa pemilihan UMNO tahun 2008 , tidak mungkin mereka menang kerusi bahagian yang mereka duduki sekarang.
Di Parlimen Seremban , ini paling hebat diperkatakan dan memang terkenal semua pemimpin UMNO Bahagian berlaga anginm dengan Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan. Siapa yang akan dinamakan sebagai calon di tiga DUN mewakili UMNO iaitu Sikamat, Ampangan dan Lenggeng. Cuma Lenggeng sahaja yang menang dalam PRU ke 12 dulu itu pun wakil rakyat di kawasan itu disabotaj oleh pemimpin bahagian kerana perasaan marah mereka terutama Dato' Ishak kepada MB atas lasan nama dia digugurkan sebagai calon PRU ke 12. Di DUN Ampangan nama-nama seperti Wan Salwati Abdullah ( EXco Puteri UMNO Malaysia) Ishak Malik Malik (Ketua Penerangan UMNO Bahagian) Sarimah ( Ketua Penerangan Wanita), Halim Lokman (Bekas SU Pemuda UMNO Bahagian) Dato' Zakaria Nordin (Timb. Ketua UMNO Bahagian dan Bekas ADUN Ampangan) di sebut-sebut sebagai calon. Menilai senarai yang dinyatakan di atas, cuma Wan Salwati yang kuat bekerja untuk parti belia di Parlimen Seremban. Yang lain-lain seperti Ishak Malik, adalah diantara nama yang tidak langsung mendapat tempat dihati Rakyat Ampangan. Sikap sombong dan ego dia sekarang juga menghancurkan UMNO masa akan datang. Diluar kotak UMNO nama Hj. Abu Ubadibah bin Hj Redza juga antara mereka yang boleh memberi kemenangan kepada UMNO di DUN Ampangan.
Di Sikamat, Dato' Ishak sedang melobi untuk menjadi calon. Pengundi Cina sedang menanti untuk melingkupkan dia jika bertanding di Sikamat. Orang Melayu pun sudah meluat dengan ucapan Dato Ishak. Bila diajukan soalan kepada beberapa orang pemimpin NGO termasuk daripada KRT, Masjid dan PIBG di DUN Sikamat, rata-rata mereka menolak Dato Ishak sebagai calon termasuk orang-orang UMNO yang berlindung diketiak Dato Ishak termasuk Rosli Alias (SU UMNO Bahagian) Shamsul Bahari Bahar (Bendahari) . Jika Dato Yusop Hermain Shah pula banyak komen yang mengatakan beliau terlalu sombong dan cuma tau mengumpul kekayaan peribadi. Shahrul Ehsan (Ketua Pemuda) , lebih baik terus menjadi kontraktor daripada jadi YB. Banyak masalah diperingkat Pemuda UMNO Bahagian Seremban pun dia tidak mampu selesaikan. Jadi siapakah calon yang diterima rakyat di sana? Ada yang menyebut nama-nama Taslim yang bertugas di Pusat Khidmat DUN Sikamat. Namun banyak lagi yang boleh diterima rakyat bukan sahaja dikalangan pemimpin UMNO di sana.
Bagaimana di DUN Lenggeng. Satu-satunya ADUN yang menang yang mewakili UMNO di Parlimen Seremban. Ramai yang sedang bercita-cita menggantikan Mustafa Salim atas faktor kes rasuah dia. Di kalangan pemimpin UMNO terutama di DUN Lenggeng berharap nama mereka dicalonkan menggantikan YB ini. Antara yang melobi ke hulu kehilir ialah Shukur Othman , orang kuat Dato' Ishak Ismail. Daripada laporan orang Lenggeng sendiri Sukur Othman sendiri tidak menjaga cawangan yang dia wakili dan bagaimana nak jaga DUN Lenggeng. Tiada program yang beliau atur untuk ukuhkan sokongan rakyat di Lenggeng. Jika tiada program yang dibuat oleh JKKK pasti tiada program yang dibuat di DUN Lenggeng sendiri. Sukur juga kaki jackpot dan kaki misen kuda. Bila diselidek daripada orang kampung dia,memang sudah lama dia menceburi diri dibidang kuda menguda ini. Seorang lagi yang ingin sangat nak jadi YB ialah Sidek Othman , AJK UMNO Bahagian Seremban. Dia seorang kontraktor tapi kelulusan darjah enam saja. Hismayati Hashim , SU Wanita Bahagian juga orang Dato Ishak , tak relevan sangat jadi ADUN. Muka pun tak berseri langsung sebagai pemimpin dan ADUN. Ghani Daud , Naib Ketua UMNO Bahagian juga berhasrat nak jadi calon di Lenggeng. Kalau orang luar dari Lenggeng, tunggulah masa mereka akan buat keputusan songsang. Nama-nama lain seperti Zulaski, Hj Zulkifly Abdullah dan Mazlan Maarof yang langsung bukan calon boleh menang layak untuk bertanding kalah di Lenggeng. Sekarang pun PAS mengatur strategi untuk merampas DUN Lenggeng. Tapi harus diingat kepada Zulkifly Omar yang pernah 4 kali kalah dalah pilihanraya umum dan kecil jangan berangan-angan untuk menang di Lenggeng. Namun sekiranya UMNO salah pilih calon peluang terbuka kepada PAS untuk menang atas faktor meluat kepada Dato Ishak Ismail. Ramai yang berpendapat kekalkan saja ADUN sekarang (jika kes selesai) atau cari calon bukan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Seremban. 45 peratus daripada pengundi di Lenggeng adalah di kalangan golongan muda. Mereka dikatakan tidak suka dengan orang UMNO tapi selesa dengan MBNS kerana faktor kepimpinan beliau.
Dato Seri Shaziman |
Di Parlimen Tampin, Dato' Kamil Abdul Aziz (Gemenchih) dan Dato' Zainab Nasir antara calon DUN yang mengekal kerusi UMNO dalam PRU ke 12. Tapi kedudukan mereka dalam PRU ke 13 masih menjadi tanda tanya. Ketua Bahagian , Dato' Shaziman Mansur tidak senang dengan Dato Kamil. Dato Zainab pula pun tidak disenangi pula oleh Dato Norhayati Omar , Ketua Wanita UMNO NSDK. Dato Shaziman Mansur juga tidak sehaluan dengan YAB Dato Seri Utama Hj.Mohamad bin Hj. Hasan.
Cowboy FELDA |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.