Tuesday, January 1, 2013

MENCARI KEPUASAN MELALUI SABOTAJ

Selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pembaca ruangan tulisan JS . Tahun 2012 telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis kepada kita semua rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian di Negara tercinta ini.  PM telah menggariskan pelbagai dasar bagi menentukan rakyat akan terus menikmati kehidupan yang lebih sempurna menjelang Wawasan 2020 yang cuma tinggal 7 tahun lagi. Namun dalam kegigihan pemimpin ulung ini menggerakkan jentera disemua peringkat bergerak ke arah satu tujuan 1Malaysia, tidak kurang onak dan duri menjadi halangan bagi mencapai cita-cita murni ini.
 
Tiga hari mengambil cuti di kampong halaman di Negeri Sembilan, banyak cerita yang JS perolehi daripada rakan-rakan khusunya orang politik. Menariknya cerita tersebut lebih kepada keghairahan golongan tertentu melobi untuk menjadi calon dalam PRU ke 13 yang berkemungkinan akan berlaku sebulan dua lagi.
 
Negeri Sembilan yang dikenali sebagai negeri beradat tetapi dalam soal menonjolkan diri untuk menjadi calon PRU ke 13 , adat dan budi bahasa tiada lagi dalam kamus golongan yang bercita-cita rakus ini. Mereka tidak kesah adakah mereka cukup layak atau diterima oleh pengundi sekiranya dipilih menjadi calon PRU nanti. Soal utama dapat mempengaruhi pemimpin atasan untuk menjadi calon sudah cukup bahagia.
 
Tertarik dengan cerita daripada kawan-kawan ahli politik ini, JS berkesempatan bertanya persiapan di peringkat bahagian untuk menghadapi PRU nanti. Jawapannya agak mengecewakan kerana bukan semua jentera pilihanraya di NS yang benar-benar telah siap siaga seandainya parlimen dibubarkan minggu hadapan. Walaupun PM dan TPM telah berkunjung beberapa kali ke NS, namun masih ada lagi bahagian-bahagian yang tidor lena. Pada 8 Januari ini sekali lagi TPM akan berkunjung  ke NS. Di sini nanti akan dilihat ramai "langau-langau" yang akan mengurungi TPM untuk menunjukkan merekalah yang selayaknya menjadi calon dalam PRU ke 13 nanti.
 
Menjelang  detik 12 malam menjelang tahun baru semalam, JS juga berkesempatan menonton rancangan Hello Malaysia melalui TV Bernama. Rancangan yang hoskan oleh Sarkawi Jirim telah menjemput Encik Lokman Adam (Pemikir JASA) dan Prof Dr. Azmi ( UTM ) membincangkan perihal sabotaj semasa pilihanraya dan perkara berkaitan.
 
Tertarik dengan perbincangan tersebut, tidak menghairankan sobotaj akan terus wujud seandainya masalah pemimpin yang ingin menjadi calon atau lebih khusus menjadi YB lebih menjurus untuk mendapat kuasa dan mencari kekayaan.
 
Mengapa dalam PRU ke 12  tahun 2008 Negeri Sembilan yang mempunyai sejumlah 36 kerusi cuma dapat mempertahankan 21 buah kerusi Dewan Undangan Negeri dan di peringkat parlimen kerusi Seremban, Rasah dan Telok Kemang kalah. Tidak dinafikan isu nasional dan startegi pembangkang membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tetapi tidak kurang juga berlakunya sabotaj dalam parti hingga menyebabkan kerusi UMNO di Sikamat, Paroi dan Ampangan kalah.
 
Kerusi MCA di Nilai, Temiang, Lobak, Rahang, Senawang, Repah, Lukut, Chuah, Mambau turut menyembah bumi. Perkara ini berpunca daripada sabotaj semasa pilihanraya tersebut.
 
Sekarang mereka yang mensabotaj parti dulu sedang berkokok menyatakan bahawa merekalah calon boleh menang yang dikatakan oleh PM. Sebagai contoh yang sering JS perkatakan sebelum ini, kekalahan DUN Sikamat dan Ampangan dalam Parlimen Seremban adalah angkara Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri. Beliau tidak berpuas hati terhadap tindakan MB menggugurkan nama beliau sebagai calon ketika itu. Melalui jentera grembolan busuk beliau telah mengatur supaya semua calon BN di Parlimen Seremban kalah. Namun usaha beliau tidak kesampaian apabila kerusi Lenggeng terselamat. Tujuan manusia ini mudah, seboleh mungkin dapat memalukan MB atas kegagalan menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri, NSDK.
 
Untuk PRU ke 13, Ketua UMNO Bahagian Seremban bersama Timbalan beliau sedang berbicara di seluruh Negeri Sembilan untuk bertanding di DUN Sikamat dan Ampangan. Ketua UMNO Bahagian Seremban yang dulu mewakili DUN Lenggeng berharap akan di calonkan di Sikamat dan bekas EXCO NS yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban sedang menabur janji kepada pengundi Ampangan untuk diletakkan di kawasan lama beliau dulu.
 
Kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin , Timbalan PM dan Timbalan Presiden UMNO seandainya ingin melihat kedua-dua kerusi ini selamat maka perlu ditolak kedua-dua pemimpin ular ini supaya jangan menyesal dikemudian hari. Sekiranya mereka dicalonkan semula akan berlaku sabotaj dalam PRU ke 13 nanti. Ini bukan mustahil.  Di Bahagian Seremban ramai lebih layak untuk diketengahkan dan bukan sahaja dikalangan ahli professional malahan di kalangan pemimpin NGO sendiri. Untuk mengharapkan pemimpin UMNO Bahagian Seremban sebagai calon, JS tidak Nampak kewibawaan mereka untuk menjadi pemimpin di kawasan yang dinyatakan itu.
 
Oleh itu kehadiran TPM ke NS nanti, cuba selidik adakan PDM di Bahagian-bahagian telah diwujudkan secara aktif. Rata-rata akan dijawab oleh Ketua UMNO Bahagian, kami telah bersedia. Di Bahagian Seremban, tiada langsung usaha UMNO bergerak untuk mempastikan jentera pilihanraya bersiap sedia. Ketua UMNO, Timbalan Ketua UMNO, Naib Ketua, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita masih tidur lena . Sebaiknya nanti PM, TPM dan MB jangan ambil pemimpin UMNO sebagai calon di Sikamat dan Ampangan dalam PRU ke 13 nanti jika mahukan BN menang bergaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.