Saturday, January 19, 2013

FEBRUARI 22 PARLIMEN DIBUBAR

Teka teki bila pilihanraya umum ke 13 akan terjawab apabila PM menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi memberi perkenan untuk pembubaran parlimen pada 22 haribulan Februari 2013 ini. Daripada maklumat yang diperolehi dan adanya kebenaran maklumat tersebut , penamaan calon akan berlaku pada 16 Mac dan hari pengundian akan berlangsung pada 30 Mac bersamaan hari Sabtu.

Segala persiapan untuk PRU telah diperkemaskan oleh pihak SPR. Ini bermakna lebih daripada 13 juta rakyat Malaysia yang telah mendapftar sebagai pemilih layak untuk membuang undi pada tarikh tersebut. SPR amat yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya yang bersiap sedia apabila pembubaran parlimen diumumkan oleh PM.

Begitu juga daripada persiapan parti-parti politik yang akan turun bertanding, secara umum kita melihat mereka sudah cukup bersedia dengan segala sumber bahan kempen yang sebahagian besarnya telah pun mula berkempen selepas sahaja PRU ke 12 dulu.
 
Di pihak kerajaan BN nama-nama calon telah berada di hadapan meja PM untuk diperakui. Tiada apa yang harus dipertikaikan lagi apabila nama-nama calon yang diteliti daripada pelbagai sumber dan aspek diterima oleh PM sebagai orang terakhir yang akan menandatangani surat perakuan tersebut dan akan dihantar terus kepada Pengerusi-pengerusi BN peringkat negeri .
 
Senarai calon yang telah dihantar oleh Ketua UMNO Bahagian samada melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO atau BN negeri belum tentu boleh diterima oleh akar umbi. Tetapi telah ditegaskan oleh PM dan pemimpin lain , akar umbi tiada pilihan terhadap penerimaan calon ini. Undi parti dan jangan undi individu. Kalau nak lihan BN terus memerintah lupakan soal calon tapi akur dengan kehendak pemimpin bahagian, negeri dan pusat walau anda tidak suka.
 
Dalam situasi sekarang, pengundi jangan terlalu memilih. Yang penting survival politik Negara. Kita perlu lihat kestabilan mengatasi segala-galanya. Jangan soal siapa wakil anda tapi lihat yang di atas. ADUN anda perlu menang walaupun mereka ini calon haprak yang dihantar oleh Ketua UMNO Bahagian yang menentukan kemenangan BN. Walaupun Ketua Bahagian tersebut terdiri daripada orang terlibat dengan menjadikan UMNO tidak diminati oleh golongan muda atau generasi baru, tapi PM kena akur juga sebab mereka adalah Ketua Bahagian UMNO walaupun kadangkala Ketua Bahagian korup pun boleh duduk dikerusi tersebut bertahun-tahun semata-mata dia disokong oleh pihak atasan termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi. Inilah dia Tranformasi Politik yang perlu dilayan oleh akar umbi.
 
Yang diharapkan oleh pengundi ialah dalam keghairahan untuk BN menang tolong sediakan calon yang mempunyai pendidikan terbaik dan lebih baik daripada calon Pakatan Rakyat. Jika sekadar calon SPM, kita bukan nak pihak Pengerusi JKKK atau KRT. Ini bukan level tukang kebun sekolah. Jangan bangga kerana nak menang PRU , akhirnya nanti BN diperlekehkan. Seolah-oleh tiada yang berwibawa untuk diketengahkan.
 
Bagaimana calon ricycle?, tak payahlah. PM kalau nak dengar suara orang muda carilah di kalangan muka baru dan termasuk orang muda juga. Kalau dah berumur 60 tahun, eloklah berundur. Ini bukan zaman purba dimana usia emas masih duduk dibalai rong seri lagi. Zaman kerajaan Melayu Melaka bolehlah sebab mereka hanya boleh berpantun dan memberikan keriangan pada sultan agar tidak dimurkai. Tapi mahluk macam ini yang tak boleh lagi. Macam mereka yang menduduki kerusi MOM. Sampai nyanyuk pun nak duduk di kerusi itu lagi. Apa nak jadi dengan Malaysia nanti menjelang tahun 2020 jika beberapa orang Menteri yang telah menjadi ahli Parlimen sejak Almarhum Tun Abdul Razak masih lagi nak bertanding. Cukuplah. Elok PM bagi mereka ini jawatan macam TanSri Syed Hamid Albar, sebagai pengerusi Syarikat sebab di kalangan mereka ini bolehlah hadir mesyuarat setahun sekali. Jika tidak nanti takut Menteri-menteri ini termasuk Nazri Aziz meroyan pulak.
 
Akhirnya PM perlu sedar dan diingatkan sekali lagi supaya mana-mana calon yang digugurkan terutamanya bekas MP dan ADUN elok dipanggil dan diberi nasihat serta ganjaran supaya tidak berlaku sabotaj seperti mana dalam PRU ke 12 dulu. Jangan mereka ini diketepikan dan cuma dipanggil selepas nasi telah menjadi bubur. MB dan Pengerusi Perhubungan BN/UMNO negeri juga perlu memberikan jawatan Pengarah Pilihanraya di kawasan mereka supaya di kalangan mereka yang digugurkan ini memainkan peranan secara total. Mereka ini masih ada pengaruh. Bagi calon baru hormati orang-orang lama ini. Dan perlu diingat selepas PRU akan ada pemilihan UMNO pula. Dan sama-sama disaksikan sekali lagi peperangan politik cantas mencantas akan berlaku. Selamat mengundi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.