Melihat kepada gerakerja jentera BN di Negeri Sembilan menjelang PRU ke 13 ini jelas menampakkan BN akan tersungkur di Negeri Sembilan. Jentera pilihanraya yang dilihat sangat lembab dan ada sesetengah kawasan tiada langsung pergerakan jentera pilihanraya bagi mempastikan kemenangan BN pada pilihanraya akan dating.
Daripada kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas bermula September 2012 hingga Desember yang lalu peratusan golongan muda yang merupakan 45 peratus daripada pengundi berusia 21 hingga 45 tahun langsung tidak menampakkan minat untuk memilih BN sebagai parti yang akan diundi dalam PRU akan datang. Ini berdasarkan kepada pengaruh yang kuat dari pihak Pakatan Rakyat melalui media massa dan juga media elektronik. Jika senario ini berterusan hingga hari mengundi maka kerusi-kerusi yang dulu dimenangi oleh BN khususnya kerusi UMNO akan turut kalah.
Di kawasan Dewan Undangan Negeri yang kalah ditangan PR iaitu dulu dimiliki oleh BN seperti DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat, menurut rumusan daripada dapatan kajian badan bebas tersebut PR masih mempunyai pengaruh yang amat kuat di kawasan tersebut. Kekuatan pengaruh PR bukan disebabkan kehebatan ADUN PR di kawasan tersebut tetapi gagalnya pemimpin setempat merancang program bagi memenangi hati golongan muda ini.
Umum mengetahui, pihak UMNO sendiri samada Pergerakan Pemuda , Puteri, Wanita dan UMNO Bahagian sendiri tidak merancang aktiviti bagi menarik golongan pengundi muda di kawasan yang dinyatakan untuk mengundi BN. Lebih malang lagi di DUN Ampangan dan Sikamat , UMNO Bahagian yang diterajui oleh Dato Ishak Ismail cuma berkira-kira meletakkan calon yang boleh membantu beliau untuk bertanding dalam pemilihan UMNO akan datang.
Ada sumber menyatakan bahawa Dato Ishak sendiri bercita-cita besar untuk bertanding di kawasan Sikamat bagi mempastikan dia boleh mengekalkan kerusi Ketua UMNO Bahagian Seremban pada pemilihan akan datang. Dia juga sedang menjaja nama YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberi restu untuk beliau memilih di mana saja DUN yang dia sukai untuk bertanding. Memang hebat Dato Ishak yang dalam PRU ke 12 dulu merupakan orang yang mensabotaj parti hinggakan BN kalah di Sikamat dan Ampangan.
Untuk memenangi kerusi Ampangan dan Sikamat, UMNO perlu betul dari segi percaturan politik. Kedua-dua DUN tersebut terletak di Bandar Seremban. Jangan fikir mudah untuk membohongi pengundi baru ini cuma dengan kelentong Dato Ishak. Di kalangan jentera UMNO sendiri yang kucar kacir tanpa sokongan daripada Ngo di kedua-dua kawasan ini, peluang untuk BN kalah memang besar.
Pakatan Pembangkang kerap mengadakan ceramah mereka di kawasan ini tetapi berdasarkan maklumat kajian , UMNO cuma mengadakan dua majlis yang dihadiri oleh sebilangan besar orang Dato Ishak termasuk di DUN Nilai, Lenggeng yang tidak menjadi pengundi di kawasan Sikamat dan Ampangan.
DUN Paroi yang terletak di Parlimen Rembau agak goyak sekiranya MB kurang turun ke kawasan ini. Jangan terlalu bergantung kepada kakitangan pusat khidmat semata-mata dan beberapa AJK UMNO Bahagian yang dipertanggungjawabkan di sana. Di kalangan mereka cuma berhasrat menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon DUN Paroi tetapi tidak mempunyai kemampuan melaksanakan tugas apabila dipilih kelak kerana tiada kelayakan dan kemampuan memimpin. Jika sekadar menjadi pencacai semua orang boleh. Budak lulusan sekolah rendah piun boleh dipilih sebagai calon.
Di DUN yang dimenangi oleh BN seperti Gems, Gemencheh, Pilah, Klawang, Lenggeng, Jeram Padang dan lain-lain adakah sudah selamat. Klawang seperti diketahui ramai menjadi idaman Dato Jalal yang dulu pernah menjadi ADUN kawasan tersebut. Demikian juga di DUN Lenggeng, Menjadi impian beberapa pihak yang didokong oleh Dato Ishak untuk meletakkan calonnya di kawasan tersebut.
Harus diingat, kemenangan BN bukan boleh anggap mudah sekiranya tiada perancangan rapi dan Pemimpin Utama diperingkat pusat dan negeri gagal mengenalpasti cita rasa dan kehendak pengundi. Sekiranya cuma akur dengan kehendak Ketua UMNO Bahagian seperti Dato Ishak , maka besedialah untuk BN kalah dikerusi yang dinayatak di atas. Salam PRU 13.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.