Apabila ada cadangan daripada pihak tertentu untuk mempastikan calon yang akan bertanding dalam PRU ke 13 nanti bersih daripada rasuah maka banyak pandangan yang pro dan kontra diberikan oleh beberapa parti politik samada dari kerajaan mahu pun pembangkang. Rata-rata memberi pandangan yang positif terhadap usaha oleh badan bebas ini bagi mempastikan bahawa tiada calon yang rasuah atau dipengaruhi gejala rasuah untuk bertanding dalam pilihanraya umum nanti.
Setiausaha Agung PKR , YB Dato Shaifudin Ismail yang juga MP Machang memberi reaksi sinis bahawa keterlibatan SPRM perlu kepada parti yang memang telah diketahui umum mengamalkan rasuah. Ini merujuk kepada parti BN khususnya UMNO. Dalam masa yang sama beliau juga mempersoalkan kewibawaan SPRM kerana konflik dalaman suruhanjaya tersebut yang masih banyak kes-kes yang masih belum dapat diselesaikan terutama yang melibatkan kepentingan PR. Sebagai contoh kesTeo Beng Hock yang memperlihatkan kegagalan SPRM memantau kakitangan SPRM dalam melaksanakan tugas secara telus.
SPRM juga dikatakan gagal untuk mendakwa pihak-pihak atasan yang berkepentingan kerajaan dalam melakukan rasuah. Walau pelbagai gambaran memperlihatkan SPRM bebas dari cengkaman kerajaan , namun nyata menunjukkan di kalangan anggota SPRM sendiri adalah mengamalkan rasuah.
Di Sarawak juga sehingga kini banyak kes pendakwaan ditutup begitu sahaja oleh SPRM apabila campurtangan pihak tertentu dan memnyediakan satu jumlah wang yang besar kepada pihak SPRM untuk menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah.
Bagi kes-kes yang kecil bahagian pendakwaan SPRM bersungguh-sungguh untuk mempastikan pihak yang tertuduh dijatuhi hukuman berat terutamanya jika yang di dakwa adalah di kalangan kakitangan kerajaan seperti anggota polis, anggota penguatkuasa JPJ, Dewan Bandaraya dan tidak terlepas ahli politik kerajaan.
Bagimana kepercayaan boleh diletakkan kepada SPRM jika ada di kalangan anggota mereka juga terlalu teruja untuk mendakwa orang tertentu jika diri mereka juga belum tentu bersih. Adakah boleh dipastikan selepas dibuat penapisan oleh SPRM ini maka tiada akan berlaku rasuah di kalangan YB-YB yang dipilih nanti.
Samada calon-calon YB daripada BN mahupun PR , rasuah tetap akan berlaku. Untuk menang sebagai Ketua Bahagian, Ketua Pemuda , Ketua Wanita malahan Ketua Cawangan pun berlakunya rasuah. Dan di kalangan mereka inilah yang akan diangkat sebagai YB kelak dalam PRU ke 13. Selepas PRU pula akan berlaku pemilihan UMNO dan gejala rasuah akan tetap berlaku.
Memberikan kepercayaan kepada SPRM dalam perkara seumpama ini adalah tidak boleh diterima langsung. Sebagai menunjukkan ketelusan BN dalam soal ini dengan menjemput SPRM untuk mempastikan "bersih"nya calon PRU akan datang bolehlah diterima. Tetapi keberkesanannya masih boleh dipersoalkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.