Melihat perkembangan politik semasa kadangkala ia sangat merimaskan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada oleh pengikut-pengikut parti samada datangnya dari pihak pembangkang mahupun parti kerajaan terhadap lawan mereka. Tetapi daripada penilaian JS kebanyakan isu yang ditimbulkan oleh pengikut tegar PR banyak fitnah berbanding pihak penyokong kerajaan.
Bukan maksud JS untuk menuding jari kepada penyokong tegar PR tetapi berdasarkan kepada fakta yang ditimbulkan adalah berkaitan keinginan melihat pemimpin-peminpin mereka khususnya DS Anwar Ibrahim (PKR) Hj Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP) berada di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri selepas PRU ke 13 kelak.
Secara logiknya daripada pandangan umum untuk PR menguasai parlimen dalam PRU ke 13 adalah jauh panggang dari api. Untuk menang dua pertiga di Parlimen jauh sekali berdasarkan kepada isu pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP sendiri. Mana mungkin untuk memenangi kerusi yang mampu membawa merekla ke Putrajaya lebih-lebih lagi atas kesan daripada pembentangan Belanjawan 2013 oleh PM baru-baru ini.
Pihak PR jangan membandingkan PRU ke 12 dengan ke 13. Ia amat berbeza sekali. Dalam tahun 2008 antara yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah kenaikan harga minyak, yuran sekolah, ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan dan kenaikan harga barangan. Rakyat dipelbagai peringkat sangat tertekan dengan segala peningkatan harga barangan lebih-lebih lagi ianya menjelangnya pilihanraya. Ini ditambah lagi isu setempat atau pemimpin negeri termasuk isu penyapu di Selangor, Hindraf dan penurunan harga hasil pertanian termasuk getah dan kelapa sawit. Di samping itu juga terlalu lembut kepimpinan pusat dalam menangani isu pendatang tanpa izin di Sabah juga membawa kesan buruk kepada BN. Tekanan daripada beberapa orang pemimpin UMNO sendiri dan berlakunya sabotaj di kalangan pemimpin UMNO membawa tumbangnya beberapa buah negeri kepada PR.
Namun segala masalah-masalah atau isu nasional sedikit demi sedikit ditangani dengan baik oleh YAB Perdana Menteri. Banyak masalah rakyat diselesaikan walaupun sesetengah pihak sedar pemberi BR1M 1 dan 2.0 tidak akan membawa kesan langsung untuk rakyat yang layak mengundi akan mengundi BN dalam PRU ke 13 nanti. Tetapi sekurang-kurangnya kerajaan BN mengambil langkah sewajarnya membantu golongan rakyat yang berpendapatan 3000 ringgit ke bawah setiap isi rumah. Dalam pembentangan belanjawan yang baru ini golongan muda yang bujang juga turut diberi insentif dan kerajaan sedar golongan ini juga adalah kuasa terbesar menentukan kemenangan BN nanti.
Penyokong tegar PR tetap tidak berpuas hati sehinggalah mereka jika boleh TOL dipercumakan, harga kereta diturunkan sama seperti harga sebuah motor 150cc dan harga rumah yang berharga 200 ribu dijual dengan harga 32 ribu ringgit iaitu sama nilai dengan rumah PPRT sekarang. Inilah gaya pemikiran penyokong bodoh Pakatan Rakyat tanpa perlu belajar ilmu ekonomi.
Setiap kali mereka berhujah selalu mengkaitkan bahawa orang UMNO dan pemimpin politik dari BN adalah rasuah. Tapi dari statistik yang dilekuarkan oleh pihak SPRM sendiri yang banyak melakukan rasuah adalah di kalangan kakitangan kerajaan termasuk SPRM sendiri. Oleh itu jika terlalu menuding jari kepada pihak pemimpin kerajaan kadangkala mereka lupa bahawa pemimpin PAS di Kelantan juga melakukan penjahanaman hasil bumi termasuk hutan balak lebih teruk daripada pelaku rasuah.
DAP memanglah parti cauvanis yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika puak ini yang memerintah negara ini , orang-orang Melayu terutama penyokong PR akan tahu langit tinggi atau rendahnya sepertmana nasib Melayu di Singapura. Di Negara Singa tersebut berapa keratkah di kalangan orang Melayu yang berada diposisi pengubah dasar dan pegawai tinggi kerajaan. Yang ada pun adalah mereka yang bertugas diperingkat bawahan atau lebih tepat lagi pencacai. Dan JS yakin bagi mereka yang terlalu inginkan PR memerintah negara ini terutama DAP, maka tunggulah masa dimana anak cucu tuan-puan akan merempat di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.