Sunday, October 7, 2012

Bolehkah Pakatan Rakyat Mengambil Alih Kepimpinan Negeri Sembilan

Esok 8 Oktober 2012 akan bermulanya Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan ke 12. Persidangan kali ini merupakan sesi terakhir sebelum pembubaran parlimen dan pilihanraya ke 13 dijalankan secara serentak. Jika mengikut percaturan ahli politik samada daripada kerajaan atau pihak pembangkang, PRU ke 13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Ini berdasarkan kepada pembentangan bajet dan isu-isu nasional makin berkurangan serta kehadiran pemimpin tertinggi negara khususnya PM dan TPM ke seluruh negara semenjak tahun 2011.

Di Negeri Sembilan pihak pembangkang penuh yakin mereka dapat menambah bilangan kerusi dalam PRU ke 13 nanti. Bagaimana pihak pembangkang  mendapat fakta berhubung peningkatan sokongan rakyat terhadap pembangkang , admin pun tidak tahu. Cuma jika dilihat kepada kehadiran penyokong-penyokong PR semasa ceramah yang diadakan setiap minggu di seluruh Negeri Sembilan tidaklah seramai mana. Di kawasan bandar sokongan kaum Cina kepada DAP boleh dikatakan masih kuat atas dasar perkauman yang dimainkan oleh pemimpin DAP Negeri Sembilan terutamanya Anthony Loke dan sesi ceramah dan perjumpa yang beliau adakan.

Baru-baru ini dalam perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin DAP  seluruh Negeri Sembilan di Ibu Pejabat DAP Negeri Sembilan , Anthony Loke telah menyeru seluruh kepimpinan DAP supaya menggerakkan jentera di peringkat akar umbi supaya mainkan sentimen anti UMNO. DAP tetap mahukan slogan Malaysian Malaysia menjadi teras perjuangan mereka.

Sebagai parti cauvanis sampai bila-bila pun DAP tidak akan berasa senang dengan UMNO khususnya orang Melayu di negara ini. Mereka tetap memperjuangkan bahawa seluruh rakyat di negara ini dilayan dengan samarata tanpa melihat kepada keperluan dan kepentingan golongan pribumi khususnya orang Melayu dan masyarakat bumiputra lain di negara ini.

Anthony Loke sendiri berasa cukup yakin bahawa rakan-rakan dalam PR terutama PKR dan PAS akan terus mengikut telunjuk mereka. Di Dewan Undangan Negeri dengan jumlah anggota YB DAP leebih daripada bilangan YB PKR dan PAS menjadikan keangkuhan Loke khususnya terus menjadi-jadi.

Kawasan yang di wakili DAP iaitu Temiang, Lobak, Nilai, Bahau, Mambau, Lukut , Rahang dan Bukit Kepayang dikatakan akan kekal dikuasai DAP dalam PRU ke 13 nanti. Namun berdasarkan perubahan mindaserta  kerja kuat daripada parti komponen BN terutama MCA, MIC, Gerakan dan PPP admin yakin Nilai dan Rahang akan kembali kepada BN. Kawasan lain perlu suntikan yang lebih khususnya dengan gerak kerja berterusan daripada parti yang mewakili kawasan tersebut dan kehadiran MB dalam program-program yang dianjurkan oleh parti komponan BN.

Kawasan Ampangan, Sikamat dan Paroi yang dimenangi oleh PKR dan PAS dalam PRU ke 12 , admin penuh yakin akan dimenangi semula oleh BN yang diwakili oleh UMNO. Tetapi syarat utamanya calon yang diletakkan adalah calon yang senangi oleh rakyat terutamanya pengundi.

Dalam PRU ke 12 Kawasan Sikamat dengan mengekalkan Dato Yusof Hermain Shah bukan menjadi masalah untuk BN menang. Tetapi isu semasa di peringkat nasional dan isu setempat termasuk sabotaj daripada Ketua UMNO Bahagian Seremban menjadikan kekalahan tipis kepada BN pada ketika itu. Demikian juga di Ampangan, calon PKR iaitu Cikgu Rashid bukan calon yang diharapkan menang. Mohd Nor Awang yang tewas tipis kepada Cikgu Rashid juga disebabkan sabotaj daripada pemimpin UMNO kawasan tersebut dan Ketua UMNO Bahagian Seremban sendiri. Ketua UMNO Bahagian Seremban tidak turun membantu kedua-dua calon ini bahkan di kawasan Lenggeng yang dimenangi oleh calon UMNO juga hampir kalah atas usaha Ketua UMNO Bahagian yang mengarahkan semua jentera UMNO jangan membantu calon tersebut. Beliau juga mengarahkan supaya pengundi - pengundi Melayu supaya menyokong pihak pembangkang. Namun Allah menyebelahi calon daripada UMNO ini, dimana beliau memenangi kerusi DUN Lenggeng dengan kemenangan yang tipis juga.

Di DUN Paroi yang satu-satunya kerusi UMNO dimenangi oleh PAS. Kekalahan calon BN (UMNO) dikatakan oleh campurtangan Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Sembilan ketika itu menentukan calon di kawasan tersebut. Mana mungkin bekas ADUN Kota bertanding di Paroi dan menggugurkan Bibi Sharliza. Percaturan ini mennyebabkan UMNO kecundang. Tapi untuk PRU ke 13 ini admin percaya semua kerusi yang ditandingi oleh UMNO akan menang. MB selaku pengerusi UMNO Perhubungan Negeri Sembilan perlu mengekalkan ADUN-ADUN yang sedia ada terutama mereka yang disenangi rakyat. Jangan cuma mengikut kehendak Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menghantar calon mereka tetapi ternyata calon-calon ini pun tiada kredibeliti untuk memimpin rakyat. Ada sesetengah calon yang dikemukan tiada kelulusan dalam akademik. Kalau sekadar SPM elok duduk jadi kerani atau juruteknik sahaja. Sebagai Adun mereka perlu merancang pembangunan setempat. Lihat calon-calon PAS dan DAP , ramai dikalangan mereka berpendidikan tinggi. Ada yang boleh dicontohi daripada PR tetapi lebih banyak perlu dibuang kelongkang atas perjuangan mereka untuk menghancurkan keharmonian negara.

Kesimpulannya DAP dan PR perlu dikuburkan. PAS selaku kuda tunggangan DAP perlu ditolak dari awal. Jika setakat Taufik di Paroi usah kita gusar. BN akan menang di Paroi. Di Ampangan BN juga akan menang dengan calon muda. Setakat pemimpin atau barisan Ketua-ketua UMNO Ampangan dicalonkan , admin fkir tiada yang berketrampilan untuk menang pun. Tapi jika dicadangakan Ketua Puteri UMNO Bahagian, admin kira boleh menang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.