Friday, October 12, 2012

Gagalnya Usul DAP Di Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 8 Oktober

Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkan mereka di Dewan Undangan Negeri Sembilan iaitu YB Anthony Loke ( DUN Lobak) telah membawa usul supaya ADUN Seri Menanti , YB Dato' Abdul Samad Ibrahim supaya dihadapkan ke Jawatan Kuasa Pemilihan Khas .  Usul ini adalah ekoran insiden yang berlaku beberapa minggu yang lepas apabila YB Dato Abdul samad Ibrahim melepaskan tembakan di rumah beliau. 

Namun niat buruk Anthony Loke dan kumpulan beliau dapat dipatahkan apabila Yang Dipertua Dewan iaitu YB Dato'  Abdul Razak Mansur mencadangkan supaya undian dibuat terhadap usul tersebut. Dalam undian yang dibuat ternyata PR gagal dalam usaha untuk mengaibkan BN di sidang tersebut.

Adalah menjadi hasrat Anthony Loke dan kuncu-kuncu beliau untuk mendapatkan publisiti murahan terhadap isu ini walaupun semua orang tahu bahawa isu melepaskan tembakan oleh ADUN Seri Menanti dalam siasatan polis. Difahamkan pihak polis juga telah mengambil keterangan terhadap pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Daripada pemerhatian JS , PR sudah ketandusan isu dan sedapat mungkin cuba mengeksplortasi isu tersebut bagi mengimbangkan kejadian dimana pengawal peribadi Dato Seri Anwar yang mengacukan senjata api dalam satu majlis. Adalah agak berbeza kejadian yang dialami oleh YB ADUN Seri Menanti kerana beliau melepaskan tembakan amaran semata-mata untuk mempertahankan diri. Oleh itu niat jahat Anthony Loke dapat dipatahkan dan akhirnya DAP kecundang dalam usaha mereka untuk mengaibkan BN semasa sidang dewan negeri tersebut.

Kepada pihak ADUN BN jadikan ikhtibar dengan isu sebegini. MB Negeri Sembilan sudah cukup pening kepala dengan pelbagai peristiwa pahit sepanjang tempoh 5 tahun BN memerintah Negeri Sembilan. ADUN BN di NS berilah ruang yang selesa kepada YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan membangunkan NS. Janganlah dikusutkan pemikiran beliau. Negeri Sembilan sangat bertuah dengan segala perlaksanaan pembangunan Negeri Sembilan selama tempoh Tok Mad menjadi MB. Oleh itu sama-sama kekalkan sokongan dan bantu MB melaksanakan tugas beliau dengan penuh kejayaan  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.