Thursday, December 13, 2012

PRU 13 PERLUKAH SABOTAJ?

Walaupun semua pihak telah diberi peringatan oleh pemimpin tertinggi parti khususnya YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak , Pengerusi BN berhubung kesukaran parti pemerintah untuk mendapat undi 2/3 sekiranya sabotaj berlaku dalam PRU ke 13 akan datang, namun nasihat dan peringatan ini tidak akan dapat diterima sekiranya sesuatu langkah tidak dibuat diperingkat awal.

Dalam UMNO khususnya, ramai di kalangan yang tidak dicalonkan semula atau pernah tewas dalam PRU ke 12 akibat sabotaj oleh pemimpin bahagian akan membuat tindakan yang sama sebagai membalas dendam. Sebagai manusia biasa mereka yang bertindak demikian bukan marah kepada parti atau pemimpin pusat tetapi kebencian kepada orang tertentu yang terang-terangan mensabotaj mereka ketika bertanding pada tahun 2008.

Bolehkah gejala ini di atasi? Tidak sukar untuk menyelesaikan perkara ini sekira pemimpin atasan terutama PM, TPM dan Menteri Besar yang juga bertanggung jawab menentukan pemilihan calon di peringkat pusat dan negerei memanggil mereka yang tidak dicalonkan ini terutama bekas YB dan memberi nasihat secara pertemuan peribadi. 

Di kalangan mereka ini pernah menaburkan budi dan jasa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat DUN dan Parlimen. Jangan biarkan mereka tanpa ada sesuatu yang boleh disampaikan. Melihat kepada sejarah lalu, apabila bekas YB-YB ini tidak dicalonkan semula atau kalah dalam PRU yang lepas, tiada  tindakan wajar bagi menenangkan hati mereka. Terdapat bekas YB ini tidak dipedulikan oleh UMNO atau parti komponen BN semasa kempen pilihanraya apatah lagi selepas pilihanraya. Ketua-ketua bahagian yang tidak mencalonkan nama ADUN-ADUN ini atas faktor dendam juga cuba menghalang terus mereka ini untuk membantu calon baru.

Kepada bekas YB ini tiada ruginya mereka mensabotaj parti sebab kalau menang pun calon baru , bakal YB ini tidak akan memperdulikan bekas-bekas YB ini kerana keangkuhan sebagai jawatan YB akan tertanam di dalam hati mereka.

Oleh yang demikian, adalah wajar PM, TPM dan MB setiap negeri memikirkan perkara ini sewajarnya. Jangan salahkan apabila sesuatu berlaku baru ingin bertindak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.