Wednesday, November 14, 2012

APABILA DATUK ZAHID HAMIDI MENGUMUMKAN CALON DI SEREMBAN

Ramai yang tertunggu-tunggu bilakah pilihanraya umum ke 13 akan diadakan. Banyak pihak berusaha terutamanya bagi yang mengidamkan untuk bergelar YB melobi pihak pimpinan atasan dan tidak kurang sedang mendapatkan khidmat "consultant" (bomoh) bagi merealisasikan hajat mereka. Tidak kiralah di kalangan Yb-Yb yang sedia ada, bekas Yb atau pun mereka yang belum menjadi Yb tapi teruja sangat nak mendapat gelaran YB.

Dalam soal menjadi calon PRU atau PRK semua mendakwa diri mereka adalah winnable candidate atau calon dijamin boleh menang. Walaupun ada di kalangan mereka ini satu program pun tidak pernah dibuat atau jika menjawat jawatan di peringkat bahagian akan menggunakan jentera kerajaan dan program itu mereka claim itu adalah hasil usaha mereka.

Baru-baru ini di Parlimen  Seremban apabila UMNO Bahagian Seremban mengadakan sebuah program untuk masyarakat di DUN Sikamat , Ketua UMNO Bahagian Seremban telah menjemput YB Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Naib Presiden UMNO Malaysia untuk menyampaikan ucap utama pada majlis tersebut. Yang hadir sekitar 200 orang terdiri daripada orang UMNO di DUN Sikamat dan di import satu bas daripada kampung Ketua UMNO Bahagian Seremban (Dato Ishak Ismail ) dari Pantai bagi menggambarkan kehadiran lebih ramai.

Telah menjadi kelaziman Dato Ishak akan berucap memuji-muji Datuk Dr. Ahmad Zahid bagi mempastikan bahawa hubungan dia terlalu rapat dengan Naib Presiden ini. Dan tidak kurang jugalah seperti kebiasaan Dato Ishak akan menjual nama YAB Dato Seri Najib bahawa  Presiden UMNO ini telah merestui beliau untuk menjaga Negeri Sembilan dan merampas semula kerusi yang kalah dalam PRU ke 12 dulu (kerusi UMNO) iaitu Sikamat dan Ampangan. Tetapi tidak pulak beliau menjelaskan kepada orang ramai pada malam itu kalahnya kedua-dua kerusi UMNO itu disebabkan beliau sendiri yang melakukan sabotaj dan termasuk juga DUN Lenggeng . Tetapi DUN Lenggeng gagal dikalahkan oleh PR kerana setianya mereka kepada UMNO dan BN walaupun Dato Ishak menggunakan jentera dan grembolan sabotajnya yang terdiri daripada Ishak Malik, Mazlan Maarof, Baharom Idris, Hismayati Hasim, Sarimah, Hang Tuah Arshad, Yaakob Sujud dan ramai lagi. 

Apabila ketika Datuk Dr. Zahid Hamidi menyampaikan ucapannya maka diumumkanlah bahawa Dato Ishak Ismail akan menjadi calon dalam PRU ke 13 nanti. Hebat sungguh Naib Presiden ini mendahulu Presiden dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan sendiri. Siapakah dia untuk mengumumkan nama calon ini. Maka bersoraklah pengikut-pengikut Dato Ishak seolah-olah inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka. 

Tetapi dari sudut politiknya strategi politiknya, YB Datuk Dr. Zahid Hamid berbuat demikian bagi menikkan semangat pengikut-pengikut Dato Ishak dan cuba menakutkan PR di DUN Sikamat. Realitinya semua orang tahu bahawa Dato Ishak tidak akan menjadi calon atas faktor kesihatan beliau. Umur pun sudah mencecah 60 tahun. Ramai di Bahagian Seremban Dato Ishak Layak menjadi Nazir masjid dan beramal banyak kerana selama ini banyak fitnah terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan telah belaiu buat di samping banyak pengianiayaan terhadap pemimpin UMNO di Bahagian Seremban. Beliau bukan pemimpin yang perlu diberi pengikhtiraf 4 bintang sebagai baik tetapi adalah merupakan manusia paling "kohok" hatinya di NSDK. 

Sama-sama kita lihat nanti pengikut Dato Ishak akan terkedu apabila nama Dato Ishak tidak diumumkan sebagai calon dalam PRU ke 13 dan selepas itu nanti mereka akan mensabotaj semula calon untuk PRU ke 13.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.