Friday, November 2, 2012

PR DAN TEORI KEBANGKITAN RAKYAT

Esok 3 November 2011 bertempat di Seremban Jaya dijangkakan akan berhimpunlah penyokong-penyokong PR seluruh Negeri Sembilan. Pemimpin utama mereka yang terdiri daripada Lim Kit Siang (DAP), Hj Hadi Awang (PAS) dan Anwar Ibrahim (PKR) akan menyampaikan amanat dan angan-angan mereka kepada golongan yang sudah diketahui ramai pencacai jalanan di majlis tersebut.

Setelah gagal menggunakan padang MPS , PR terpaksalah membersihkan lalang di Seremban Jaya untuk merealisasikan program mereka. Sasaran PR untuk menggumpulkan 50 ribu penyokong atau pemerhati pada malam tersebut lebih kepada retorik semata-mata. Kita akan tengok sejauh mana kemampuan mereka untuk membawa penyokong PR pada malam tersebut.

Secara umumnya banyak pihak telah menyatakan bantahan terhadap perhimpunan tersebut kerana Negeri Sembilan bukanlah negeri yang mengalu-alukan kedatangan Lim Kit Siang, Hj. Hadi Awang dan Anwar Ibrahim. Tiada apa yang boleh dibawa oleh mereka ke negeri beradat ini. Setakat 15 orang ADUN PR di Dewan Negeri yang rata-rata tiada mempunyai kualiti pun dari segi kepimpinan lebih baik mereka berhimpun sahaja di Selangor, Pulau Pinang , Kedah atau Kelantan. Setakat ingin berjanji dengan perkara-perkara yang tiada membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini lebih baik usah adakan majlis seumpama ini. Rakyat Negeri Sembilan sudah cukup selesa dengan pentadbiran BN selama ini di Negeri Sembilan.
 
Umum mengetahui bahawa kehadiran Lim Kit Siang raja kepada cauvanism di negara ini, tidak perlulah bercakap soal untuk menakluk Negeri Sembilan. Anthony Loke yang merupakan anak didik LKS yang juga sentiasa mengamalkan sikap perkauman di Negeri Sembilan lebih baik diturunkan dari kerusi Lobak atau kalau berani keluar dari Lobak dan bertanding di Nilai, Kuala Pilah atau Tampin. Begitu juga Hadi Awang yang menobatkan Taufik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan lebih baik bercakap di Marang sahaja. Taufik dan Zulkifly Omar yang merupakan ayam tambatan PAS selama ini telah gagal dalam misi mereka untuk mempengaruhi pengundi-pengundi di Negeri Sembilan. Bahkan Anwar Ibrahim janganlah berangan-angan bagi PKR mengekalkan kerusi mereka dalam PRU ke 13 akan datang. Cikgu Rashid sudah bertaubat dan menyesal menjadi YB PKR di Ampangan. Begitu juga dengan Aminudindi Sikamat akan jadi YB untuk satu penggal sahaja di Sikamat.
 
Oleh itu jika hasrat PR pada 3 November ini akan berlaku kebangkitan rakyat di Seremban Jaya, ia merupakan satu harapan yang tidak akan jadi kenyataan. Orang Negeri Sembilan lebih setia kepada BN dulu dan selamanya.
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.