Tuesday, May 21, 2013

PERLANTIKAN EXCO NS MENEPATI KEHENDAK RAKYAT

Ramai yang telah menjangkakan bahawa senarai EXCO Kerajaan Negeri Sembilan lebih kepada meneruskan kelangsungan usaha Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan ke arah pembangunan yang lebih mapan bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal tetapi kepada kesejahteraan rakyat keseluruhan. Muka-muka baru yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Utama bukan sahaja mampu menggalas tanggungjawab yang akan diberikan malahan mampu membantu beliau dalam segala semua aspek termasuk pengukuhan politik Negeri Sembilan.

Secara umumnya Tok Mat telah memilih orang yang akan bersama-sama beliau samada didaratan mau pun dilautan yang penuh dengan gelora. Tidak perlulah beliau mendapatkan nasihat daripada orang tertentu seperti yang berlaku dalam pemilihan EXCO tahun 2008 di mana sebilangan besar daripada mereka banyak menimbulkan masalah dalam perlaksanaan tugas diperingkat jabatan-jabatan dan rakyat bawahan. Cuma beberapa orang yang masih dikekalkan itu bernasib baik kerana tiada orang lain yang boleh menggantikan mereka kerana formula yang diguna pakai oleh MB setiap daerah/parlimen akan diwakili seorang EXCO. Jika tidak, nama seperti Dato Hasim Rusdi tidak akan ada dalam senarai. Begitu juga dengan Dato' Norhayati dan Dato' Ismail Lasim, nama mereka kekal sebab cuma seorang wanita yang menang. Jika Puan Wan Salwati menang di Sikamat, meloponglah Dato Norhayati di Pilah. Bagimana pula Dato Ismail Lasim di Senaling??? Sepatutnya beliau tarik diri sahaja daripada dilantik semula sebagai EXCO berdasarkan peristiwa menghantar Tan Sri Abu Zahar Ujang, Dato Ishak Ismail dan Dato Shaziman Mansur bagi mencalonkan nama beliau sebagai MB. Patutnya Dato Ismail Lasim perlu ada  perasaan malu yang mendalam atas peristiwa itu. Beliau boleh mengatakan bukan dia yang suruh mereka pergi jumpa Tuanku Yang Dipertuan Besar. Tetapi sepatutnya kena sedar diri juga daripada  sejarah ingin menjadi MB ini juga berlaku selepas Tok Mat kalah dalam pemilihan MKT tahun 2009. Siapa yang jumpa PM untuk menggugurkan Tok Mat jika bukan Dato Hasim Rusdi dan Dato Ismail Lasim. Tapi Tok Mat mempunyai sikap yang tak mampu dibuat oleh orang lain sebagai MB lain. Jika Dato Ishak Ismail (kok jd MBlah) yang berjawatan MB , separuh daripada pengarah di Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan bertukar. EXCO memamglah akan dilantik kuncu-kuncu dia sahaja. Contoh:
MB                   : Dato Ishak bin Ismail.
EXCO            1. Dato Lillah Yassin
                       2. Dato Norhayati Omar
                       3. Dato Ismail Lasim
                       4. Dato Hasim Rusdi
                       5. Dato Yunus Rahmat
                       6. Tun Hj Khairudin Tun Abu Bakar
                       7. Abdul Razak Said
                       8. Abu Samah bin Mahat
                       9. L . Manickam
                     10. Abdul Rahman bin Mohd Redza

Senarai di atas telah dijaja oleh Dato Ishak Ismail dan kuncu-kuncu beliau sebelum perlantikan MB dibuat. Membawa nama Dato Ismail Lasim tempoh hari cuma wayang beliau sahaja sebab itu dia pergi bersama mengadap Tuanku. Senarai di atas juga sebilangan besar adalah senarai Tan Sri Isa Samad yang ingin menempatkan orang beliau di kerusi EXCO. 
YB Dato Zaifulbahri

Adalah sangat mudah kenapa sebilangan besar yang disenaraikan bukan berkiblatkan Tok Mat. Terlalu mudah untuk membuat penilaian iaitu Dato Yunus Rahmat walaupun pernah dilantik EXCO tetapi kesetiaan beliau bukan kepada Tok Mat tetapi kepada Dato Seri Utama Rais Yatim. Tun Khairudin dan Abdul Rahman adalah blok Tan Sri Isa Samad. Begitu juga Dato Lillah Yassin,  Dato Ismail Lasim, Dato Norhayati Omar, Abu Samah dan Dato Hasim Rusdi. 

Tiada agenda untuk pembangunan Negeri Sembilan dalam kotak pemikiran mereka. Yang ada adalah cara mana untuk mengeluarkan kawasan balak yang berbaki sedikit lagi, mengeluarkan tanah kerajaan untuk diagihkan kepada kuncu-kuncu mereka dan memperkukuhkan politik kroni bagi menjaga periuk nasi masing-masing. Ini berbeza dengan usaha YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hasan. 

Semua di kalangan pemain politik Negeri Sembilan sedar bahawa sepanjang Tok Mat menjadi Pengerusi UMNO Perhubungan NS, berapa kalikah di kalangan mereka yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam mesyuarat yang di adakan. Dato Ishak Ismail tidak pernah sekali pun hadir. Begitu juga dengan Dato Lillah Yassin, Tan Sri Isa Samad, Dato Saziman Abu Mansur. Dato Ismail Lasim dan Dato Hasim Rusdi terpaksa hadir kebetulan kerana kereka adalah EXCO yang Tok Mat lantik dan Dato Hasim Rusdi selain daripada EXCO adalah Setiausaha UMNO Perhubungan NS. Semuanya adalah bersebab. 

Oleh yang demikian, nasihat JS pada orang nombor 1 Negeri Sembilan , berhati-hati dengan permainan mereka yang di luar daripada barisan EXCO. Ramai di kalangan yang memberi sokongan dan bekerja dengan Tok Mat juga dulu dan selamanya kadang-kala mereka dilupakan begitu sahaja. Perlu Tok Mat cari mereka ini bagi membantu secara tidak langsung diperingkat akar umbi. Selamat maju jaya NSDK.

Tuesday, May 7, 2013

SIAPA MENTERI BESAR NS PASCA PRU KE 13

Keputusan PRU ke 13 yang membarisi muka-muka baru di DUN Negeri Sembilan telah terjawab 3 hari yang lalu. Pertambahan kerusi BN di Dewan Undangan Negeri , Negeri Sembilan apabila PAS tersungkur di Paroi dan MCA menyembah bumi di Chennah telah diketahui umum. Kegagalan kerusi Sikamat di tangan PKR juga telah dijangkakan dari awal lagi.

Banyak cakap-cakap yang mengatakan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj Hassan tidak akan dilantik semula sebagai Menteri Besar di negeri beradat ini. Itu telahan mereka yang anti kepada kepimpinan Tok Mat. Walaupun penguasaan 2/3 majoriti tidak dapat diperolehi di NS namun Tok Mat telah membuat kerja yang sangat baik di negeri itu dalam memperkukuhkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada BN. Kekalahan Wan Salwati di DUN Sikamat adalah kerana tiadanya sokongan pengundi muda di kawasan tersebut kepada BN kerana terpengaruh dengan isu negara dan bukan isu tempatan. Kehjadiran DSI di Centre Points yang mengumpulkan puluhan ribu orang muda telah merubah segala-galanya di kawasan berhampiran. Tidak boleh dinafikan juga adanya sabotaj daripada orang-orang UMNO sendiri terutama kem Dato Ishak yang mengidamkan kerusi Sikamat sebelum diletakkan bertanding di DUN Lenggeng. Dalam kempen beliau di Lenggeng pun Dato Ishak menyalahkan Dato Hj Muhamad Hj Hasan kerana menukarkan dia bertanding daripada Sikamat ke Lenggeng.
 
Yang pastinya segala teka teki siapa yang akan memimpin Negeri Sembilan akan terjawab pada hari ini atau Khamis apabila PM mengadap kebawah DYYM Yang Dipertuan Besar NS, Tuanku Mukhri Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Dato Hj Muhamad bin Hj Hasan akan dikekalkan sebagai MBNS. Jangan ada mana-mana pihak yang berangan-angan bodoh untuk duduk dikerusi MBNS. Kalaulah ada balaci Dato Ishak dan Dato Lillah yang bercakap di kedai-kedai kopi di Pantai dan Batu Kikir mengatakan bos mereka akan jadi MB elok pergi Jeram Tengkek atau Jeram Mendom di Lenggeng untuk bunuh diri. Mereka berdua langsung tidak layak berada di kerusi MB. Untuk dipilih menjadi EXCO pun , nasihat admin eloklah Tok Mat jangan lantik.
 
Bagaimana pula dengan barisan EXCO ???? Yang lama ada yang boleh dikekalkan dan ada yang WAJIB di gugurkan. Nama-nama seperti Dato Yunus Rahmat yang dulu Exco Pertanian perlu digugurkan. Dalam politik selama ini pun bukan beliau menyokong MB . Dato' Yunus telah mirip kepada Dato' Rais Yatim untuk hidup. Dato Razi Kail yang telah masuk penggal ketiga elok juga digugurkan. Pelancongan di NS pun tidak berkembang selama ini. Dato' Shamsulkahar Bin Md Deli Exco Pelajaran elok dikekalkan bagi persiapan untuk bertanding di UMNO Bahagian Jempol bagi menentang Dato Lillah Yasin. Dato' Ismail Lasim elok dikekalkan juga tetapi cowboy Samad Ibrahim eloklah jangan diberi jawatan Exco lagi. Dato Hasim Rusdi, jika dilihat dari segi prestasi tidaklah elok sangat, tetapi memandangkan Parlimen Rasah inilah satu-satunya kerusi UMNO, maka admin mencadangkan elok juga dikekalkan bagi menjaga hati orang Labu.
 
Siapa pula muka-muka baru yang perlu diletakkan dibarisan Exco kerajaan Negeri Sembilan??? Berikut yang perlu diambil kira bagi MB terus mendapat sokongan daripada barisan mereka yang beliau percayai:
 
Barisan EXCO Negeri Sembilan 2013-2018
 
1 Menteri Besar                   : Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan
2 EXCO                               : Dato Ismail bin Lasim
3                                           : Dato Shamsulkahar bin Md Deli
4                                           : Dato Hasim Bin Rusdi
5                                           : Tun Hairudin bin Abu Bakar
6                                           : Dato Jalaludin bin Alias
7                                           : Hj Abu Ubaidah bin Dato Redza         
8                                           : Abd Razak bin Ab Said
9                                           : Dato Dr Awaludin bin Said
10                                         : Dato Norhayati bt Omar
11                                         : Manickam a/l Letchuman
 
Yang Dipertuan Dewan       : Dato Yunus bin Rahmat
 
Jika ini merupakan anggota kabinet Tok Mat, ia dilihat agak selamat dan mampu membantu Tok Mat dalam merencanakan segala perancangan masa depan Negeri Sembilan. Yang lain tak payahlah mimpi untuk duduk dikerusi EXCO. Dato Norhayati dilantik bukan kerana dia bagus sangat. Tapi kerana tiada wanita yang menang maka nasib beliau baik untuk duduk dikerusi tersebut. Jika Dato Hj Muhamad bin Hj Hasan meletakkan YB lelaki bagi EXCO yang bertanggungjawab hal ehwal wanita pun tiada salahnya. Dato Ishak agak sesuai kerana beliau berminat dengan janda berdasarkan ucapan beliau dalam kempen yang lepas.
 
Semoga hala tuju kepimpinan di Negeri Sembilan akan lebih terarah kepada kemajuan pembangunan dan kesejateraan rakyat menjelang PRU ke 14.
 

ERA KEHANCURAN PEMERINTAHAN MELAYU MENJELANG 2020

Keputusan PRU ke 13 telah diketahui seawal pukul 8 malam pada 5 Mei, 2013 yang lalu. Ramai telah menduga bahawa BN akan membentuk kerajaan. Seminggu sebelum hari mengundi telah ada yang membuat ramalan bahawa BN cuma akan dapat menguasai 116 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan. Namun tiada yang dapat menduga bahawa keputusan yang diperolehi sebanyak 133 kerusi dimenangi BN berbanding 89 yang dikuasai oleh PR adalah lebih buruk daripada PRU ke 12 tahun 2008.
 
Mungkin ramai daripada pemerhati politik seluruh negara melihat bahawa dengan jumlah yang diperolehi oleh BN cukup untuk mempastikan bahawa Putrajaya terus diduduki oleh Menteri-menteri BN yang dipilih oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Cita-cita Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk berada di tingkat 4 JPM Putrajaya tidak kesampaian. Suara-suara sumbang mempertikaikan kesahihan keputusan PRU ke 13 telah kedengaran daripada Ketua Umum PKR sendiri. Ketidakpuasan hati Dato Seri Anwar sehinggakan akan berlaku bantahan terhadap proses PRU dijalankan.
 
Soal ketidakpuasan hati pihak pembangkang tidak perlu dipersoalkan sangat. Telah menjadi dasar perjuangan mereka setiap yang menjadi benar dimata kerajaan dan pendokong BN akan tetap salah kepada PR. Tiada pertikaian walau sepatah perkataan pun kepada mereka dengan penguasaan PR di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
 
Kepada BN dengan kemenangan di peringkat pusat dan dapat menawan semula Kedah bukan satu kebanggaan. Seharusnya Dato Seri Mohd Najib perlu bertanggungjawab terhadap keutusan yang diperolehi oleh BN. Bukan satu kehebatan apabila BN menang di 133 kerusi parlimen. Tanpa mampu menguasai 2/3 kerusi di Parlimen apakah mungkin BN dapat melakukan sesuatu terhadap penggubalan undang-undang malahan untuk menggubal perlembagaan. Apakah BN telah berpuas hati selama lebih 2 tahun Presiden UMNO/BN dan Timbalan Presiden turun ke seluruh negara dengan sambutan yang cukup hebat dan mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat, akhirnya keputusan yang diraih tidak sepertimana yang diharapkan. Inilah tranformasi yang dibanggakan. Rakyat muak dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan diperingkat atasan. Rakyat menghukum kerajaan yang memerintah bukan bencikan parti tetapi segelintir pemimpin khususnya Menteri dan ahli politik disekeliling PM yang nyata menjadi liability kepada negara keseluruhan.
 
Sebagai contoh , adakah rakyat tidak tahu apa yang dilakukan oleh Pengerusi PRIMA dan juga Ahli Parlimen Putrajaya yang sepatutnya tewas ditangan Husam Musa daripada PAS. Jangan Tengku Adnan Tengku Mansur seronok apabila menang di Putrajaya. Kakitangan awam tahu siapa Tengku Adnan dan orang UMNO tahu apakah tindak tanduk beliau dan menentukan kuncu-kuncu dia bertanding pada PRU ke 13 yang lalu. Inilah contoh-contoh pemimpin UMNO yang patut dibuang daripada barisan kepimpinan negara yang ada termasuk dalam barisan saf kepimpinan UMNO.
 
Apakah agenda sebenarnya apabila ada di kalangan mereka yang sepatutnya digugurkan daripada bertanding dalam PRU yang lepas masih terus dikekalkan. Sebenarnya meletakkan orang seperti Isa Samad di Negeri Sembilan, Ghani Othman di Johor, Ali Rustam di Melaka , Idris Jusuh di Terengganu dan Shahidan Kasim bertanding semata-mata untuk persiapan pemimpin UMNO di atas mempersiapkan diri untuk mengekalkan jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang. Masih banyak lagi harta dan wang yang perlu dikaut oleh mereka untuk memperkayakan diri sendiri.
 
Apa yang berlaku di Selangor amat ketara. Selaku pengerusi BN Selangor telah banyak yang dicurahkan segala peruntukan oleh PM bagi menaqrik sokongan pengundi di negeri tersebut. Bahkan ada usaha daripada individu tertentu dan NGO's yang sama-sama membantu agar BN dapat semula negeri Selangor. Sehinggakan Peguam Kamarudin dan janda-janda membuat rally demontrasi bagi meraih sokongan rakyat tetapi Khalid Ibrahim tetap menang besar di Parlimen Bandar Tun Razak dan diperingkat DUN juga. Mana mungkin peguam bernama Kamarudin mewakili janda-janda di Selangor tanpa pembiayaan dari orang BN sendiri. Berjuta wang habis, cuma Noh Omar yang selamat dan Zin Badak tersungkur di kawasan sendiri.
 
Bagaimana dengan pengundi Cina????? Telah semua maklum, Cina tidak akan mengundi calon BN baik daripada UMNO, MIC, Gerakan malahan daripada MCA sendiri. Apa yaqng diharapkan lagi dengan sokongan Cina. Dato Seri Najib harus fikirkan bangsa dan agama sendiri. Jika tidak sanggup melakukan sesuatu untuk bangsa dan agama sendiri elok undur dari dan berikan tugas itu kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin.
 
Kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia sebelum PRU ke 13, fikirkan semula segala sokongan, bantuan, peruntukan yang telah diberikan kepada SRJK (C) seluruh negara. Cina tetap dengan pendirian rasis mereka yang cukup jelas. Wajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang tenaga pengajar atau guru di SRJK (C) ini yang mengajar Bahasa Melayu  di kalangan guru Melayu. Masa pengajaran dipanjangkan kepada 20 waktu seminggu. Haramkan pertubuhan Dong Dzong yang memperjuangkan pendidikan Cina.  Kalau tidak mampu laksanakan elok letak jawatan saja.
 
Pemilihan Menteri elok diperhalusi. Jangan lantik kuda-kuda tua dalam kabinet . Kalau orang seperti Isa Samad, JJ, Tengku Adnan Tengku Mansur, Idris Jusuh, Shaziman Mansur dan yang lama-lama dalam kabinet elok campakkan keluar. Lantik orang-orang muda yang tegas dan berpotensi sebagai sokongan  terhadap generasi muda yang sediada jika mahu menang dalam PRU ke 14.
 
Akhirnya cari jalan terbaik supaya penyatuan dengan PAS dapat dibuat. Tiada ruginya orang Melayu bersatu demi agama dan negara. Duduk semeja dengan pemimpin PAS. PM jika punya jiwa dan hati Melayu yang murni fikirkan generasi akan datang negara ini. Tidak perlu lagi nak jaga hari Cina dan India yang akan pada bila-bila masa menolak kepimpinan Melayu di Negara Malaysia tercinta ini.

Friday, May 3, 2013

ANALISA KEPUTUSAN PRU 13 NEGERI SEMBILAN SEBELUM 5 MEI

Tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh hari mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar sebelum Disember 2012. Bagi anggota tentera, polis dan pengundi pos telah menjalan tanggungjawab mereka beberapa hari yang lepas. Pihak SPR dalam kenyataannya berpuashati dengan segala kemampuan dari segi kemudahan dan kakitangan yang disediakan untuk prosese mengundi tersebut. Penggunaan dakwat kekal telah digunakan dengan berkesan walaupun ada komen dan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin pembangkang. 

Menjadi lumrah di Malaysia ini yang mengamalkan sistem demokrasi dengan penuh tanggung jawab, segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan adalah kerana sikap pemain politik khususnya pihak pembangkang bagi meraih simpati daripada para pengundi dan penyokong mereka. Pengundi hantu masih menjadi topik perbualan bagi pihak pembangkang sebelum masa mengundi berjalan. Dulu sebelum mereka inginkan dan mendesak penggunaan dakwat kekal, masalah pengundi hantu ini merupakan antara perkara penting yang sering ditimbulkan. SPR yang terlalu berlembut , akur dengan pihak pembangkang supaya tidak dituduh berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawab bagi mempastikan suruhanjaya ini benar-benar bebas dari dipengaruhi termasuk daripada pihak kerajaan.

Hari ini telah ramai kakitangan kerajaan dan individu yang tinggal jauh daripada tempat mereka mengundi mula balik ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi pada hari Ahad ini. Difahamkan ada kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan termasuk para guru anak Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis telah balik dan ada yang mengambil cuti sakit "tipu" untuk balik ke pusat mengundi di tempat mereka. 

Di Negeri Sembilan suasana kempen di kalangan calon dan jentera pilihanraya  sangat rancak sekali. Yang Amat Berhormat Dato Seri Muhamad bin Hj Hasan yang menyambut ulang tahun hari kelairannya pada 2 Mei 2013 tidak sempat meraikannya bersama keluarga kerana sentiasa penuh dengan jadual kempen di kawasan sendiri mahupun membantu calon-calon Parlimen dan Negeri di Negeri Sembilan.

Berdasarkan analisa awal yang diperolehi daripada pihak agensi kerajaan iaitu daripada laporan polis, tentera, Kemas, JASA, MKN dan Jabatan Penerangan memperlihatkan Negeri Sembilan akan kekal di bawah pentadbiran kerajaan BN. Dan ramai mengharapkan YAB Tok Mat akan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Jika dirujuk kepada calon-calon yang dikemukakan iaitu 70 peratus muka baru dan calon recycle, harapan untuk menang khusus kepada calon UMNO sangat cerah. Kalau pada awal tempoh berkempen amat dingin dibeberapa kawasan , kini ada perubahan yang menggalakkan.

Di Jempol , calon Parlimen iaitu Tan Sri Isa Samad tiada masalah untuk menang melawan penyanyi kesayang ramai Aishah. Peneroka sudah tahun jika Aishah menang pun dia cuma tahu menyanyikan lagu " Janji Manismu", tapi Isa kalau menang harapan peneroka jika dia dilantik menjadi Menteri maka banyaklah kemudahan akan diperolehi oleh para peneroka di Jempol. Namun ada yang kurang senang dengan Dato Lillah Yassin. Untuk menang memang ada tetapi untuk mengharapkan sesuatu perubahan di bawah oleh beliau di DUN Palong belum dapat dipastikan . Ini berdasarkan rekod beliau yang sehingga hari ini mempunyai hubungan dingin dengan Tok Mat Hassan. Sebabnya  kerana dia pun bercita-cita untuk menjadi MB. Tapi jika dibandingkan dengan Tok Mat darisegi tahap pendidikan pun tak mungkin lulus. 

Di Parlimen Jelebu, Haji Zainudin sudah mula tercungap-cungap berkempen kerana Dato Rais Yatim pun sudah mula letih. Nak diharapkan Dato Jalaludin dan Dato Yunus Rahmat bagi membantu, masing-masing pula perlu melepaskan diri mereka di kawasan masing-masing. Di Chennah difahamkan Anthony Loke akan merampas kerusi tersebut dari MCA. Bekas ADUN Chennah telah bercuti di luar negara dan esok baru balik ke kawasan untuk mengundi. 

Parlimen Seremban dan Rasah yang kedua-dua kerusi ditandingi oleh MCA memang ada harapan kalah. Tahniah kepada MCA yang meletakkan calon berwibawa dikedua-dua kerusi tersebut. Dato Dr. Yeow dan anak saudara beliau bertanding di Rasah akan dihukum oleh pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan tersebut. Masalah lain pula mereka sukar untuk memenuhi undangan berkempen oleh jentera UMNO. Undi Melayu sangat penting untuk menang di Rasah dan Seremban. Dengan berbaki 2 hari lagi maka kesimpulan yang dibuat oleh agensi pelapor kedua-dua kerusi ini akan bungkus. Tetapi semua kerusi UMNO tandingi dan MIC ( Telok Kemang ) akan menang.

Kerusi DUN Rahang, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Nilai, Mambau, Senawang, Bahau, Chuah dan Paroi akan kekal dibawah Pakatan Rakyat. Dan yang memeranjatkan lagi kerusi Lenggeng yang dulu merupakan kubu kuat UMNO juga akan tumbang kepada pihak Pakatan Rakyat yang di wakili oleh PAS. Saingan hebat adalah antara pihak calon Bebas iaitu Hj. Zulkifli Abdullah dan Zulkifly Mohamad bin Omar dari PAS. Walaupun calon PAS dikatakan telah dimasukkan ke hospital dan masih belum pulih, namun jentera PAS terus bergerak. Di Paroi Jaya yang merupakan kawasan taman perumahan yang majoritinya orang Melayu terus memberi sokongan kepada parti PAS. Di kawasan Lenggeng sendiri yang merupakan tempat kelahiran calon PAS ini tetap mempunyai sokongan tersendiri. Begitu juga dengan calon Bebas Hj Zulkifli, dengan menggunakan jentera yang agak terhad masih dapat menjalankan kempen secara berterusan. Bagi calon BN pula Dato Hj Ishak Ismail, beliau mempunyai jentera yang sangat kuat dengan kerjasama daripada pergerakan pemuda, wanita dan puteri. Di samping jentera sendiri yang diwujudkan oleh beliau . Difahamkan bekas ADUN Lenggeng turut membantu walaupun tidak disenangi oleh "orang-orang" Dato Ishak sendiri.Menurut laporan pihak BTN dan Jabatan Penerangan, Mustafa Salim sentiasa turun memberikan ceramah secara kelompok kecil di kawasan PDM beliau membantu jentera BN yang sedia ada. 
Ishak Ismail. Calon N09 Lenggeng

Walaubagaimana pun, kelemahan yang berlaku sekarang apabila minat dan sokongan terhadap Dato Ishak berkurangan kerana sikap beliau sendiri yang membawa jentera ataupun orang yang tidak disukai oleh  masyarakat  Lenggeng semasa turun berkempen di Lenggeng. Cara berkempen agak ketinggalan zaman dengan berpakaian kain palikat dan ucapan lusuh dari  dulu. Memetik kata-kata orang Lenggeng, sebelum Dato Ishak berucap mereka mampu mengagak apa yang diucapkan oleh beliau. Tiada ucapan membena yang diberikan kepada para pengundi. Mereka sudah muak dengan cakap-cakap yang tidak membangunkan minda mereka. Jika apa yang diperkatakan oleh beliau di Lenggeng , itu juga yang akan diucapkan di Panchor dan Paroi. Maka kata mereka eloklah ditolak saja Dato Ishak sebagai ADUN Lenggeng untuk PRU ke 13 ini. Pengundi Lenggeng juga mengatakan kes mahkamah Dato Ishak soal muflis tak selesai lagi. Dia pun sudah tempang . Untuk berlari tidak mampu lagi. Bagaimana nak rasmikan pertandingan bola sepak, futsal  atau takraw sekiranya diminta untuk buat tendangan permulaan.Dalam memperkatakan keperluan rakyat demi kepentingan negara elok dibersarakan terus Dato' Hj. Ishak Ismail dalam gelanggang politik. PM lantiklah beliau sebagai pengerusi petubuhan Ibu Tunggal (janda) Negara. Seperti kata orang Kampung Pantai yang JS temui , Dato' Ishak Ismail ni sering bercakap hal janda. Orang kawin lebih daripada satu dia marah. Tapi emak dia sendiri pernah  mempunyai 3 suami. Tahniah Tok Hak......

Monday, April 29, 2013

N 09 LENGGENG: MENGAPA PENGUNDI LENGGENG PERLU BERUBAH

Bukan satu perkara yang mustahil kawasan yang dulu menjadi kubu kuat UMNO akan berpindah tangan kepada pihak pembangkang. Bermula pada pilihanraya umum selepas merdeka, DUN Lenggeng pernah ditadbirkan oleh parti bebas waktu itu yang berlambangkan botol. Masyarakat Melayu di Lenggeng ketika itu memangkah parti bukan kerajaan bukan kerana bencikan parti tetapi calon yang diketengahkan oleh kepimpinan atasan. 

Merujuk kepada beberapa peristiwa yang dimaklumkan kepada JS, ramai di kalangan pengundi muda di Lenggeng telah hilang kesabaran terhadap tindak tanduk calon yang dikemukakan oleh BN/UMNO untuk PRU ke 13 ini. Di sudut hati mereka daripada berketuakan seorang pengkhianat bangsa lebih baik berpayungkan parti pembangkang ataupun calon bebas. Apabila diajukan soalan kepada mereka inilah jawapan yang diberikan:

1.  Calon BN iaitu Dato Ishak Ismail bukan merupakan calon yang dikehendaki di Lenggeng berdasarkan rekod buruk beliau selama 3 penggal mewakili DUN Lenggeng yang tidak racangan atau blue print uintuk memajukan Lenggeng.

2.  Sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban, dia mengamalkan prinsip pecah dan perintah untuk kekuatan politiknya di Bahagian Seremban demi kelangsungan nyawa politik dia.

3.   Dato' Ishak tidak akan memberi ruang kepada golongan pelapis untuk naik kerana dia takut peluang dia menghabiskan sisa hidup dalam politik akan musnah sepenuhnya.

4.   Politik UMNO merupakan cara untuk Dato Ishak  cari makan dengan menjual jawatan bagi mendapatkan kekayaan dan serta mengugut mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan.

5.   Sudah menjadi budaya Dato Ishak dalam ucapan dia walau di mana sekali pun akan mengaibkan orang yang dia tidak sukai. Antaranya bekas pengarah JBA Negeri Sembilan Dr. Akhbar, dengan mengatakan ada di kalangan kakitangan JBA masa itu menonton video lucah. Tetapi sebenarnya dia marah sebab kontractor JBA yang terdiri daripada balaci Dato Ishak iaitu Ishak Malek telah ditamatkan perkhidmatan dengan JBA kerana menipu kerja dan membuat claim tidak masuk akal pada tahun 2006 dan 2007.

6.  Dato Ishak juga pernah mengaibkan Pengarah KEMAS Negeri Sembilan dalam satu majlis di Seremban pada tahun 2006  dihadapan isteri penjawat awam tersebut dengan mengatakan bahawa pengarah ini ada menjalin hubungan sulit dengan isteri orang di Melaka. Tetapi Dato Ishak juga mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang yang dikenali sebagai FIONA hingga menyebabkan mereka bercerai. 

7.  Dato Ishak juga memberikan tanah pertanian yang dipohon oleh sekumpulan belia di Kampung Ulu Beranang kepada ketua kampung tersebut yang dikenali sebagai Ali Janggut dan menurut kata seorang penduduk di sana tanah tersebut telah dijual oleh Ali dengan nilai 2 juta ringgit.

8.  Calon BN ini juga pernah mempertikaikan pihak Lion Group memajukan tanah di Daching yang merupakan milik mereka untuk pembangunan pendidikan dan perumahan (Bandar Akademia) tetapi sebenarnya Dato Ishak adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Tujuannya menjerit mempertikaikan projek tersebut semata-mata untuk mengabui mata orang Lenggeng seolah-olah dialah hero.

9.    Di Zaman Dato Isa sebagai MB , beliau bersama Dato Hamdan telah dianugerahkan kawasan balak di Lenggeng yang merupakan tadahan hujan. Oleh kerana dia yang dapat tiada apa-apa suara yang mempertikaikan apa yang dia pernah perolehi.

10.   Jalan kampung Rawa tertangguh pembinaan semasa zaman YB Mustafa kenapa?  Inilah usaha Dato Ishak dsan kuncu-kuncu dia bagi menggambarkan kerajaan tidak prihatin dengan rakyat kampung. Dia menghantar orang ke Kampung Rawa supaya membantah usaha kerajaan itu. 

11.    Dalam apa juga ucapan dia di Lenggeng skrip ucapannya memang tidak pernah berubah daripada dulu hingga sekarang. Antaranya soal anak janda dan bini dia anak orang PAS. Malangnya semasa dia menjadi ADUN 3 penggal di Lenggeng, tiada pun ibu tunggal yang menerima bantuan JKM berbanding semasa MB usahakan dibawah program kesejahteraan rakyat.

12.   Ada atau tidak penglibatan Dato Ishak dengan kes Mohd Nor Awang dan Mustafa Salim serta Shukri ( Pemangku Pengarah Kemas NS) yang dituduh rasuah? Apabila diajukan soalan ini kepada ramai orang di Lenggeng terutama yang terlibat dalam politik , mereka mengatakan memang Dato shak terlibat. Mana-mana orang yang dia rasa menggugat kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian akan dikenakan melalui kes rasuah dan sebagainya. Apabila kes ini disebut di mahkamah Dato Ishak orang pertama bercakap memburukan mereka yang "diperangkap" ini dalam setiap ucapannya.

13.   Adakah Dato Ishak pembela orang Melayu? Dalam ucapan dia di mana-mana majlis dia mengatakan bahawa semasa kejadian 13 Mei , dia berada di Kuala Lumpur untuk berjuang mepertahan bumi Kuala Lumpur dan bertempur dengan kaum Cina. Boleh dipercayai ke? Berapa umur dia ketika itu. Kalau dihitung umur Dato Ishak masa itu baru 17 tahun dan masih bersekolah. Sekali lagi orang kampung diperbodohkan oleh Dato Ishak. Tapi penyokong dia akan terus bertepuk tangan mengiyakan penipuannya.

14.   Menjual nama PM memang menjadi kebiasaan Dato Ishak. Seandainya dia terlalu baik dengan PM kenapa soal hutang dia dengan Dato Misran sebanyak 2 juta masih tidak selesai sehingga dia akan akan dikenakan tindakan mahkamah dan muflis selepas pilihanraya ini. Kalau dia menang masa PRU ini , sekali lagi pilihanraya akan dibuat selepas itu . Seronoknya orang Lenggeng.

15.     Adakah DENDAM Dato' Ishak terhapa MB akan berakhir apabila dia di calonkan sebagai calon BN di Lenggeng. Ramai mengatakan sekiranya Dato Ishak menang dia akan mengerjakan Tok Mat hingga ke lubang cacing. Dia akan buat Tok Mat tersungkur di mana juga. Ini dendam sakai  kata orang Pantai , kampung kelahiran Dato Ishak. 

16.   Bagaimana penerimaan Dato Ishak kepada golongan muda?  Maaf tiada agenda Dato Ishak untuk membela golongan muda di Lenggeng. Ada orang muda Lenggeng mengatakan pernah dulu semasa Dato Ishak menjadi ADUN Lenggeng, hadiah pertandingan bola sepak hingga kini tidak disampaikan. Agak lucu tetapi mereka kata ini kebenaran. Siapa yang sukakan dia? Ada kata mereka, antaranya Baharon Idris dan Mazlan Maarof kerana Dato Ishak akan bagi banyak projek selepas dia menang nanti. Begitu juga Ishak Malek dan Samsul Bahari Bahar juga dianugerahkan projek. Hismayati orang kuat KEMAS di Lenggeng telah dijanjikan oleh Dato Ishak sebagai Penyelia Kanan Kemas untuk Parlimen Seremban.

17.   Orang Minang yang dikatakan majoriti pengundi Lenggeng bagaimana?  Sidek Othman juga orang Minagkabau di Lenggeng yang sebelum ini teruja nak jadi calon telah disingkirkan daripada kem Dato Ishak. Saudara Shukur  Othman telah dikencing dari ubun-ubun kepalanya.  Semuanya akibat terlalu taksub kepada Dato Ishak.  Ada mengatakan mereka  telah tempah blazer untuk dinobatkan sebagai calon tetapi kini ada yang mula moyok macam ayam berak kapor. 

18.   Nordin Aziz, Nordin Yassin, Mustafa Salim, Zulkifli Rashid dan Hasan Sulan yang merupakan ketua-ketua UMNO cawangan bukan dari kem Dato Ishak akan menghadapi lawan semasa mesyuarat UMNO akan datang. Ini sudah pasti berdasarkan  cakap-cakap orang kuat Dato Ishak di Lenggeng.

Oleh itu kepada pengundi Lenggeng tolong fikirkan masa depan anda agar terus gemilang tanpa bernaung dengan manusia seperti di atas. Tidak salah untuk mengundi parti pembangkang atau bebas di Lenggeng daripada anda berhadapan dengan nasib yang lebih teruk di bawah kepimpinan orang bernama Dato Ishak Ismail.